24.2.11

Ranjau Sepanjang Jalan

Inilah tajuk buku yang perlu kami baca untuk menyelesaikan tugasan bahasa melayu kami yang bakal di terima minggu depan.

Agak sukar juga untuk mendapatkan buku ini kerana banyak kedai buku yang telah aku pergi untuk mencarinya namun banyak kali juga aku telah di kecewakan. Tetapi pada hari yang sungguh bertuah itu akhirnya aku berjaya untuk mendapatkan senaskah buku ini.

Pada mulanya cerita ini agak mengelirukan, kerana terdapat banyak perkataan yang tidak biasa bagiku. Namun aku teruskan membaca. Isi kandungannya tidaklah serancak mana, namun pengisiannya cukup berat sekali. Nilai dan isi yang cuba untuk disampaikan diberi penekanan yang cukup kuat dengan pengulangan kata-kata dan penegasan kepada pegangan hidup watak-watak yang terdapat di dalamnya.

Terdapat juga satu ketika dalam cerita ini yang membuat aku rasa begitu sebak, kerana gaya penulisan dan situasi yang diterangkan pada ketika itu cukup tepat sekali. Menyebabkan kesannya terhadap aku begitu mendalam.

Apa yang boleh ku katakan tentang cerita ini adalah, ia merupakan suatu cerita yang berjaya menyampaikan isi dan maksud yang ada didalamnya dengan mudah dan berkesan. Oleh yang demikian tidak rugi untuk membacanya. Sekian.

3 comments:

Seruling Senja said...

Cerita yang sangat bermakna~

Ariff Hafizi said...

aduhai susah sangat ke cari buku tu?

kenapa tak cakap awal2?
since you kat kl, pergi je la kedai buku kat dewan bahasa & pustaka tu, mesti ada. dorg ada stok yg selalunya xde kat kedai lain.

ataupun beli melalui ujanailmu.com

apapun semoga berjaya. :)

Dda Ly said...

kalau penulis pandai menulis, mmg syok kite baca ceritanya sbb gaya penulisan tu membuatkan kite seolah² ada dalam buku tu kan? :)

meh ke rumah..
~stationery~
keep in touch ye..♥♥♥