Showing posts with label Lakaran Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Lakaran Kehidupan. Show all posts

27.10.11

Adele - Someone Like You

Adele really help me move on.. huhu.. macam pelik plak.. huhu.. tapi itulah kenyataannya.. setelah mendengar lagu Someone Like You... bru lah aku dapat rasa yang aku betul-betul dapat teruskan dengan apa yang telah terjadi.. huhu.. apa pun.. thumbs up for the song!!! its increadible that you can feel what she felt even though you dont know her.. huhu.. 

~ Sekian ~

22.10.11

Tak Sangka Part 2

Sambungan daripada entri aku semalam yang memiliki tajuk yang sama..Tak Sangka..sebenarnya alkisah asbab mengapa entri tersebut di buat adalah kerana sesuatu telah berlaku yang membuat aku terasa sangat kecewa..teramatlah kecewa..aku tidak pernah langsung menyangka semua itu boleh terjadi.. 

tapi apakan daya.. dek kerana SYAITAN.. dan NAFSU.. semua nya tidak mustahil.. 

adoi... 

~ Sekian ~

21.10.11

Tak Sangka

harapkan pagar...pagar makan padi..

sial!!!

~Sekian~

Jujur

Bila bercakap tentang isu kejujuran pastinya melibatkan banyak perkara-perkara yang sensitif dan juga bolah menyinggung perasaan... kadang-kadang kita perlu jujur untuk menyatakan sesuatu yang kita suka ataupun mungkin juga sesuatu yang kita tidak suka... dan kesan daripada kejujuran tersebut kadang-kadang boleh mendatangkan kebaikan agar penambahbaikan boleh dilakukan dan juga boleh mendatangkan kesedihan dan juga perasaan yang kurang di senangi..namun begitu, kenyataannya jujur itu sesuatu perkara yang lebih baik daripada menipu... lebih-lebih lagi dalam bab-bab yang melibatkan perasaan orang lain...

Sangat sukar untuk menerima kenyataan bila menyukai seseorang yang sudah dipunyai dan dikasihi oleh orang lain.. berkongsi sesuatu yang sangat sensitif dan sukar untuk ditemui itu adalah satu perasaan perit yang sukar untuk ditransliterasikan kepada perkataan...cuma orang yang pernah mengalaminya dan Tuhan saja yang tahu..pada ketika itu cemburu..marah..sayang..suka...bermacam-macam perasaan yang timbul secara tiba-tiba..hanya kekuatan, kematangan dan ilmu seseorang yang dapat mengawal kesemua perasaan tersebut..jika tidak..tindakan yang kurang waras berkemungkinan besar pasti akan berlaku..

Untuk tidak terus hanyut dalam permainan perasaan yang tidak menentu itu..kejujuranlah jawapannya...ia akan menyelesaikan konflik yang berlaku pada kedua-dua pihak... pihak yang menyembunyikan kenyataan dan pihak yang terumbang-ambing perasaan.. pihak yang menyembunyikan tidak lagi berasa bersalah atau sebagainya...dan pihak yang satu lagi tidak lagi tertanya-tanya.. satu penyelesaian yang mudah...

Tapi perkara sukar yang tiba selepas meluahkan kata-kata kebenaran adalah... kesukaran untuk berhadapan dengan insan tersebut dan bersua dengannya serta berkelakuan seperti biasa.. seperti tiada apa-apa yang pernah berlaku..

Tidak semua orang boleh berbuat demikian.. ramai yang akan cuba untuk mengelak daripada bertemu antara satu dengan yang lain.. kerana derita yang kian sembuh.. akan luka berdarah kembali tatkala mata menatap wajah dan kala detik mata bertentang mata.. itu detik yang paling perit sekali..

Tapi bukan semua orang seperti itu..ada juga yang punya kekuatan yang mengagumkan..yang mampu berinteraksi dan berkomunikasi seperti biasa.. tapi selalunya.. mereka-mereka inilah yang paling menderita.. cuma mereka mampu untuk menutup rasa itu dengan topeng yang tidak mampu orang lain buka dan selami disebaliknya..hanya dia dan Tuhan saja yang tahu..

Oleh itu.. fikir dulu dengan baik sebelum bermain dengan perasaan dan keikhlasan serta kejujuran...

