Showing posts with label My First Time. Show all posts
Showing posts with label My First Time. Show all posts

15.10.11

Debar Hujah:End

selepas lebih kurang 5 hari berkampung di Kuala Lipis...akhirnya kembali ke tempat bernaung..

banyak betul dugaan yang perlu di hadapi semasa pergi dan..balik.. huhu..

masa nak pergi tue.. kereta yang kami naik tu.. ada masalah pula tiba-tiba...suhu kereta naik..panas sangat-sangat sampai terhidu bau hangit...masa tu..memang seram gila-gila...

kami orang pun berhenti la di tepi jalan tue... periksa dulu kereta..lama juga lah kami berhenti nak tunggu selesai masalah semua ni.. huhu.. 

tapi syukur lah dapat juga sampai di tempat kejadian dengan selamatnya..

sepanjang berada di sana.. pun banyak juga yang berlaku..

lucu sangat-sangat...

masa hari pertama pertandingan tue.. sdah la bangun lambat.. sampai di tempat kejadian tu pun lambat... sarapan pun tak sempat..

hari kedua pun lebih kurang juga.. bangun lambat.. tak sempat sarapan.. lpas tue.. ada masalah lagi.. pensyarah tak puas hati dengan prestasi.. huhu.. 

kemudian masa pusingan yang terakhir tue.. di nmakan sbgai 'silent round' jadi esok pagi baru dapat tau keputusan...

tapi apa yang menyedihkan.. kami sebenarnya tidak menjangkakan pun dapat.. jadi malam sebelumnya tue.. kami tidak buat apa-apa persediaan pun.. semua nya.. zzzZZZZ...huhu..

keesokan paginya.. keputusan pun di umumkan.. sangat terkejut sampaikan waktu diumumkan keputusan tue... salah seorang daripada kami terhumban telefon bimbitnya sehingga kan rosak.. huhu..

sebenarnya.. kalau nak dijadikan kisah... sebenarnya dah ramai yang dah tahu keputusan untuk 'silent round' tue.. tapi semuanya senyap je.. =__=" apa lah.. huhu.. 

kumpulan yang kami orang lawan masa 'silent round' tue pun dah tahu sebenarnya dan dah bagi petunjuk-petunjuk suruh kami orang bersedia.. cuma kami yang tidak pedulikan sebab menjangkakan bahawa kami akan kalah.. huhu..

tapi tidak mengapalah sebab ada hikmah juga... 

malam terakhir berada di sana sempat juga lah beramah mesra dengan orang-orang yang seangkatan memperjuang kan bahasa.. 

berkenalan dengan orang baru..muka baru dan muka baru orang lama.. 

semasa hari terakhir berada di sana.. persembahan pentas akhir agak kurang memberangsangkan kerana persembahan kedua-kedua pasukan agak mengecewakan.. tidak seperti semasa mereka bersaing sebelum ini.. jadi kurang menggembirakan.. sebaik sahaja habis majlis kami orang terus sahaja balik.. sedih juga lah.. sebab menjangkakan dapat beramah mesra buat kali terakhir tapi.. huhu.. tak ada rezeki.. sebab ada komplikasi yang menyebabkan tidak dapat untuk tunggu dengan lebih lama lagi..

sepanjang berada di sana.. banyak perkara yang telah kami orang pelajari dan timba bersama.. harapan masa akan datang.. dapat menggenggam piala tersebut pula.. :-)

Sekian~

3.9.11

Sempat Lagi

hehehe.. tengok tajuk entri pun tau sudah kan apa yang mau disampaikan.. hihi.. emm.. 

Sebenarnya sekarang ni aku sepatutnya tengah berkemas-kemas untuk pulang kembali ke tempat bernaung... huhu.. institut tercinta.. walaupun berat rasa hati untuk meninggalkan tanah tercinta bumi di bawah bayu ni.. terpaksa juga aku harungi untuk beberapa ketika lagi.. untuk mencapai salah satu cita-cita yakni untuk menggenggam segulung ijazah.. aiseh.. ayat tue bah.. beria banar.. hahaha!!! tpi betul la.. itulah kenyataan.. huhu..

Banyak perkara yang perlu diselesaikan malam neh jugak.. TUGASAN.. cuci baju... kemas barang..emo2.. huhu.. macam2 la.. hihi.. tapi InsyaAllah.. semua nya akan selesai juga.. hihihi.. amin..  

