27.7.11

Tennis + Wheelchair

Hari Jumaat yang lepas aku dan beberapa orang rakan aku dan juga senior-senior aku melibatkan diri dengan satu acara tennis kerusi roda.. huhu.. Wheelchair Tennis Tour Championship... huhu.. 

Sebelum sampai di tempat kejadian.. aku cuma tahu yang aku akan menjadi pengutip bola untuk perlawanan tenis..tapi aku tidak menyangka pula bahawa aku akan menjadi pemungut bola untuk perlawanan tenis untuk orang kelainan upaya.. huhu.. 

Sebelum neh aku tak tahu pun yang acara tenis untuk orang kurang upaya ada.. inilah masalahnya kurang pendedahan.. sebenarnya apa yang aku nak nyatakan disini bukanlah pasal event neh sebenarnya tapi pasal perasaan aku melihat diorang semua ni..

Masa mula-mula aku tengok dia orang semua ni aku sangat lah terpegun dengan kesungguhan mereka.. kerana aku tahu bukan mudah untuk main permainan yang biasanya dimainkan oleh orang yang normal... orang yang normal main tenis pun dah nampak susah apa lagi orang yang kelainan upaya..walaupun terdapat beberapa kelonggaran dalam aspek peraturan tapi diorg masih lagi main macam orang biasa main.. wah.. sangat terpegun.. dan aku rasa inilah kali pertama aku melihat menonton permainan dengan penuh khusyuk dan keterujaan.. huhu.. dan aku akhirnya faham apa rasanya kalau orang tengok bola.. huhuhu..








Tapi sayang la..tak banyak ambil gambar.. huhu.. ada la juga tapi tak berapa banyak.. huhu.. just a few.. tp adalah juga daripada tak ada langsung.. huhu..

19.7.11

Larangan

Matang

Aku mengaku yang diri aku ni sebenarnya tidak matang lagi... jiwa keanak-anakan itu masih lagi kental dalam diri ini...
Banyak sebab yang menjadikan diriku seperti ini...salah satu sebab yang mungkin menjadi faktor adalah.. emmm.. kerana aku ini adalah anak yang bongsu...maka aku mendapat layanan seperti seorang kanak-kanak sehingga ke hari ini...huhu.. mungkin sebab itulah sifat keanak-anakkan dan kebergantungan aku pada seseorang itu masih lagi menebal...dalam usia yang hampir menjangkau 20 tahun ini.. aku masih lagi bergantung kepada orang lain untuk membuat suatu keputusan...kerana aku takut akan dipersalahkan jika membuat keputusan yang salah...dan mengikut pengalaman aku.. jika aku membuat suatu keputusan itu sendiri tanpa ada pandangan daripada orang lain selalunya mesti akan ada kesan yang buruk...huhu.. sebab itulah aku gusar apabila perlu berdikari..tambahan pula apabila berada di tempat orang.. di tempat yang aku sendiri tidak biasa dengan orang disekelilingnya...huhu..
Tapi kadang-kadang aku selalu terfikir sampi bila aku perlu macam ni.. bergantung hidup dan pendirian pada orang lain.. aku bukan apa.. cuma takut untuk melakukan kesilapan.. takut untuk berdepan dengan kenyataan dan kesan yang akan mendatang jika aku membuat pilihan sendiri.. aku nak pastikan yang aku ada tempat untuk mengadu bila aku membuat kesilapan.. dan masih lagi dapat menerima aku seadanya jika melakukan suatu kesilapan..
Aku mahu saja bercakap dengan keluarga aku.. cuma masih lagi belum punya kekuatan untuk berbuat sedemikian..dan aku masih lagi belum bersedia...dan aku yakin yang keluarga aku juga masih lagi belum bersedia..setakat ini.. biar aku dan Tuhan saja yang tahu.. dan Tuhan saja yang mendengar...