~Sekian~


15.10.11

Debar Hujah:End

selepas lebih kurang 5 hari berkampung di Kuala Lipis...akhirnya kembali ke tempat bernaung..

banyak betul dugaan yang perlu di hadapi semasa pergi dan..balik.. huhu..

masa nak pergi tue.. kereta yang kami naik tu.. ada masalah pula tiba-tiba...suhu kereta naik..panas sangat-sangat sampai terhidu bau hangit...masa tu..memang seram gila-gila...

kami orang pun berhenti la di tepi jalan tue... periksa dulu kereta..lama juga lah kami berhenti nak tunggu selesai masalah semua ni.. huhu.. 

tapi syukur lah dapat juga sampai di tempat kejadian dengan selamatnya..

sepanjang berada di sana.. pun banyak juga yang berlaku..

lucu sangat-sangat...

masa hari pertama pertandingan tue.. sdah la bangun lambat.. sampai di tempat kejadian tu pun lambat... sarapan pun tak sempat..

hari kedua pun lebih kurang juga.. bangun lambat.. tak sempat sarapan.. lpas tue.. ada masalah lagi.. pensyarah tak puas hati dengan prestasi.. huhu.. 

kemudian masa pusingan yang terakhir tue.. di nmakan sbgai 'silent round' jadi esok pagi baru dapat tau keputusan...

tapi apa yang menyedihkan.. kami sebenarnya tidak menjangkakan pun dapat.. jadi malam sebelumnya tue.. kami tidak buat apa-apa persediaan pun.. semua nya.. zzzZZZZ...huhu..

keesokan paginya.. keputusan pun di umumkan.. sangat terkejut sampaikan waktu diumumkan keputusan tue... salah seorang daripada kami terhumban telefon bimbitnya sehingga kan rosak.. huhu..

sebenarnya.. kalau nak dijadikan kisah... sebenarnya dah ramai yang dah tahu keputusan untuk 'silent round' tue.. tapi semuanya senyap je.. =__=" apa lah.. huhu.. 

kumpulan yang kami orang lawan masa 'silent round' tue pun dah tahu sebenarnya dan dah bagi petunjuk-petunjuk suruh kami orang bersedia.. cuma kami yang tidak pedulikan sebab menjangkakan bahawa kami akan kalah.. huhu..

tapi tidak mengapalah sebab ada hikmah juga... 

malam terakhir berada di sana sempat juga lah beramah mesra dengan orang-orang yang seangkatan memperjuang kan bahasa.. 

berkenalan dengan orang baru..muka baru dan muka baru orang lama.. 

semasa hari terakhir berada di sana.. persembahan pentas akhir agak kurang memberangsangkan kerana persembahan kedua-kedua pasukan agak mengecewakan.. tidak seperti semasa mereka bersaing sebelum ini.. jadi kurang menggembirakan.. sebaik sahaja habis majlis kami orang terus sahaja balik.. sedih juga lah.. sebab menjangkakan dapat beramah mesra buat kali terakhir tapi.. huhu.. tak ada rezeki.. sebab ada komplikasi yang menyebabkan tidak dapat untuk tunggu dengan lebih lama lagi..

sepanjang berada di sana.. banyak perkara yang telah kami orang pelajari dan timba bersama.. harapan masa akan datang.. dapat menggenggam piala tersebut pula.. :-)

Sekian~

19.8.11

New

QR Code

13.8.11

Sayang

Tapi semasa aku dan seorang rakan menonton televisyen...terdapat satu cerita berkenaan dengan Rossa dan bekas suaminya yang kini berada di penjara...tapi bukan itu yang aku ingin ceirtakan sekarang.. aku cuma nak bagitahu bahawa cerita Rossa itu merupakan titik permulaan kepada kisah aku...

"emm...mesti susah kn mo kasi lupa orang yang kita sayang...macam Rossa tue la.. mesti dia payah mo kasi lupa si Yoyo tue.." kata rakan ku..

