Mesti sesiapa yang terbaca post neh berasa hairan dengan tajuk nya. Tajuk post neh sangatlah bermakna kepada aku. Salah satu sebab nya kerana rasa air sirap masin tue.. dah nama sirap masin mestilah masin rasanya kan.. takkan la manis pula kan.. hihi.. emm.. selain daripada itu maksud yang tersirat disebalik metafora air sirap masin neh juga menjadi salah satu sebab ingatan itu tersemat dalam jiwa ini dengan kuatnya... mungkin masih ada yang masih kabur-kabur lagi kan... tak pa jap lagi aku fahamkan.. hihi..
macam mana nak mulakan.. ok.. bila kita tengok air sirap lah.. apa yang akan terlintas dalam fikiran anda semua?? emm.. kalau aku lah.. benda pertama aku yang terlintas.. MANIS.. sedap.. wangi.. perkara-perkara yang baik-baik lah.. tapi macam mana kalau apa yang kita sangka kan tu.. tak seperti yang kita bayangkan... malah.. di sebalik daripada semua itu.. air sirap yang lawa tue.. rasa nya MASIN...!! mesti kita akan kecewa.. sebab perkara yang kita sangka sedap tue.. rupa-rupa nya.. menyakitkan... tak sedap langsung.. ok.. ada faham??? cuba kita ambil situasi tadi dan bandingkan dengan realiti dunia sekarang neh.. adakah anda seperti air sirap tadi?? adakah ada cuma KELIHATAN lawa dan sedap.. tapi sebenarnya.. busuk.. masin.. dan berlainan daripada yang sepatutnya..
Pengalaman neh aku dapat semasa aktiviti kursus kepemimpinan suatu masa dahulu.. ketika itu adalah aktiviti jelajah hutan.. dari awal axtiviti tersebut kami di beri barang amanah yang patut kami bawa... iaitu sebotol sirap... pada mulanya kami sangat yakin bahawa kami akan dapat minum air tersebut suatu masa ketika aktiviti ini berjalan.. dapat la juga menghilangkan dahaga dan penat.. dan memang kami dibenarkan untuk minum minuman tersebut.. tapi tidak sangka pula air sirap yang kami sangka MANIS dan SEDAP itu.. sangat lah MASIN dan TIDAK SEDAP... kemudian cikgu kami pun memberi kesimpulan yang lebih kurang sama macam yang baru sahaja aku jelaskan tadi.
jadi.. kalu kita tengok realiti hidup masa kini.. banyak.. sangat banyak orang yang macam neh.. luar nampak lawa.. nampak kacak.. nampak tampan.. nampak manis.. tapi yang dalam nya tue tak selari dengan apa yang di tunjukkan di luar...
kalu dulu.. semasa di sekolah.. perkara ini lebih cenderung ke arah para pemimpin pelajar.. guru-guru tak nak pengawas yang ada dekat sekolah neh sekadar cantik dengan seragam pengawas nya tapi kerja dan tugas yang sepatutnya di jalankan tak selawa pakaian dan seragam yang di tunjukkan..
tapi sekarang neh persekitaran yang berbeza membuatkan aku berfikir dan menilai dengan cara yang lain sesuai dengan persekitaran aku sekarang...
seorang pendidik memikul tanggungjawab mendidik anak bangsa untuk menjadi seorang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.. namun adakah tugas ini sekadar di dalam bilik darjah sahaja?? adakah sekadar ketika waktu p&p sahaja?? adakah sepanjang waktu pejabat sahaja?? adakah sewaktu di dalam kawasan sekolah sahaja?? perkara-perkara ini yang membuatkan sesetengah individu terjerat dengan diri mereka sendiri...
sebagai pendidik.. setiap tingkah laku mereka di perhatikan dan di nilai pada setiap masa.. dari perwatakan.. tingkah laku.. pemakaian.. makan.. minum.. tabiat.. hobi.. kegemaran.. semua nya di perhatikan.. kerana apa?? kerana mereka ini lah yang akan mendidik dan membentuk anak-anak bangsa sekarang.. apa yang berlaku dan apa yang di ajar.. apa yang di pelajari oleh anak-anak di sekolah akan memberi kesan kepada mereka sepanjang umur mereka... cuba anda fikir kan.. ada tak perkara yang di ajar oleh cikgu-cikgu anda yang masih ada guna.. dan masih anda ingat sampai ke hari ini.. saya yakin ramai yang akan bersetuju.. namun bukan maksud saya guru atau cikgu ini mengambil alih tugas ayah dan ibu mendidik dan membentuk anak-anak.. sapa yang cuba untuk sya sampaikan ialah .. guru memberikan kesan dan impak yang lebih kepada anak-anak.. jika di bandingkan dengan ibu dan bapa.. kerana kebanyakan masa anak-anak adalah di sekolah bersama-sama rakan-rakan dan guru-guru...
tapi perlukah seorang guru itu mengorbankan personalitinya.. kehidupan nya.. semata-mata untuk menjadi modal insan yang SEMPURNA?? perlukah seorang yang bergelar guru itu menjadi ROBOT untuk menjadi yang terbaik dalam bidang nya???perlukah seseorang itu menjadi seorang yang sempurna barulah layak di jadikan MODAL INSAN...??
emm.. ok la.. rasa nya setakat neh dulu untuk post neh.. tetapi akan bersambung lagi.. huhu..
2 comments:
teh o masin ingat x?
sangat b'setuju..
kta ney bakal p'didik, kena tnjuk tladan baik..bukan d'sklh ja,tp d'luar jg..
klu ckgu pun mcm tuutt, apa lg anak murid..
kta yg akan pikul tggungjwb m'corak ank bgsa nnt..
"cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari"
renung2kan & selamat beramal..
p/s: abg syaraff-ssungguhnya saya igt teh masin yg sedap & m'nyegarkan itu..-__-
Post a Comment