Tapi masalahnya itulah yang aku buat tapi sakitnya masih lagi terasa.
Kadang-kala ya aku mengaku masih lagi tidak dapat melupakan apa yang berlaku
tapi aku terima semua itu, sebab aku percaya perkara ini membuatkan aku lebih dewasa
Cuma aku kecewa dengan apa yang berlaku selepas semua itu,
aku berubah
berubah menjadi seorang yang aku tidak pernah sangka.
terdesak
mungkin itu kata yang mampu menjelaskan semua
dulu aku selalu membiarkan ia berlaku dengan sendiri
tapi kini
aku lebih kepada mencari cerita itu
mencari dan mengharapkan sesuatu yang sangat mustahil
teramat mustahil
aku sedih kerana aku lebih suka hidup dalam dunia aku sendiri
dunia aku yang mana hanya ada kisah indah dan pengakhiran yang indah sahaja
sehinggakan terbawa dalam dunia realiti yang mana semua itu tidak mungkin berlaku
aku hidup dalam dunia yang nyata bukan dalam fantasi kenapa aku lagi suka mereka dan mencipta daripada menhadapi dan menyelami semuanya.
mungkin kerana aku takut kepada kekecewaan dan juga kesedihan yang mungkin akan berlaku jika aku merasa semua itu.
entah sampai bila aku begini.
sudah terlalu lama aku merasa keselesaan melakukan ini sehingga untuk aku merubahnya menjadi satu tugasan yang amat berat.
aku harap masa dapat membantu aku sembuh dari luka ini dan memulakan semula hidup yang aku pernah lalui dulu.. hidup yang aku rasa lebih gembira dan lebih senang dari kini.
aku mahu diri aku yang dulu...
~ Sekian ~
No comments:
Post a Comment