27.10.11

Adele - Someone Like You

Adele really help me move on.. huhu.. macam pelik plak.. huhu.. tapi itulah kenyataannya.. setelah mendengar lagu Someone Like You... bru lah aku dapat rasa yang aku betul-betul dapat teruskan dengan apa yang telah terjadi.. huhu.. apa pun.. thumbs up for the song!!! its increadible that you can feel what she felt even though you dont know her.. huhu.. 

~ Sekian ~

22.10.11

Tak Sangka Part 2

Sambungan daripada entri aku semalam yang memiliki tajuk yang sama..Tak Sangka..sebenarnya alkisah asbab mengapa entri tersebut di buat adalah kerana sesuatu telah berlaku yang membuat aku terasa sangat kecewa..teramatlah kecewa..aku tidak pernah langsung menyangka semua itu boleh terjadi.. 

tapi apakan daya.. dek kerana SYAITAN.. dan NAFSU.. semua nya tidak mustahil.. 

adoi... 

~ Sekian ~

21.10.11

Tak Sangka

harapkan pagar...pagar makan padi..

sial!!!

~Sekian~

Jujur

Bila bercakap tentang isu kejujuran pastinya melibatkan banyak perkara-perkara yang sensitif dan juga bolah menyinggung perasaan... kadang-kadang kita perlu jujur untuk menyatakan sesuatu yang kita suka ataupun mungkin juga sesuatu yang kita tidak suka... dan kesan daripada kejujuran tersebut kadang-kadang boleh mendatangkan kebaikan agar penambahbaikan boleh dilakukan dan juga boleh mendatangkan kesedihan dan juga perasaan yang kurang di senangi..namun begitu, kenyataannya jujur itu sesuatu perkara yang lebih baik daripada menipu... lebih-lebih lagi dalam bab-bab yang melibatkan perasaan orang lain...

Sangat sukar untuk menerima kenyataan bila menyukai seseorang yang sudah dipunyai dan dikasihi oleh orang lain.. berkongsi sesuatu yang sangat sensitif dan sukar untuk ditemui itu adalah satu perasaan perit yang sukar untuk ditransliterasikan kepada perkataan...cuma orang yang pernah mengalaminya dan Tuhan saja yang tahu..pada ketika itu cemburu..marah..sayang..suka...bermacam-macam perasaan yang timbul secara tiba-tiba..hanya kekuatan, kematangan dan ilmu seseorang yang dapat mengawal kesemua perasaan tersebut..jika tidak..tindakan yang kurang waras berkemungkinan besar pasti akan berlaku..

Untuk tidak terus hanyut dalam permainan perasaan yang tidak menentu itu..kejujuranlah jawapannya...ia akan menyelesaikan konflik yang berlaku pada kedua-dua pihak... pihak yang menyembunyikan kenyataan dan pihak yang terumbang-ambing perasaan.. pihak yang menyembunyikan tidak lagi berasa bersalah atau sebagainya...dan pihak yang satu lagi tidak lagi tertanya-tanya.. satu penyelesaian yang mudah...

Tapi perkara sukar yang tiba selepas meluahkan kata-kata kebenaran adalah... kesukaran untuk berhadapan dengan insan tersebut dan bersua dengannya serta berkelakuan seperti biasa.. seperti tiada apa-apa yang pernah berlaku..

Tidak semua orang boleh berbuat demikian.. ramai yang akan cuba untuk mengelak daripada bertemu antara satu dengan yang lain.. kerana derita yang kian sembuh.. akan luka berdarah kembali tatkala mata menatap wajah dan kala detik mata bertentang mata.. itu detik yang paling perit sekali..

Tapi bukan semua orang seperti itu..ada juga yang punya kekuatan yang mengagumkan..yang mampu berinteraksi dan berkomunikasi seperti biasa.. tapi selalunya.. mereka-mereka inilah yang paling menderita.. cuma mereka mampu untuk menutup rasa itu dengan topeng yang tidak mampu orang lain buka dan selami disebaliknya..hanya dia dan Tuhan saja yang tahu..

