13.8.11

Sayang

Tapi semasa aku dan seorang rakan menonton televisyen...terdapat satu cerita berkenaan dengan Rossa dan bekas suaminya yang kini berada di penjara...tapi bukan itu yang aku ingin ceirtakan sekarang.. aku cuma nak bagitahu bahawa cerita Rossa itu merupakan titik permulaan kepada kisah aku...

"emm...mesti susah kn mo kasi lupa orang yang kita sayang...macam Rossa tue la.. mesti dia payah mo kasi lupa si Yoyo tue.." kata rakan ku..

"mestila bah...kalau sudah syang sampi bila-bila pun syang juga bh..."aku membalas

huhu.. apa yang aku nak sampai kat sini.. emm.. kalau dah sekali kita mencurahkan kasih sayang kepada sesiapa pun.. rasa sayang dan kasih itu akan sentiasa ada.. biarpun setelah bertahun lamanya.. biar pun sudah bertemu dengan orang yang lain.. sebab bila kita sayang dengan seseorang itu.. cara dan kaedah kita menyayangi dia tak akan sama dengan cara kita sayang dengan orang lain...perasaan kasih sayang kita pada ibu bapa kita tak akan sama dengan perasaan kasih dan sayang kita pada rakan kita... macam tue la juga perasaan kita pada orang yang kita sayang...orang istimewa yang kita sayang.. 

walaupun kita ada beribu orang yang kita sayang tapi rasa sayang itu tak akan pernah sama antara satu dengan yang lain.. sebab itulah kita tak mungkin akan cari seorang pengganti.. kita cuma akan dapat bertemu dengan orang lain sahaja.. bukan pengganti.. kerana tidak ada dua orang yang serupa di dunia ini.. (kembar tue.. secara fizikal.. tapi nurani dan jiwa adalah berlainan) sebab itulah bila ada orang yang kita sayang.. hargai diri nya.. walaupun takdir menentukan yang anda dengan dirinya itu tidak dapat bersama... simpan rasa sayang itu... kerana rasa sayang itu lah yang akan menjadi baja penyubur kepada kasih sayang yang akan mendatang..kalau dibuang tiada lah sudah benih kasih yang akan menyuburkan rasa sayang... maka matilah hati... mati lah perasaan.. huhu... 

Sekian~

1 comment:

gurumusafir said...

nice....
n mmg betul...~hehe~...

sayang takkan mampu bertukar ganti...

:)