Sekian~

17.7.11

Hari Sukan SK Bukit Jalil

video

Botol Susu

Tengahari tadi aku masa aku tengok Melodi...adalah satu iklan neh.. aku pun tak ingat lah iklan tue pasal apa.. tpi yang aku ingat ada pasal dia rebus botol susu...hihi..bila aku tengok iklan tue.. aku teringat dengan pengalaman aku sendiri..huhu.. satu pengakuan aku..hihi.. aku berhenti menggunakan botol susu semasa aku berada dalam darjah 3... huhu.. lambat kan.. selalunya budak berhenti guna botol susu masa umur darjah 1...macam-macam tue la.. tapi aku masa darjah 3.. huhu..tue pun disebabkan ada kejadian yang tidak dapat dielakkan yang menyebabkan aku TERPAKSA untuk berhenti menggunakan botol susu..dan kejadian tersebut ada sangkut pautnya dengan iklan yang kau ternampak...huhu..

Masa tue mak aku tengah rebus botol susu aku..huhu..tah macam mana boleh tertinggal..tambah..terlupa lagi..pastu dah lama-lama air yang ada dalam periuk tue pun dah kering..botol plastik yang ada dalam periuk tue pun dan cair.. sampai la ada bau hangit baru perasan pasal apa yang telah berlaku.. huhu..


Jadi, selepas kejadian itu...aku tidak dapat lagi nak minum susu guna botol susu..sebenarnya aku boleh jak minta beli botol susu yang baru tapi tidak dibelikan..huhu.. dan aku rasa kalau aku dibelikan botol susu yang baru mesti aku akan lebih lambat berhenti.. huhu.. so ada hikmah kejadian tue berlaku..

Moral of the story is..jaga-jaga masa guna dapur...jangan sampai leka.. silap-silap hari bulan..boleh terbakar rumah.. huhu..

Sekian~

Just 4 Fun

video

12.7.11

Kisah Hati - Alyah

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Bait-bait lirik lagu Alyah yang terbaru sangat lah mendalam maknanya bagi ku... sepertinya aku dapat meletakkan diri ku di dalam kisah yang ada dalam lagu ini...terasa seperti ingin menitiskan air mata...

Sekian~

11.7.11

Ketika Cinta Bertasbih

Petang tadi aku tak tahu mau buat apa di dalam bilik jadi aku pun mengorek-ngorek la isi kandungan external hard disk aku.. lalu terserempak dengan muvee Ketika cinta bertasbih... jadi aku pun mengambil keputusan untuk menonton muvee tersebut..dan aku berani katakan yang sangat berbaloi menonton muvee tersebut...huhu... dari awal hingga akhir sangat best..tidak mengecewakan langsung.. bahkan suspen yang ditonjolkan sangat mendebarkan sehingga ke saat-saat akhir.. huhu... sangat best.. huhu..


Menonton cerita ini membuatkan aku terfikir betapa banyak dugaan yang perlu ditempuhi untuk mencari redha-Nya...dan juga jodoh yang sudah ditentukan oleh Nya itu pasti... dan walau apa pun dugaan-Nya.. jika di harungi dengan aman.. InsyaAllah pasti akan bertemu jua dengan yang telah ditakdirkan itu...


Mencari keredhaan-Nya itu bukan jalan yang mudah.. kerana ujian Nya pasti akan ada..


Dari Nya kita datang... Kepada Nya jua kita akan kembali..


Menonton KCB juga menyebabkan aku mendapat inspirasi untuk menghasilkan satu cerita pendek.. emm.. InsyaAllah dengan izinnya akan aku cari masa untuk menyiapkan jua kisah tersebut.. sudah terlalu lama sejak kali terakhir aku menghasilkan sesuatu karya... bukan apa.. cuma tidak ada modal atau dalam erti kata lain stimulus daripada luar untuk aku menghasilkan sesuatu... tapi kini sudah ada.. enzim yang sangat menarik untuk aku menjadi bahan permulaan untuk cerpen aku.. huhu..


