Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

31.1.11

Random Things About Me~

Diri ini telah mendapat satu komen daripada seorang insan yang baik dan riang orangnya, saudara Rona Lafazku. Komen yang menyatakan bahawa aku telah di tag di dalam blognya. Aku terasa sangat disayangi. Terasa sangat dihargai. Oleh sebab itu, saya memilih untuk memberikan respon atas tag tersebut.

Tajuk yang perlu diulas pada kali ini berkaitan dengan macam-macam perkara tentang diri sendiri. Walaupun sudah 19 tahun hidup di atas muka bumi yang indah ciptaan-Nya, namun masa itu masih terlalu awal untuk betul-betul kenal dengan diri sendiri. Masih banyak lagi perkara yang perlu diri ini tahu tentang diri sendiri. Jadi buat masa ini, ini sajalah perkara-perkara yang saya tahu tentang diri saya sendiri. Bagi sesiapa yang sudi nak mengenal diri ini dia alu-alukan untuk meneruskan pembacaan entry kali ini. Tapi bagi sesiapa yang rasanya sudah kenal atau dah mual kalau nak kenal, rasanya bolehlah berundur pergi.


  1. Aku suka kucing. 
  2. Aku suka makan.
  3. Aku suka tidur.
  4. Aku ada hobi baru, BLOGGING!!!!
  5. Aku sukar untuk diramal.
  6. Aku jenis tak kisah.
  7. Kalau ada benda yang aku nak sangat-sangat, aku akan dapatkan juga walaupun benda itu dah lapuk.
  8. Aku suka tengok orang.
  9. Aku suka berfikir tentang perbezaan setiap perkataan yang diujarkan, jadi selalunya aku akan fikir dahulu apa perkara yang akan aku katakan sebelum mengatakan sesuatu.
  10. Berani tapi takut.
  11. Tak suka keluar rumah.
  12. Tak suka tempat yang luas dan gelap.
  13. Tak suka ada orang benci aku. Biar aku benci dia, jangan dia benci aku.
  14. Sangat suka untuk termenung. Bila termenung maksudnya antara aku tengah terfikirkan langkah-langkah tarian ataupun aku tengah berfikir tentang perkara-perkara.
  15. Sangat suka menari!!
  16. Sanggup buat apa saja untuk seorang kawan.
  17. Tak kisah sangat pasal duit. Tapi sangat suka dengan duit. Macam mata duitan sikitlah.
  18. Secret Recipe Fan!!!
  19. SANGAT PEMALU BILA BERJUMPA DENGAN ORANG YANG TIDAK DIKENALI!!
  20. Mudah hilang fokus.
Inilah antara perkara-perkara yang aku tahu tentang diri akulah, yang selebihnya perlu waktu dan detik yang sesuai barulah idea dapat datang mencurah-curah bagai coklat yang membanjiri ladang gandum. Sekarang ini perlu tag beberapa orang kawan pula untuk mengadakan satu entry seperti ini juga.

Wani a.k.a. MonTeL

Jadi kepada sesiapa yang telah ditag silalah anda melakukan perkara yang sama seperti yang saya buat. Terima Kasih.

30.12.10

18 Fakta Perlu Tahu Tentang Lelaki..

1. Lelaki boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan prihati.




 

2. Seorang perempuan tidak perlu kelihatan cantik untuk lelaki menyukainya. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi.






3. Kebanyakan masa seorang lelaki tidak tahu apa perasaan yang dirasakan oleh seorang perempuan.

4. Seorang lelaki akan menunjukkan kelelakiannya untuk menambat hati perempuan.

5. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap perempuan. Sebab itu mereka suka melihat dan menjeling perempuan. Juga mencuci mata di pantai atau swimming pool.

 6. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak perempuan untuk kali pertama.

7. Lelaki akan meniru gaya selebriti atau berlagak macho semata-mata ingin memikat hati perempuan.

8. Bila seorang lelaki cakap, "Emm... Tengoklah dulu..." maksud nya tidak atau kurang setuju.

9. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dengan harapan perempuan akan memahami maksudnya.

10. Kebanyakan lelaki yang nampak desperate datang dari sekolah all-boys...

11. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

12. Lelaki tidak boleh belajar kesemuanya tentang perempuan dari library atau buku semata-mata, oleh itu mereka selalu keliru kenapa perempuan bersikap begitu begini.

13. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan keluar dengan beberapa perempuan tetapi hanya ada seorang teman istimewanya yang lain hanya kawan.

14. Bila seorang lelaki terlihat dada perempuan dan perempuan itu menyedari maafkan sahaja. Kebanyakan lelaki tidak sengaja. Mereka merasakan kejadian perempuan itu sangat indah.

15. Bila sesuatu perhubungan terputus di tengah jalan, lelaki itu juga turut bersedih cuma dia tidak menunjukkan nya dikhalayak ramai.

16. Bila ada perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint kerana lelaki tidak dapat membaca hati seorang perempuan andai tidak diluahkan.

17. Adalah memalukan bagi seorang lelaki jika tidak berupaya membantu perempuan.

18. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.