Wah!! Akhirnya!! selepas lebih daripada setahun lebih menunggu.. akhirnya aku memilikinya juga.. ya.. lesen ku.. huhu.. entry-entry yang dah berkurun lama dulu pernah menceritakan tentang pengalaman aku semasa belajar.. huhu.. macam yang terjadi... macam-macam tidak puas hati yang berlaku.. huhu.. tapi akhir nya setelah LAMA menunggu barulah hajat ku untuk mendapat lesen tercapai..
Macam biasa lah.. bagi mereka yang dah pernah ada pengalaman mengambil lesen.. mesti kamurang pun tau kan apa-apa proses dia kan... aku pun tidak terkecualilah daripada merasa benda yang sama.. tapi yang lebih mencabar minda dan pikiran masa itu.. adalah.. aku perlu melakukan ujian di litar (yang tiga ujian tue) dalam hujan.. huhu.. dalam kondisi kesihatan yang kurang mengizinkan.. aku perlu meredah kebasahan.. dan kemudian menahan sejuk... huhu.. tapi syukur... rahmat yang diturunkan Tuhan membantu aku pada hari itu.. huhu...
Perkara yang paling mendebarkan adalah ujian di laluan.. huhu..walaupun aku agak yakin dengan kemampuan aku.. namun begitu masih lagi ada keraguan yang timbul.. ragu-ragu jikalau dalam keadaan gemuruh dan gundah itu ada perkara yang penting yang akan aku terlupa dan akan menyumbang kepada kegagalan aku.. tapi syukur aku mampu mengawal keadaan yang berlaku semasa di laluan.. huhu..
Just want to say how grateful i am passing this test.. huhu..
Sekian~
No comments:
Post a Comment