Sepatutnya selepas sahaja balik daripada pertandingan hari tue..aku dah boleh selesaikan semua ujian-ujian amali aku..tak perlu dah aku nak fikir-fikir lagi pasal semua ni..tapi disebabkan oleh beberapa perkara yang sepatutnya boleh dielakkan..tiba-tiba ujian tersebut telah ditangguh dan DITANGGUH DAN KEMUDIAN DITANGGUH sehinggalah aku terpaksa melaksanakan ujian tersebut pada minggu hadapan...aku dalam mood yang sangat marah dan geram kerana perkara tersebut sangatlah boleh dielakkan...!!!!! argh!!!
ok..mesti kalau ada yang baca benda ni...semua pun blur..ok jadi biar aku cerita lah..dan kemudian korang lah yang jadi penilai tentang siapa yang salah dalam hal neh...
nak dijadikan cerita...pada minggu lepas aku dapat tahu yang ujian amali yang sepatutnya aku ambil dilaksanakan pada hari yang secara kebetulannya aku tak ada..jadi aku pun mengambil keputusan yang sangat bertanggungjawab dengan mencari pensyarah yang menguruskan semua perkara ini...
selepas aku berjaya menelefon pensyarah tersebut...dia pun faham dengan kondisi aku dan kemudian menetapkan...dan setahu aku...secara tidak langsung berjanji untuk melaksanakan ujian tersebut pada hari rabu..selepas aku kembali...dan aku pun bersetuju kerana pada hari itu juga akan berlangsung ujian amali aku untuk hari yang kedua..dan aku merasakan lebih cepat selesai ujian tersebut lebih baik...
kemudian pada hari kejadian yakni hari rabu..pada awalnya semua berjalan dengan lancar..aku berjumpa dengan pensyarah tersebut dan mengconfirmkan semula yang akau akan mengambil ukjk...kemudian aku dengan rasa bertanggungjawabnya bertanyalah kepada seorang kenalan aku...(dah tak sudi aku nak panggil dia kawan lagi sebab aku rasa geram sangat dengan dia...) aku bertanya kepadanya bila dia nak buat ujian dia..baik buat hari ni...(rabu) jangan tangguh-tangguh lagi mudah...kemudian dia pun dengan terkedek-kedeknya datang lalu bergedik-gedik dengan memakai baju kurung...aku pun terdiam dan terkedu kerana aku pasti akan ada berita yang tidak menyenangkan akan aku dengar...kemudian aku menyuruh dia pergi berjumpa dengan pensyarah tersebut...lalu meninggalkan dia kerana dia sudah dewasa dan pasti boleh menguruskan diri nya sendiri..tanpa perlu ada aku...kerana aku ada ujian yang lebih penting daripada melayan kerenah gedik dan tak matang dia....
selepas selesai ujian aku yang kedua..aku pergilah berjumpa dengan pensyarah tersebut..kerana ingin menyudahkan ujian aku yang pertama...alangkah marah dan geram dan terkejutnya aku apabila dia memberitahu yang aku akan melaksanakannya pada esok hari (khamis)...bersama-sama dengan dia yang gedik lagi tak matang...huhu..pada masa itu..masih lagi ada kudrat aku untuk bersabar..tapi yang aku hairannya kenapalah yang si tak matang dan gedik itu tak dapat buat pada hari rabu itu sedang kan ada seorang lagi temannya yang berada dibawah naungan yang sama boleh melaksanakannya pada hari itu..? siapa yang tidak prihatin dan tidak peka dengan keadaan semasa...? salah siapa sebenarnya nie..? adakah salah aku yang sedar tentang penting nya markah ujian tersebut..? salah aku kerana individualistik sedangkan aku dah banyak kali sebut-sebut pasal ujian tersebut sejak daripada minggu lepas lagi...? adakah salah aku jika dia yang sememangnya tidak mahukan markah tersebut...?
emm...kemudian pada hari khamis tersebut aku mendapat berita yang lebih menyakitkan hati kerana kita perlu mengikut kata perempuan itu pula...oleh kerana dia mahu melakukan ujian tersebut pada hari jumaat...pensyarah tersebut pun dengan mudahnya mengatakan mahu melakukan perkara tersebut pada hari jumaat..ikut saja kata perempuan itu...sedang aku yang ulang alik datang masuk jabatan dia..mencari masa yangs sesuai..mencari masa yang sepatutnya melaksanakan ujian tersebut tapi oleh kerana perempuan itu aku pula yang perlu menunggu..aku pula yang perlu menjadi mangsa...
kisah pada hari jumaat pula lagi menyakitkan hati...pensyarah tersebut tahu yang dia sepatutnya berada ditempat lain dan bukannya berada ditempat yang selalunya dia ada...tapi dia tidak pula memberitahu hal tersebut seawalnya..dan kemudian aku mendapat tahu pulaa yang aku perlu melaksanakan ujian tersebut pada minggu hadapan pula..bersama sama dengan sekelompok orang yang kurang aku kenali...
aku tak mahu melaksanakan ujian tersebut dengan sekelompok orang yang kurang aku kenali kerana takut dan gusar yang aku akan berasa janggal dan tidak selesa..aku sangatlah tak suka kepada orang yang aku tidak kenal...oleh yang demikian menyebabkan aku berasa sangat geram...aku sangat marah pada perempuan itu kerana jikalah dia ada kesedaran kendiri tentang betapa pentingnya ujian tersebut pasti dia sudah bertanya dengans sesiapa atau denga pensyarah tentang status dia dalam mengambil ujian tersebut...menyesal aku menghantar mesej tersebut kepada dia..kalau lah aku tidak sibuk hendak menjadi insan yang bertanggungjawab pasti aku dah selesai dengan ujian tersebut...
ni lah masalahnya...bila orang yang tak ada kesedaran kendiri...
sekarang ni perasaan aku sangat lah marah terhadap perempuan itu...sangatlah geram terhadap perempuan itu...sangatlah marah pada pensyarah itu...sangat lah geram dengan pensyarah itu...
sekian...
3 comments:
sabar ya mint..insyaALLAH ada hikmah kenapa test ko asyik kena tangguh2..& insyaALLAH gak test yg bakal berlangsung tu akan menjnjikan result yg gempak..^^ amiiii~ sabo je la ek..
harap2 la syan..aku pun cuba untuk bersabar neh...huhu..
hahaha. sabar yunk. kaw seligi2 jak kepale pmpuan tuh. :D
Post a Comment