21.10.11

Jujur

Bila bercakap tentang isu kejujuran pastinya melibatkan banyak perkara-perkara yang sensitif dan juga bolah menyinggung perasaan... kadang-kadang kita perlu jujur untuk menyatakan sesuatu yang kita suka ataupun mungkin juga sesuatu yang kita tidak suka... dan kesan daripada kejujuran tersebut kadang-kadang boleh mendatangkan kebaikan agar penambahbaikan boleh dilakukan dan juga boleh mendatangkan kesedihan dan juga perasaan yang kurang di senangi..namun begitu, kenyataannya jujur itu sesuatu perkara yang lebih baik daripada menipu... lebih-lebih lagi dalam bab-bab yang melibatkan perasaan orang lain...

Sangat sukar untuk menerima kenyataan bila menyukai seseorang yang sudah dipunyai dan dikasihi oleh orang lain.. berkongsi sesuatu yang sangat sensitif dan sukar untuk ditemui itu adalah satu perasaan perit yang sukar untuk ditransliterasikan kepada perkataan...cuma orang yang pernah mengalaminya dan Tuhan saja yang tahu..pada ketika itu cemburu..marah..sayang..suka...bermacam-macam perasaan yang timbul secara tiba-tiba..hanya kekuatan, kematangan dan ilmu seseorang yang dapat mengawal kesemua perasaan tersebut..jika tidak..tindakan yang kurang waras berkemungkinan besar pasti akan berlaku..

Untuk tidak terus hanyut dalam permainan perasaan yang tidak menentu itu..kejujuranlah jawapannya...ia akan menyelesaikan konflik yang berlaku pada kedua-dua pihak... pihak yang menyembunyikan kenyataan dan pihak yang terumbang-ambing perasaan.. pihak yang menyembunyikan tidak lagi berasa bersalah atau sebagainya...dan pihak yang satu lagi tidak lagi tertanya-tanya.. satu penyelesaian yang mudah...

Tapi perkara sukar yang tiba selepas meluahkan kata-kata kebenaran adalah... kesukaran untuk berhadapan dengan insan tersebut dan bersua dengannya serta berkelakuan seperti biasa.. seperti tiada apa-apa yang pernah berlaku..

Tidak semua orang boleh berbuat demikian.. ramai yang akan cuba untuk mengelak daripada bertemu antara satu dengan yang lain.. kerana derita yang kian sembuh.. akan luka berdarah kembali tatkala mata menatap wajah dan kala detik mata bertentang mata.. itu detik yang paling perit sekali..

Tapi bukan semua orang seperti itu..ada juga yang punya kekuatan yang mengagumkan..yang mampu berinteraksi dan berkomunikasi seperti biasa.. tapi selalunya.. mereka-mereka inilah yang paling menderita.. cuma mereka mampu untuk menutup rasa itu dengan topeng yang tidak mampu orang lain buka dan selami disebaliknya..hanya dia dan Tuhan saja yang tahu..

Oleh itu.. fikir dulu dengan baik sebelum bermain dengan perasaan dan keikhlasan serta kejujuran...

~Sekian~


1 comment:

Anonymous said...

ada sorang sahabat dia ckp camni,
"cinta tu fitrah..dan kita sbg manusia x boleh tolak fitrah tu...tu namanya lawan arus...tp, nak terima cinta waktu umur masih summer,macam x sesuai lg la kan...so, cukup kita katakan dalam hati, ya Allah...insyaAllah satu hr nnti aku akan jd seperti mereka...(cth ayat whn we meet orng yg dh kawin)^_^