"mestila bah...kalau sudah syang sampi bila-bila pun syang juga bh..."aku membalas

huhu.. apa yang aku nak sampai kat sini.. emm.. kalau dah sekali kita mencurahkan kasih sayang kepada sesiapa pun.. rasa sayang dan kasih itu akan sentiasa ada.. biarpun setelah bertahun lamanya.. biar pun sudah bertemu dengan orang yang lain.. sebab bila kita sayang dengan seseorang itu.. cara dan kaedah kita menyayangi dia tak akan sama dengan cara kita sayang dengan orang lain...perasaan kasih sayang kita pada ibu bapa kita tak akan sama dengan perasaan kasih dan sayang kita pada rakan kita... macam tue la juga perasaan kita pada orang yang kita sayang...orang istimewa yang kita sayang.. 

walaupun kita ada beribu orang yang kita sayang tapi rasa sayang itu tak akan pernah sama antara satu dengan yang lain.. sebab itulah kita tak mungkin akan cari seorang pengganti.. kita cuma akan dapat bertemu dengan orang lain sahaja.. bukan pengganti.. kerana tidak ada dua orang yang serupa di dunia ini.. (kembar tue.. secara fizikal.. tapi nurani dan jiwa adalah berlainan) sebab itulah bila ada orang yang kita sayang.. hargai diri nya.. walaupun takdir menentukan yang anda dengan dirinya itu tidak dapat bersama... simpan rasa sayang itu... kerana rasa sayang itu lah yang akan menjadi baja penyubur kepada kasih sayang yang akan mendatang..kalau dibuang tiada lah sudah benih kasih yang akan menyuburkan rasa sayang... maka matilah hati... mati lah perasaan.. huhu... 

Sekian~

12.8.11

Puasa

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAAHAHHAHAHAHA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sepatutnya entri kali ini aku kemas kini pada hari pertama puasa lagi..tapi sebab aku malas maka malam inilah menjadi detik permulaan.. hihi..

emm.. masuk hari ini... sudah lebih kurang 11 hari umat Islam berpuasa... huhu.. emm.. sebenarnya semakin kita dewasa...semakin kita tak rasa sangat kepayahan berpuasa itu.. sebab tue la.. orang skarang neh... masuk jak bulan puasa.. bukan fikir sangat pasal apa yang nak buat waktu bulan puasa tue.. macam ibadat semua.. tapi lebih kepada persiapan untuk raya.. baru seminggu puasa...sudah kedengaran lagu-lagu raya... emm.. rasa pelik sangat... sebelum raya lagi pun sudah ada kedai-kedai wat promo RAYA~ adoi.. huhu.. pelik sudah skang neh.. sampaikan kemeriahan dan kejutan rasa keseronokan raya tue dah tiada... huhu.. emm..

tapi bukan lah semua orang macam tue... masih ramai lagi mengejar azali dalam bulan yang penuh rahmat dan kebaikan ini.. huhu.. bagi mereka yang tergolong dalam golongan ini... syukur.. kalau yang baru bermula nak mendekatkan diri... perlahan-lahan.. itu adalah satu detik permulaan yang jelas... yang nampak kesudahannya yang penuh cahaya rahmat... huhu..

emm.. baru-baru neh aku telah membeli webcam... emm.. tetiba aku rasa macam nak wat vlog lak.. huhu.. ye la.. skang neh.. suma orang nak wat video sendiri.. hihi.. macam matluthfi... huhu.. best sangat tengok video yang dia wat.. huhu.. tgk la.. entry lepas neh dalam bentuk vlog kowt.. huhu.. harap dengan keizinan daripada NYA... aku dapat wat la.. saje nak cuba-cuba la kira nya.. huhu..ok lah.. bye..

Sekian~

27.7.11

Tennis + Wheelchair

Hari Jumaat yang lepas aku dan beberapa orang rakan aku dan juga senior-senior aku melibatkan diri dengan satu acara tennis kerusi roda.. huhu.. Wheelchair Tennis Tour Championship... huhu.. 

Sebelum sampai di tempat kejadian.. aku cuma tahu yang aku akan menjadi pengutip bola untuk perlawanan tenis..tapi aku tidak menyangka pula bahawa aku akan menjadi pemungut bola untuk perlawanan tenis untuk orang kelainan upaya.. huhu.. 

Sebelum neh aku tak tahu pun yang acara tenis untuk orang kurang upaya ada.. inilah masalahnya kurang pendedahan.. sebenarnya apa yang aku nak nyatakan disini bukanlah pasal event neh sebenarnya tapi pasal perasaan aku melihat diorang semua ni..