Kepada semua-semua yang juga akan kembali ke tempat study masing-masing atau kembali ke tempat kerja ka.. atau mana-mana jak la.. berhati-hati ok.. kalau memandu.. pastikan anda memandu dengan selamat.. biar lambat asal selamat sampai.. jangan sampai menyesal di kemudian hari nanti.. hihi.. kalau yang naik flight ka.. atau naik bas.. hati-hati dengan orang disekeliling.. susah sudah mau jumpa org yang boleh dipercayai sekarang neh.. lebih-lebih lagi yang bersendirian.. sentiasa berwaspada.. apa pun.. doa byk2...mintak yang terbaik dari NYA.. *senyum*

Sekian.. 

p.s: tidak sabar mau jmpa dia... *wink*

19.8.11

QR Code

17.7.11

Hari Sukan SK Bukit Jalil

12.6.11

P

Wah!! Akhirnya!! selepas lebih daripada setahun lebih menunggu.. akhirnya aku memilikinya juga.. ya.. lesen ku.. huhu.. entry-entry yang dah berkurun lama dulu pernah menceritakan tentang pengalaman aku semasa belajar.. huhu.. macam yang terjadi... macam-macam tidak puas hati yang berlaku.. huhu.. tapi akhir nya setelah LAMA menunggu barulah hajat ku untuk mendapat lesen tercapai..


Macam biasa lah.. bagi mereka yang dah pernah ada pengalaman mengambil lesen.. mesti kamurang pun tau kan apa-apa proses dia kan... aku pun tidak terkecualilah daripada merasa benda yang sama.. tapi yang lebih mencabar minda dan pikiran masa itu.. adalah.. aku perlu melakukan ujian di litar (yang tiga ujian tue) dalam hujan.. huhu.. dalam kondisi kesihatan yang kurang mengizinkan.. aku perlu meredah kebasahan.. dan kemudian menahan sejuk... huhu.. tapi syukur... rahmat yang diturunkan Tuhan membantu aku pada hari itu.. huhu...


Perkara yang paling mendebarkan adalah ujian di laluan.. huhu..walaupun aku agak yakin dengan kemampuan aku.. namun begitu masih lagi ada keraguan yang timbul.. ragu-ragu jikalau dalam keadaan gemuruh dan gundah itu ada perkara yang penting yang akan aku terlupa dan akan menyumbang kepada kegagalan aku.. tapi syukur aku mampu mengawal keadaan yang berlaku semasa di laluan.. huhu..


Just want to say how grateful i am passing this test.. huhu..


Sekian~

4.5.11

Emmm....

Sebenarnya malam neh aku tak terniat pun nak post apa-apa...tapi tadi tiba-tiba aku terpanggil untuk ligat menaip...huhu...pada masa yang sama..aku tak tahu apa yang aku rasa sebenarnya pada ketika dan detik ini...

Pagi tadi lepas sahaja aku habis rehearsal untuk event esok hari...aku terlihat pada papan kenyataan asrama...hoh! berdebar hati insan yang lemah ini...huhu...pada malam ini akan ada satu perjumpaan...dan spekulasi mengatakan bahawa kemungkinan besar pada perjumpaan ini akan diumumkan nama-nama orang yang bertuah untuk terus tinggal di asrama untuk 2 semester lagi...

Pada perjumpaan itu...warden yang bertanggungjawab memberi sedikit penerangan tentang sistem pemilihan dan kriteria-kriteria yang dinilai...dan debaran itu bertambah lagi apabila diberitahu bahawa senarai nama mungkin akan dinaikkan pada esok hari...

Sebaik sahaja aku mendengar perkara itu..perasaan aku bercampur baur... gementar... sedih... takut... gembira... semua nya bercampur aduk...sehinggakan aku menjadi kebas...aku tak tahu nak luahkan perasaan yang mana satu...tapi...

aku rasa sedih bila melihat salah seorang daripada senior aku yang menitiskan airmata menjelaskan bahawa dia sudah cuba yang terbaik...namun kita perlu akur pada orang yang lebih atas daripadanya...dan aku sedar akan hakikat tersebut...aku faham keadaan dia..aku faham bagaimana rasanya memiliki satu autoriti tapi tak mampu untuk berbuat apa-apa...

emm....entahlah...

Sekian~

20.4.11

Kanak-Kanak Ribena

Hari selasa yang lalu...kami sekelas telah meng"conquer" tasik permaisuri.. hihi..selama 2 jam suara-suara kami telah menggegarkan seluruh pelosok tempat itu..hihi..gelak tawa..serta gurau senda menjadi menyeri pagi itu...terima kasih kepada pensyarah kami yang telah membawa kami..hihi..

