Beberapa hari yang lalu, aku telah didatangi oleh seorang pensyarahku..dia memberitahu bahawa dia meminta bantuan untuk menjaya satu majlis pada hari ini (26 Mac 2011)...dia meminta untuk aku menjadi salah seorang pengacara majlis...aku pun tanpa berfikir panjang bersetuju..sebab aku rasa inilah satu peluang untuk menimba lagi ilmu..bukan senang peluang datang bergolek begitu sahaja..kadang ada orang lain perlu berusaha untuk menjadi pengacara untuk sesuatu majlis..tapi aku dengan seorang lagi rakan aku..dengan mudah mendapat tawaran..jadi kami pun merebut peluang ini untuk menimba pengetahuan dan pengalaman..untuk menjadi lebih baik di masa akan datang..hihihi...
Sepanjang majlis tadi semua nya berjalan dengan lancar lah..tak ada masalah yang besar sangat..sekadar kesilapan-kesilapan kecil tue adalah..hihihi...lucu...masa mula-mula sampai tu..trus nampak ada seorang ni pakai baju 'MPIK'. Kemudian, tengok muka...macam tak kenal..sebab kalau nak katakan senior aku..rasanya tak pernah nampak..tek pernah berselisih pun..nak kata junior..aku junior..tak kan lah aku tak kenal..kemudian bila kami nak bergerak ke meja pengacara..dia ni ikut-ikut kami..rasa sangat hairan..hihi..tapi selepas duduk dan bertenang sebentar persoalan itu terbongkar bila pensyarah aku tu bersuara...
Bila dia berkata demikian barulah persoalan yang jauh dilubuk hati terjawab..huhu..."Ini anak saya..."
Sepanjang majlis perasmian berlangsung rasanya semua berjalan dengan lancar...Syukur...dan benda yang lucu berlaku semasa acara-acara berlangsung..sepatutnya kami sebagai pengacara yang mengumumkan acara-acara..tapi ada seorang ni yang tiba-tiba ambil peranan..tapi waktu itu..kami tak lah memberontak atau berbuat apa yang tak sepatutnya..kami biarkan sahaja..kerana acara tetap berjalan dengan lancar...
Majlis yang bermula pada jam 9.00 pagi berakhir pada jam 3.00 petang...huh...agak memenatkan tapi taklah seberapa mana...sekadar penat sebegitu sahaja..huhu..tapi pengalaman yang kami dapat sangat bermakna dan akan digunakan pada masa akan datang...tak mudah untuk bekerja dalam situasi sebegitu...mungkin Dengan Izin-Nya...dalam 4 tahun setengah lagi aku sendiri akan berada dalam kondisi seperti mana pendidik-pendidik yang aku lihat pagi tadi...aku sangat gembira...
Sekian~
2 comments:
hye..eh tu mcm saya lah..haha..yeah great experience min!..
huhu.. yeah!! nnti kita g lgi k.. hihi~
Post a Comment