Masa mula-mula aku tengok dia orang semua ni aku sangat lah terpegun dengan kesungguhan mereka.. kerana aku tahu bukan mudah untuk main permainan yang biasanya dimainkan oleh orang yang normal... orang yang normal main tenis pun dah nampak susah apa lagi orang yang kelainan upaya..walaupun terdapat beberapa kelonggaran dalam aspek peraturan tapi diorg masih lagi main macam orang biasa main.. wah.. sangat terpegun.. dan aku rasa inilah kali pertama aku melihat menonton permainan dengan penuh khusyuk dan keterujaan.. huhu.. dan aku akhirnya faham apa rasanya kalau orang tengok bola.. huhuhu..








Tapi sayang la..tak banyak ambil gambar.. huhu.. ada la juga tapi tak berapa banyak.. huhu.. just a few.. tp adalah juga daripada tak ada langsung.. huhu..

19.7.11

Larangan

Matang

Aku mengaku yang diri aku ni sebenarnya tidak matang lagi... jiwa keanak-anakan itu masih lagi kental dalam diri ini...
Banyak sebab yang menjadikan diriku seperti ini...salah satu sebab yang mungkin menjadi faktor adalah.. emmm.. kerana aku ini adalah anak yang bongsu...maka aku mendapat layanan seperti seorang kanak-kanak sehingga ke hari ini...huhu.. mungkin sebab itulah sifat keanak-anakkan dan kebergantungan aku pada seseorang itu masih lagi menebal...dalam usia yang hampir menjangkau 20 tahun ini.. aku masih lagi bergantung kepada orang lain untuk membuat suatu keputusan...kerana aku takut akan dipersalahkan jika membuat keputusan yang salah...dan mengikut pengalaman aku.. jika aku membuat suatu keputusan itu sendiri tanpa ada pandangan daripada orang lain selalunya mesti akan ada kesan yang buruk...huhu.. sebab itulah aku gusar apabila perlu berdikari..tambahan pula apabila berada di tempat orang.. di tempat yang aku sendiri tidak biasa dengan orang disekelilingnya...huhu..
Tapi kadang-kadang aku selalu terfikir sampi bila aku perlu macam ni.. bergantung hidup dan pendirian pada orang lain.. aku bukan apa.. cuma takut untuk melakukan kesilapan.. takut untuk berdepan dengan kenyataan dan kesan yang akan mendatang jika aku membuat pilihan sendiri.. aku nak pastikan yang aku ada tempat untuk mengadu bila aku membuat kesilapan.. dan masih lagi dapat menerima aku seadanya jika melakukan suatu kesilapan..
Aku mahu saja bercakap dengan keluarga aku.. cuma masih lagi belum punya kekuatan untuk berbuat sedemikian..dan aku masih lagi belum bersedia...dan aku yakin yang keluarga aku juga masih lagi belum bersedia..setakat ini.. biar aku dan Tuhan saja yang tahu.. dan Tuhan saja yang mendengar...

Sekian~

17.7.11

Hari Sukan SK Bukit Jalil

Just 4 Fun

12.7.11

Kisah Hati - Alyah

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Bait-bait lirik lagu Alyah yang terbaru sangat lah mendalam maknanya bagi ku... sepertinya aku dapat meletakkan diri ku di dalam kisah yang ada dalam lagu ini...terasa seperti ingin menitiskan air mata...

Sekian~

11.7.11

Ketika Cinta Bertasbih

Petang tadi aku tak tahu mau buat apa di dalam bilik jadi aku pun mengorek-ngorek la isi kandungan external hard disk aku.. lalu terserempak dengan muvee Ketika cinta bertasbih... jadi aku pun mengambil keputusan untuk menonton muvee tersebut..dan aku berani katakan yang sangat berbaloi menonton muvee tersebut...huhu... dari awal hingga akhir sangat best..tidak mengecewakan langsung.. bahkan suspen yang ditonjolkan sangat mendebarkan sehingga ke saat-saat akhir.. huhu... sangat best.. huhu..