Macam tue la yang jadi kalau masa zaman kanak-kanak dulu tak berkesempatan untuk menjadi kanak-kanak yang sebenar..waktu dah tua-tua neh baru nak terkinja-kinja..baru nak terhuha-huha nak jadi kanaks-kanaks...hihi...tapi memang best la..rasa macam lepas suma tekanan kat sini..hihi..aku neh cakap tekanan-tekanan bukan nya ada aweks ka...ada balak ka..ada bini ka..ada laki ka yang mo di jaga..huhu..single jak pun..tapi tu la..tekanan dengan orang yang ada di sekeliling neh..tapi itulah realiti kehidupan...banyak orang...banyak la juga ragam nya...tapi kalau ragamnya itu menyusahkan kehidupan..memang patut kena pangkah la.. hihi....kan??

tapi tue lah...nasib baik sangat yang aku neh jenis orang yang susah simpan dendam melainkan aku terasa sangat dengan apa yang orang tue buat...setakat neh..teda lagi lah aku simpan apa-apa dendam..suma aku kasi lupa macam tue jak..hihi..(actually bukan kasi lupa..memang aku neh pelupa..so aku memang terlupa..hahahahaha!!!!)

ok lah...anyway...tgk la aksi-aksi gediks a.k.a getek kami..hahahahah!!!

16.4.11

Sangat Geram

Sepatutnya selepas sahaja balik daripada pertandingan hari tue..aku dah boleh selesaikan semua ujian-ujian amali aku..tak perlu dah aku nak fikir-fikir lagi pasal semua ni..tapi disebabkan oleh beberapa perkara yang sepatutnya boleh dielakkan..tiba-tiba ujian tersebut telah ditangguh dan DITANGGUH DAN KEMUDIAN DITANGGUH sehinggalah aku terpaksa melaksanakan ujian tersebut pada minggu hadapan...aku dalam mood yang sangat marah dan geram kerana perkara tersebut sangatlah boleh dielakkan...!!!!! argh!!!

ok..mesti kalau ada yang baca benda ni...semua pun blur..ok jadi biar aku cerita lah..dan kemudian korang lah yang jadi penilai tentang siapa yang salah dalam hal neh...

nak dijadikan cerita...pada minggu lepas aku dapat tahu yang ujian amali yang sepatutnya aku ambil dilaksanakan pada hari yang secara kebetulannya aku tak ada..jadi aku pun mengambil keputusan yang sangat bertanggungjawab dengan mencari pensyarah yang menguruskan semua perkara ini...

selepas aku berjaya menelefon pensyarah tersebut...dia pun faham dengan kondisi aku dan kemudian menetapkan...dan setahu aku...secara tidak langsung berjanji untuk melaksanakan ujian tersebut pada hari rabu..selepas aku kembali...dan aku pun bersetuju kerana pada hari itu juga akan berlangsung ujian amali aku untuk hari yang kedua..dan aku merasakan lebih cepat selesai ujian tersebut lebih baik...

kemudian pada hari kejadian yakni hari rabu..pada awalnya semua berjalan dengan lancar..aku berjumpa dengan pensyarah tersebut dan mengconfirmkan semula yang akau akan mengambil ukjk...kemudian aku dengan rasa bertanggungjawabnya bertanyalah kepada seorang kenalan aku...(dah tak sudi aku nak panggil dia kawan lagi sebab aku rasa geram sangat dengan dia...) aku bertanya kepadanya bila dia nak buat ujian dia..baik buat hari ni...(rabu) jangan tangguh-tangguh lagi mudah...kemudian dia pun dengan terkedek-kedeknya datang lalu bergedik-gedik dengan memakai baju kurung...aku pun terdiam dan terkedu kerana aku pasti akan ada berita yang tidak menyenangkan akan aku dengar...kemudian aku menyuruh dia pergi berjumpa dengan pensyarah tersebut...lalu meninggalkan dia kerana dia sudah dewasa dan pasti boleh menguruskan diri nya sendiri..tanpa perlu ada aku...kerana aku ada ujian yang lebih penting daripada melayan kerenah gedik dan tak matang dia....

selepas selesai ujian aku yang kedua..aku pergilah berjumpa dengan pensyarah tersebut..kerana ingin menyudahkan ujian aku yang pertama...alangkah marah dan geram dan terkejutnya aku apabila dia memberitahu yang aku akan melaksanakannya pada esok hari (khamis)...bersama-sama dengan dia yang gedik lagi tak matang...huhu..pada masa itu..masih lagi ada kudrat aku untuk bersabar..tapi yang aku hairannya kenapalah yang si tak matang dan gedik itu tak dapat buat pada hari rabu itu sedang kan ada seorang lagi temannya yang berada dibawah naungan yang sama boleh melaksanakannya pada hari itu..? siapa yang tidak prihatin dan tidak peka dengan keadaan semasa...? salah siapa sebenarnya nie..? adakah salah aku yang sedar tentang penting nya markah ujian tersebut..? salah aku kerana individualistik sedangkan aku dah banyak kali sebut-sebut pasal ujian tersebut sejak daripada minggu lepas lagi...? adakah salah aku jika dia yang sememangnya tidak mahukan markah tersebut...?

