Showing posts with label BukuKu. Show all posts
Showing posts with label BukuKu. Show all posts

26.3.11

A Doctor In The House: The Memoirs Of Tun Dr Mahathir Mohamad

Thanks to nothingbutangelinestory.blogspot.com for the picture...




Tadi selepas daripada acara menjadi pengacara majlis...aky bersama dengan teman sebilik ku telah keluar untuk membayar bill..sebenarnya niat di dalam hati bukan saja mahu membayar bil yang sudah tertunggak untuk dua bulan (termasuk bulan ini)...tetapi aku juga berniat untuk pergi membeli sebuah buku...

A DOCTOR IN THE HOUSE: THE MEMOIRS OF TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
Inilah dia tajuk buku yang aku nak sangat dapatkan tu...(rujuk gambar di atas) tapi masa berada di dalam kedai buku tue..banyak kali aku fikir...sama ada nak beli atau tak..sebab sekarang ni..buku ini bukan lah suatu keperluan...emm..jadi aku pun pusing-pusing la di dalam Borders tue..memikirkan tentang pros dan cons kalau aku beli buku neh...

Setelah lama berfikir aku pun membuat keputusan...emm..emm..emm.. untuk TIDAK membeli buku tersebut...ya..diulangi semula...aku TIDAK membeli buku tersebut..

Sebab kenapa aku berbuat demikian adalah kerana aku rasa pada masa ini aku perlu fokus dengan pelajaran aku dahulu..aku mahu habiskan dulu novel The Village By The Sea karangan Anita Desai dahulu sebelum aku pergi kepada bahan bacaan yang sebegini...huhu...Tapi aku dah simpan duit..supaya selesai sahaja aku membaca buku tersebut (TVBTS) aku akan segera dapatkan buku Tun Dr Mahathir..huhu...semoga berjaya MinT!!!

P.S: Sesiapa yang sudah melihat isi kandungan atau membaca sedikit tentang buku ini..tolang JANGAN  kongsi dengan aku..biar aku temuinya sendiri.. hihi..tq...

Sekian~


24.2.11

Ranjau Sepanjang Jalan

Inilah tajuk buku yang perlu kami baca untuk menyelesaikan tugasan bahasa melayu kami yang bakal di terima minggu depan.

Agak sukar juga untuk mendapatkan buku ini kerana banyak kedai buku yang telah aku pergi untuk mencarinya namun banyak kali juga aku telah di kecewakan. Tetapi pada hari yang sungguh bertuah itu akhirnya aku berjaya untuk mendapatkan senaskah buku ini.

Pada mulanya cerita ini agak mengelirukan, kerana terdapat banyak perkataan yang tidak biasa bagiku. Namun aku teruskan membaca. Isi kandungannya tidaklah serancak mana, namun pengisiannya cukup berat sekali. Nilai dan isi yang cuba untuk disampaikan diberi penekanan yang cukup kuat dengan pengulangan kata-kata dan penegasan kepada pegangan hidup watak-watak yang terdapat di dalamnya.

Terdapat juga satu ketika dalam cerita ini yang membuat aku rasa begitu sebak, kerana gaya penulisan dan situasi yang diterangkan pada ketika itu cukup tepat sekali. Menyebabkan kesannya terhadap aku begitu mendalam.

Apa yang boleh ku katakan tentang cerita ini adalah, ia merupakan suatu cerita yang berjaya menyampaikan isi dan maksud yang ada didalamnya dengan mudah dan berkesan. Oleh yang demikian tidak rugi untuk membacanya. Sekian.

5.2.11

Reading... For Real??

Entah la kenapa sejak kebelakangan ini aku macam mula suka kepada aktiviti aku yang dulunya aku sangat rajin untuk lakukan. Tidak lain dan tidak bukan membaca.

Ya, aku memang suka membaca dan aku harus berterima kasih kepada mak aku sebab mendedahkan aku kepada pembacaan. Oleh kerana mak aku kerja di tempat yang dipenuhi dengan buku-buku, aku sememangnya terdedah kepada bahan-bahan tulisan sejak dari awal lagi dan aku semamangnya sangat suka kepada buku. Kalau dulu aku masih ingat lagi aku selalu saja teringin untuk membaca buku-buku yang tebal-tebal. Ala-ala nak jadi macam orang dewasalah, membaca buku yang tidak ada lukisan. Sebaik sahaja aku tahu untuk membaca aku mula untuk membaca buku-buku sedemikian.

Dulu aku jarang sekali membaca buku-buku dalam bahasa melayu. Selalu sahaja baca buku-buku dalam bahasa kedua, bahasa inggeris. Bukan sebab hebat dalam bahasa tersebut tapi kerana pendedahan terhadap bahasa inggeris lebih daripada buku-buku bahasa melayu. Mungkin itu juga sebabnya aku selesa dengan  bahasa tersebut dan tidak janggal untuk menggunakannya.

Bila umur semakin meningkat dan pemikiran semakin matang, kesedaran tentang keperluan kemahiran dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris semakin meningkat dan aku mula untuk seimbangkan bahan-bahan pembacaanku. Pernah suatu ketika aku terlalu taksub dengan satu-satu bahasa, sehinggakan kemahiran ku terhadap bahasa yang lain terus hilang begitu sahaja.

 Lucu, tapi itulah kebenaran yang terjadi. Tapi kadang-kadang bukan selalu aku dapat meluangkan masa untuk melakukan aktiviti kegemaran aku ini, kadang-kadang masa dan keadaan tidak mengizinkan.

Dan sekarang ini aku teringin untuk membaca semula, bermula dengan buku yang di karang oleh cikgu aku, dan juga buku yang aku baru terjumpa tempoh hari. Aku harap agar benda yang baik ini mampu untuk berterusan. Sekian.

Sentuhan Rindu

Yeah!!!

Akhirnya aku berjaya mendapatkan satu salinan buku yang di tulis oleh cikgu aku!!

Tajuk buku ni ialah Sentuhan Rindu. Sebenarnya sudah lama berada di pasaran sejak tahun lalu lagi, namun aku sering kali tidak berkesempatan untuk mendapatkannya. Selalu saja terlepas dan tidak bertuah. Namun kali ini apabila aku ternampak di depan mata cepat-cepat aku mencapainya dan terus aku beli. Iyalah, bukan selalu kita dapat membaca sesuatu hasil nukilan dan buah fikiran guru yang mengajar kita. Jadi sekarang misi jangka masa pendek, adalah untuk menghabiskan bacaan buku ini. Sekian.