Menonton cerita ini membuatkan aku terfikir betapa banyak dugaan yang perlu ditempuhi untuk mencari redha-Nya...dan juga jodoh yang sudah ditentukan oleh Nya itu pasti... dan walau apa pun dugaan-Nya.. jika di harungi dengan aman.. InsyaAllah pasti akan bertemu jua dengan yang telah ditakdirkan itu...


Mencari keredhaan-Nya itu bukan jalan yang mudah.. kerana ujian Nya pasti akan ada..


Dari Nya kita datang... Kepada Nya jua kita akan kembali..


Menonton KCB juga menyebabkan aku mendapat inspirasi untuk menghasilkan satu cerita pendek.. emm.. InsyaAllah dengan izinnya akan aku cari masa untuk menyiapkan jua kisah tersebut.. sudah terlalu lama sejak kali terakhir aku menghasilkan sesuatu karya... bukan apa.. cuma tidak ada modal atau dalam erti kata lain stimulus daripada luar untuk aku menghasilkan sesuatu... tapi kini sudah ada.. enzim yang sangat menarik untuk aku menjadi bahan permulaan untuk cerpen aku.. huhu..


Kala aku menonton cerita ini juga aku terkenang kisah hidup aku sendiri yang masih lagi terumbang-ambing mencari tempat yang sepatutnya aku berlabuh.. sehingga kini sering kali aku memilih pelabuhan yang salah... dan disebabkan kesilapan aku.. banyak cacat dan cela yang ada pada kapal pelayaranku.. aku tidak tahu berapa lama lagi bahtera ini akan bertahan sehingga aku sampai ke pelabuhan yang benar.. aku hanya mampu berusaha dan berdoa kepada-Nya..hanya pada-Nya aka berserah... InsyaAllah.. semuanya akan baik sahaja...


Sekian~


p.s: sesiapa yang masih belum menonton ketika cinta bertasbih... pegi la tengok.. sangat best!! huhu...

9.7.11

Sunyi

Dah lama sangat aku tak ada mengemaskini blog aku neh...tak ada entri baru... kalau dulu...selalu ada banyak gambar-gambar..cerita-cerita tapi kini sunyi..sepi tanpa ada kata...tanpa ada madah yang mengisi kekosongan...


Banyak perkara yang berlaku sejak kebelakangan ini... banyak sangat perkara yang terjadi sehingga kan aku sendiri menjadi lemas... lemas dalam akibat yang terjadi daripada perbuatan aku sendiri...lepas satu.. satu...


Kemudia di saat aku merasakan sedikit kedamaian... air yang tenang bergocak semula...khabar2 angin dan kisah-kisah yang mengusarkan hati, hati yang sememangnya sedang gundah bertambah lagi gundahnya...


Mengapa aku tidak boleh terus tinggal dalam hidup imaginasi bahagia aku...? Aku tahu yang realitinya itu satu kesalahan dan satu kemungkaran...dan aku tidak kisah jika realiti itu dirobek... tapi kenapa perlu ambil dunia imaginasi bahagia aku bersama... kenapa tidak biarkan aku terus bahagia dalam igauan mimpi aku..?

Kadang-kadang bukan semua orang tahu yang sangat sukar untuk menghilangkan kesan parut... lebih-lebih lagi parut yang lukanya dulu.. sangat dalam... sangat... sangat dalam... bila luka itu dalam maka tidak hairan lah parut.. dan kesan yang akan ditinggalkan itu sangat besar dan ketara...nak hilangkannya pun hampir mustahil...kita kena perlu teruskan kehidupan dengan parut itu.. bukan parut itu yang menjadikan kita siapa diri kita.. kita yang membentuk diri kita untuk menjadi siapa diri kita yang sepatutnya... tapi kadang kala.. tidak dinafikan parut itu sememangnya akan memberikan kesan kepada kita... kepada orang yang berada di persekitaran kita... persepsi dan pandangan orang terhadap kita bila melihat parut tersebut.. adalah suatu perkara yang tidak dapat kita semua elak... kita tidak dapat mengawal hawa nafsu orang lain... kita cuma dapat mengawal nafsu kita dengan izin-Nya...dan usaha kita...sebab itu bila ada parut itu... maka kita akan cuba untuk menyembunyikannya.. kita akan cuba menyembuhkannya.. agar dapat kita hidup seperti orang lain..tapi malang.. bukan semua orang parutnya akan hilang... bukan semua orang parutnya akan sembuh.. kadang kala.. ada yang kekal selamanya..tapi menjalani hidup yang diredhai..tapi kasihan pada mereka yang parut tak hilang hidup pun tak tenang dek kerana hidup gelap terus dijalani...