emm...kemudian pada hari khamis tersebut aku mendapat berita yang lebih menyakitkan hati kerana kita perlu mengikut kata perempuan itu pula...oleh kerana dia mahu melakukan ujian tersebut pada hari jumaat...pensyarah tersebut pun dengan mudahnya mengatakan mahu melakukan perkara tersebut pada hari jumaat..ikut saja kata perempuan itu...sedang aku yang ulang alik datang masuk jabatan dia..mencari masa yangs sesuai..mencari masa yang sepatutnya melaksanakan ujian tersebut tapi oleh kerana perempuan itu aku pula yang perlu menunggu..aku pula yang perlu menjadi mangsa...

kisah pada hari jumaat pula lagi menyakitkan hati...pensyarah tersebut tahu yang dia sepatutnya berada ditempat lain dan bukannya berada ditempat yang selalunya dia ada...tapi dia tidak pula memberitahu hal tersebut seawalnya..dan kemudian aku mendapat tahu pulaa yang aku perlu melaksanakan ujian tersebut pada minggu hadapan pula..bersama sama dengan sekelompok orang yang kurang aku kenali...

aku tak mahu melaksanakan ujian tersebut dengan sekelompok orang yang kurang aku kenali kerana takut dan gusar yang aku akan berasa janggal dan tidak selesa..aku sangatlah tak suka kepada orang yang aku tidak kenal...oleh yang demikian menyebabkan aku berasa sangat geram...aku sangat marah pada perempuan itu kerana jikalah dia ada kesedaran kendiri tentang betapa pentingnya ujian tersebut pasti dia sudah bertanya dengans sesiapa atau denga pensyarah tentang status dia dalam mengambil ujian tersebut...menyesal aku menghantar mesej tersebut kepada dia..kalau lah aku tidak sibuk hendak menjadi insan yang bertanggungjawab pasti aku dah selesai dengan ujian tersebut...

ni lah masalahnya...bila orang yang tak ada kesedaran kendiri...

sekarang ni perasaan aku sangat lah marah terhadap perempuan itu...sangatlah geram terhadap perempuan itu...sangatlah marah pada pensyarah itu...sangat lah geram dengan pensyarah itu...

sekian...

11.4.11

Institut Integriti Malaysia

Masuk hari nie..dah dua hari aku kat sini..


View Larger Map


Sebenarnya tujuan aku di sini neh sebab aku ada pertandingan pidato...huhu..siapa sangka aku tiba-tiba ikut pertandingan macam neh..aku tau sebelum neh pun aku memang pernah ikut benda-benda seperti ini...

pertandingan ni mengumpulkan semua orang daripada naungan sama di IIM neh...selama 2 malam kami berkampung di sini..hari ni hari bermulanya pertempuran yang sengit..huhuhu...

Jadi tadi aku pun dengan persiapan yang tidak seberapa neh pun memulakan hujah2 aku yang agak bongok.. huhu...tapi waktu teks hafalan ok..sekali waktu spontan..hancur..adakah patut tiba-tiba ada tajuk yang tidak macam rupa tajuk-tajuk yang lain..adakah patut ada tajuk yang lain daripada yang lain..sangat tidak puas hati!!! huhu..tapi xpa lah..yang penting aku puas hati dengan penutup aku yang agak sentap..hahaha!!!
Maka dengan itu berakhirlah cetusan minda saya pada hari ini...tidak perlu kata apa-apa...senyum...
itulah antara kata-kata aku dulu.. huhu...malu sangat-sangat..huhu..T^T  T^T  T^T.... tapi xpa la..huhu...yang penting azab sementara neh sudah berakhir.. huhu..

sok TPM nak datang sini..huhu..emm..kalu dapat masuk berita atau dapat masuk dalam surat khabar pun.. ok.. uuhuh...

sekian~

1.4.11

Terkunci

Huhuhuhu...
Sampai saja..aku terus turun dari kereta lalu melintas jalan raya..dengan pantas nya...kemudian aku melihat ke arah itu..alangkah sedihnya aku...

Aku sangat sedih sebab pintu pagar asrama dah berkunci..huhu..lalu dengan lemah longlai nya aku pun bergeraklah kearah pondok jaga..lalu merebahkan diri di tepian..huhu..

Setelah lama aku kemudian berpindah ke tempat yang lain kerana merasakan bahawa tempat tersebut kurang sesuai..huhu..

Ini adalah pengalaman pertama aku terkunci di luar..emm..sepatutnya boleh je panjat memanjat..tapi malang sekali pintu yang lagi satu pun dikunci juga..huhu.. aku sangatlah sedih..habis satu badan kena gigit nyamuk..sedih sangat2..

Sepanjang malam tue aku tak dapat tidur..emm..apa pun lucu sangat2 sebab benda neh terjadi.. huhu..

sekian...