TQ!!!! |
Hampir semua orang tahu kewujudannya dan terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dengan laman-laman web ini. Sebut sahaja mana satu pastinya ada keahlian di situ. Wujudnya laman-laman web ini kita mampu berinteraksi dan berhubung dengan orang lain walaupun dia berada di hujung dunia. Bertemu dengan kawan lama yang sudah lama terputus hubungan mampu menjadi reaaliti, asalkan adanya sambungan internet semuanya menjadi tidak mustahil.
Selain daripada itu, kita sebagai manusia biasa kita pasti nya memiliki naluri untuk berkongsi pengalaman dan buah fikiran kita dengan orang lain. Kadang-kadang kita akan lakukan apa sahaja untuk menarik minat dan perhatiaan orang lain namun begitu, adakah kita fikir dengan dalamnya apakah kesan jika kita berkongsi terlalu banyak dengan orang lain. Terutama sekali dengan orang yang kita tak kenali.
Entah kenapa kucing ni tunggu depan bilik ni |
Cuba anda bayangkan apa yang orang lain mampu lakukan dengan maklumat yang seperti itu berkenaan anda. Banyak yang anda risikokan dengan menyerahkan maklumat-maklumat seperti itu kepada orang lain. Jika orang lain itu adalah dalam kalangan orang yang kita kenali mungkin tidak mengapa kerana kita tahu kepada siapa kita telah serahkan maklumat tersebut.
Orang asing mampu menggunakan maklumat tersebut untuk memperguna anda. Mereka mampu memanipulasi anda dengan memgunakan apa yang mereka tahu berkaitan dengan anda. Contohnya jika anda seorang yang mempunyai berat yang berlebihan, mungkin orang yang ingin menjual produknya akan menjadi kan anda sasaran dan akan cuba untuk menjual barangan mereka kepada anda.
Seriousnya~ |
Oleh yang demikian berhati-hatilah dengan maklumat yang anda 'kongsi' dengan orang lain di alam siber ini.
P.S: Siapa-siapa yang mahu gambar di dalam entry ini di buang sila berhubung dengan tuan punya blog.. sekian..
No comments:
Post a Comment