Parut yang ada itu sebagai bukti jahilnya diri masa dulu.. ...parut itu juga tanda zalimnya diri kepada zat yang dipinjamkan kepada kita....dan parut itu menjadi tauladan kepada orang lain agar jangan menyimpang jauh seperti mana dulu pernah terjadi... namun begitu... parut itu juga sebagai ingatan dan pembakar semangat kepada diri untuk terus mencari redha-Nya...satu usaha yang jika terluka..sangat berbaloi mendapat parut daripada perjuangan mencari cinta Nya...

sekian~



30.6.11

Emm...

Pagi tadi..sewaktu di dalam kelas... seorang daripada kawan aku telah mengemas kini blog miliknya...kemudian aku lihat dia sepertinya sangat aktif dengan aktiviti-aktiviti blog neh.. banyak perkara yang aku tak tahu...seperti sekarang ni.. ada trend yang baru...yang mana setiap hari ada perkara yang membuatkan orang sentiasa akan ada bahan untuk di letakkan di dalam blog mereka.. wordless wednesday.. funny friday... dan sebagainya yang sama wkatu dengannya...melihat semua perkara ini aku terasa sangat ketinggalan zaman.. hihi..


Bukan apa...cuma sejak kebelakangan ini aku merasakan sesuatu... sesuatu keraguan apabila berkongsi sesuatu kepada orang ramai... (walaupun bukannya ada orang pun yang baca blog neh.. huhu.. ) macam suatu rasa takut apabila tahu yang mungkin orang akan menggunakan informasi yang mereka dapat daripada cerita-cerita yang diletakkan di dalam blog...jika mereka menggunakan informasi tersebut untuk kebaikan tidak mengapa.. tapi bayangkan kalau mereka menggunakan informasi tersebut untuk menjatuhkan aku...ataupun orang lain... suatu senario yang sangat sukar untuk aku bayangkan dan kalau boleh aku ingin cuba untuk elakkan.. begitulah perasaan akau kini setiap kali terdetik dalam sanubari ku untuk mengemas kini blog...


dulu aku pernah berkongsi bermacam-macam pengalaman dan sedikit sebanyak berkenaan dengan kisah hidup aku...tapi kini tidak lagi.. mungkin bukan dalam masa yang terdekat.. mungkin kemudian.. mungkin tidak lagi... semuanya bergantung kepada-Nya..


Sekian~

gedik

nur wani 

amna nabihah

sabariah

14.6.11

Life Is Like A Circle

Hidup ni macam roda.. kejap kita ada di atas.. kejap kita akan berada di bawah.. bila kita berada di atas jangan lupa kepada yang lebih kuasa..DIA...sama juga bila kita berada di bawah..jangan pernah lupa kepada dia.. walau apa pun keadaan kita.. susah atau pun senang.. bersyukur bila senang... bersyukur bila susah..


Semua perkara yang kita lakukan pasti ada balasannya.. tidak kira di dunia.. ataupun di akhirat...bila buat baik.. Insya-Allah.. dengan izin-NYA...pasti akan mendapat kebaikan semula.. bila kemungkaran atau kejahatan yang dikerjakan.. maka tidak mustahil perkara yang serupa akan kita rasa semula..


Bila pernah kita melakukan kemungkaran perkara yang paling ditakuti.. keaiban itu di buka oleh NYA... DIA memasang hijab pada pandangan orang sepanjang kita melakukan kemungkaran.. supaya kita sedar.. sebelum DIA mengambil keputusan untuk membuka hijab tersebut... kerana bila hijab yang menutup keaiban itu di buka.. banyak perkara yang tidak dapat dibayangkan akan berlaku.. malu.. takut.. gerun.. gentar.. semua akan kita rasai..

Tapi suatu ujian itu tidak akan diturunkan kepada kita jika kita tidak mampu untuk berdepan dengan dugaan tersebut.. aku sentiasa percaya itu..

Sekian~