Kala aku menonton cerita ini juga aku terkenang kisah hidup aku sendiri yang masih lagi terumbang-ambing mencari tempat yang sepatutnya aku berlabuh.. sehingga kini sering kali aku memilih pelabuhan yang salah... dan disebabkan kesilapan aku.. banyak cacat dan cela yang ada pada kapal pelayaranku.. aku tidak tahu berapa lama lagi bahtera ini akan bertahan sehingga aku sampai ke pelabuhan yang benar.. aku hanya mampu berusaha dan berdoa kepada-Nya..hanya pada-Nya aka berserah... InsyaAllah.. semuanya akan baik sahaja...


Sekian~


p.s: sesiapa yang masih belum menonton ketika cinta bertasbih... pegi la tengok.. sangat best!! huhu...

9.7.11

Sunyi

Dah lama sangat aku tak ada mengemaskini blog aku neh...tak ada entri baru... kalau dulu...selalu ada banyak gambar-gambar..cerita-cerita tapi kini sunyi..sepi tanpa ada kata...tanpa ada madah yang mengisi kekosongan...


Banyak perkara yang berlaku sejak kebelakangan ini... banyak sangat perkara yang terjadi sehingga kan aku sendiri menjadi lemas... lemas dalam akibat yang terjadi daripada perbuatan aku sendiri...lepas satu.. satu...


Kemudia di saat aku merasakan sedikit kedamaian... air yang tenang bergocak semula...khabar2 angin dan kisah-kisah yang mengusarkan hati, hati yang sememangnya sedang gundah bertambah lagi gundahnya...


Mengapa aku tidak boleh terus tinggal dalam hidup imaginasi bahagia aku...? Aku tahu yang realitinya itu satu kesalahan dan satu kemungkaran...dan aku tidak kisah jika realiti itu dirobek... tapi kenapa perlu ambil dunia imaginasi bahagia aku bersama... kenapa tidak biarkan aku terus bahagia dalam igauan mimpi aku..?

Kadang-kadang bukan semua orang tahu yang sangat sukar untuk menghilangkan kesan parut... lebih-lebih lagi parut yang lukanya dulu.. sangat dalam... sangat... sangat dalam... bila luka itu dalam maka tidak hairan lah parut.. dan kesan yang akan ditinggalkan itu sangat besar dan ketara...nak hilangkannya pun hampir mustahil...kita kena perlu teruskan kehidupan dengan parut itu.. bukan parut itu yang menjadikan kita siapa diri kita.. kita yang membentuk diri kita untuk menjadi siapa diri kita yang sepatutnya... tapi kadang kala.. tidak dinafikan parut itu sememangnya akan memberikan kesan kepada kita... kepada orang yang berada di persekitaran kita... persepsi dan pandangan orang terhadap kita bila melihat parut tersebut.. adalah suatu perkara yang tidak dapat kita semua elak... kita tidak dapat mengawal hawa nafsu orang lain... kita cuma dapat mengawal nafsu kita dengan izin-Nya...dan usaha kita...sebab itu bila ada parut itu... maka kita akan cuba untuk menyembunyikannya.. kita akan cuba menyembuhkannya.. agar dapat kita hidup seperti orang lain..tapi malang.. bukan semua orang parutnya akan hilang... bukan semua orang parutnya akan sembuh.. kadang kala.. ada yang kekal selamanya..tapi menjalani hidup yang diredhai..tapi kasihan pada mereka yang parut tak hilang hidup pun tak tenang dek kerana hidup gelap terus dijalani...

Parut yang ada itu sebagai bukti jahilnya diri masa dulu.. ...parut itu juga tanda zalimnya diri kepada zat yang dipinjamkan kepada kita....dan parut itu menjadi tauladan kepada orang lain agar jangan menyimpang jauh seperti mana dulu pernah terjadi... namun begitu... parut itu juga sebagai ingatan dan pembakar semangat kepada diri untuk terus mencari redha-Nya...satu usaha yang jika terluka..sangat berbaloi mendapat parut daripada perjuangan mencari cinta Nya...

sekian~