16.11.12

Perasaan

Tengah-tengah malam ini, terdetik hati untuk berkonsi perasaan dan emosi.

Entah apa angin tiba-tiba mahu meluahkan sesuatu yang tersirat di dalam hati.

Tapi aku sukar untuk melakukannya. 

Mungkin aku lebih senang untuk berkongsi dengan orang yang aku suka. 

Kadang-kadang dengan teman yang rapat dengan aku sendiri pun aku lebih suka berahsia.

Bukan berkira tapi ada perkara yang aku sendiri tak mahu kawan-kawan aku tahu. 

Pelik memang pelik. 

Tapi perasaan dan rasa hati ni memang sukar untuk diinterpretasi.

Mulut mungkin mengatakan sesuatu yang lain tapi hati pula lain. 

Suatu perkara yang diluar dariapda jangkaan dan juga di luar kawalan. 

Aku tahu aku tidak bersendirian. 

Aku ada keluarga aku, aku ada teman-teman aku yang sentiasa ada di sisi, aku ada apa yang aku mahu. dan aku bersyukur dengan semua itu. 

Mungkin aku perlu merasa lebih bersyukur lagi. 

~ Sekian ~

No comments: