Beberapa hari yang lalu baru sahaja mendapat tahu yang ibunya sedang sakit di kampung halamannya..
mendengar berita tersebut aku tidak dapat menahan diri daripada berasa sebak dan sedih..
tadi semasa aku sedang melayari internet aku ternampak ada seorang rakan memberitahu bahawa ibunya telah pun kembali ke Rahmatullah.. aku berasa sangat sedih..aku tidak mampu untuk membayangkan kehidupan seseorang tanpa seorang ibu.. tanpa kasih sayang seornag ibu..
Al-Fatihah kepada ibu rakan saya itu.. mudah-mudahan dengan berkat doa dari seorang anak yang menyayangi dan mencintai ibunya itu..serta amal yang telah arwah lakukan.. arwah akan di tempatkan dlm kalangan orang-orang yang beriman.. amin..
bagi mereka yang masih lagi mempunyai ibu dan juga ayah.. hargai mereka selagi mereka masih lagi bernafas di dunia ini.. :-) doa kan mereka.. dan jaga mereka..
bagi mereka yang ibu atau bapa.. atau keduanya sudah kembali kepada Pencipta.. terus doakan mereka.. kerana hanya dengan itu mereka akan kekal bahagia.. :-)
~ Sekian ~
No comments:
Post a Comment