19.7.11

Matang

Aku mengaku yang diri aku ni sebenarnya tidak matang lagi... jiwa keanak-anakan itu masih lagi kental dalam diri ini...
Banyak sebab yang menjadikan diriku seperti ini...salah satu sebab yang mungkin menjadi faktor adalah.. emmm.. kerana aku ini adalah anak yang bongsu...maka aku mendapat layanan seperti seorang kanak-kanak sehingga ke hari ini...huhu.. mungkin sebab itulah sifat keanak-anakkan dan kebergantungan aku pada seseorang itu masih lagi menebal...dalam usia yang hampir menjangkau 20 tahun ini.. aku masih lagi bergantung kepada orang lain untuk membuat suatu keputusan...kerana aku takut akan dipersalahkan jika membuat keputusan yang salah...dan mengikut pengalaman aku.. jika aku membuat suatu keputusan itu sendiri tanpa ada pandangan daripada orang lain selalunya mesti akan ada kesan yang buruk...huhu.. sebab itulah aku gusar apabila perlu berdikari..tambahan pula apabila berada di tempat orang.. di tempat yang aku sendiri tidak biasa dengan orang disekelilingnya...huhu..
Tapi kadang-kadang aku selalu terfikir sampi bila aku perlu macam ni.. bergantung hidup dan pendirian pada orang lain.. aku bukan apa.. cuma takut untuk melakukan kesilapan.. takut untuk berdepan dengan kenyataan dan kesan yang akan mendatang jika aku membuat pilihan sendiri.. aku nak pastikan yang aku ada tempat untuk mengadu bila aku membuat kesilapan.. dan masih lagi dapat menerima aku seadanya jika melakukan suatu kesilapan..
Aku mahu saja bercakap dengan keluarga aku.. cuma masih lagi belum punya kekuatan untuk berbuat sedemikian..dan aku masih lagi belum bersedia...dan aku yakin yang keluarga aku juga masih lagi belum bersedia..setakat ini.. biar aku dan Tuhan saja yang tahu.. dan Tuhan saja yang mendengar...

Sekian~

2 comments:

Shakir Azfar said...

jgn takut melakukan kesilapan sayang~ dr kesilapan, kita mengerti norma2 kehidupan.. melalui kesilapan kita akan mendapat kematangan dlm hidup.. dengan kesilapan kita akan menjadi lebih berani dlm melakukan apa shj yg kita nak..dan adanya kesilapan, itu akan buat kita menjd lebih berhati dlm membuat keputusan yg seterusnya.. :)

Mimin said...

tq shak.. huhu.. i will try my best.. :)