Pagi tadi..sewaktu di dalam kelas... seorang daripada kawan aku telah mengemas kini blog miliknya...kemudian aku lihat dia sepertinya sangat aktif dengan aktiviti-aktiviti blog neh.. banyak perkara yang aku tak tahu...seperti sekarang ni.. ada trend yang baru...yang mana setiap hari ada perkara yang membuatkan orang sentiasa akan ada bahan untuk di letakkan di dalam blog mereka.. wordless wednesday.. funny friday... dan sebagainya yang sama wkatu dengannya...melihat semua perkara ini aku terasa sangat ketinggalan zaman.. hihi..
Bukan apa...cuma sejak kebelakangan ini aku merasakan sesuatu... sesuatu keraguan apabila berkongsi sesuatu kepada orang ramai... (walaupun bukannya ada orang pun yang baca blog neh.. huhu.. ) macam suatu rasa takut apabila tahu yang mungkin orang akan menggunakan informasi yang mereka dapat daripada cerita-cerita yang diletakkan di dalam blog...jika mereka menggunakan informasi tersebut untuk kebaikan tidak mengapa.. tapi bayangkan kalau mereka menggunakan informasi tersebut untuk menjatuhkan aku...ataupun orang lain... suatu senario yang sangat sukar untuk aku bayangkan dan kalau boleh aku ingin cuba untuk elakkan.. begitulah perasaan akau kini setiap kali terdetik dalam sanubari ku untuk mengemas kini blog...
dulu aku pernah berkongsi bermacam-macam pengalaman dan sedikit sebanyak berkenaan dengan kisah hidup aku...tapi kini tidak lagi.. mungkin bukan dalam masa yang terdekat.. mungkin kemudian.. mungkin tidak lagi... semuanya bergantung kepada-Nya..
Sekian~
No comments:
Post a Comment