Oleh itu.. fikir dulu dengan baik sebelum bermain dengan perasaan dan keikhlasan serta kejujuran...

~Sekian~


15.10.11

Debar Hujah:End

selepas lebih kurang 5 hari berkampung di Kuala Lipis...akhirnya kembali ke tempat bernaung..

banyak betul dugaan yang perlu di hadapi semasa pergi dan..balik.. huhu..

masa nak pergi tue.. kereta yang kami naik tu.. ada masalah pula tiba-tiba...suhu kereta naik..panas sangat-sangat sampai terhidu bau hangit...masa tu..memang seram gila-gila...

kami orang pun berhenti la di tepi jalan tue... periksa dulu kereta..lama juga lah kami berhenti nak tunggu selesai masalah semua ni.. huhu.. 

tapi syukur lah dapat juga sampai di tempat kejadian dengan selamatnya..

sepanjang berada di sana.. pun banyak juga yang berlaku..

lucu sangat-sangat...

masa hari pertama pertandingan tue.. sdah la bangun lambat.. sampai di tempat kejadian tu pun lambat... sarapan pun tak sempat..

hari kedua pun lebih kurang juga.. bangun lambat.. tak sempat sarapan.. lpas tue.. ada masalah lagi.. pensyarah tak puas hati dengan prestasi.. huhu.. 

kemudian masa pusingan yang terakhir tue.. di nmakan sbgai 'silent round' jadi esok pagi baru dapat tau keputusan...

tapi apa yang menyedihkan.. kami sebenarnya tidak menjangkakan pun dapat.. jadi malam sebelumnya tue.. kami tidak buat apa-apa persediaan pun.. semua nya.. zzzZZZZ...huhu..

keesokan paginya.. keputusan pun di umumkan.. sangat terkejut sampaikan waktu diumumkan keputusan tue... salah seorang daripada kami terhumban telefon bimbitnya sehingga kan rosak.. huhu..

sebenarnya.. kalau nak dijadikan kisah... sebenarnya dah ramai yang dah tahu keputusan untuk 'silent round' tue.. tapi semuanya senyap je.. =__=" apa lah.. huhu.. 

kumpulan yang kami orang lawan masa 'silent round' tue pun dah tahu sebenarnya dan dah bagi petunjuk-petunjuk suruh kami orang bersedia.. cuma kami yang tidak pedulikan sebab menjangkakan bahawa kami akan kalah.. huhu..

tapi tidak mengapalah sebab ada hikmah juga... 

malam terakhir berada di sana sempat juga lah beramah mesra dengan orang-orang yang seangkatan memperjuang kan bahasa.. 

berkenalan dengan orang baru..muka baru dan muka baru orang lama.. 

semasa hari terakhir berada di sana.. persembahan pentas akhir agak kurang memberangsangkan kerana persembahan kedua-kedua pasukan agak mengecewakan.. tidak seperti semasa mereka bersaing sebelum ini.. jadi kurang menggembirakan.. sebaik sahaja habis majlis kami orang terus sahaja balik.. sedih juga lah.. sebab menjangkakan dapat beramah mesra buat kali terakhir tapi.. huhu.. tak ada rezeki.. sebab ada komplikasi yang menyebabkan tidak dapat untuk tunggu dengan lebih lama lagi..

sepanjang berada di sana.. banyak perkara yang telah kami orang pelajari dan timba bersama.. harapan masa akan datang.. dapat menggenggam piala tersebut pula.. :-)

Sekian~

8.10.11

Debar Hujah

Sekarang ni sedang berada di dalam kelas sedang bertungkus lumus nak menyiapkan semua 25 tajuk usul yang tak tahu lagi mana satu yang akan dipertandingkan...kesian aku tengok budak-budak 'junior' ni.. kena berjaga smpai pagi ni.. huhu.. tapi itulah nama dia pengorbanan.. semoga berjaya..

sekian~