Entah la kenapa sejak kebelakangan ini aku macam mula suka kepada aktiviti aku yang dulunya aku sangat rajin untuk lakukan. Tidak lain dan tidak bukan membaca.
Ya, aku memang suka membaca dan aku harus berterima kasih kepada mak aku sebab mendedahkan aku kepada pembacaan. Oleh kerana mak aku kerja di tempat yang dipenuhi dengan buku-buku, aku sememangnya terdedah kepada bahan-bahan tulisan sejak dari awal lagi dan aku semamangnya sangat suka kepada buku. Kalau dulu aku masih ingat lagi aku selalu saja teringin untuk membaca buku-buku yang tebal-tebal. Ala-ala nak jadi macam orang dewasalah, membaca buku yang tidak ada lukisan. Sebaik sahaja aku tahu untuk membaca aku mula untuk membaca buku-buku sedemikian.
Dulu aku jarang sekali membaca buku-buku dalam bahasa melayu. Selalu sahaja baca buku-buku dalam bahasa kedua, bahasa inggeris. Bukan sebab hebat dalam bahasa tersebut tapi kerana pendedahan terhadap bahasa inggeris lebih daripada buku-buku bahasa melayu. Mungkin itu juga sebabnya aku selesa dengan bahasa tersebut dan tidak janggal untuk menggunakannya.
Bila umur semakin meningkat dan pemikiran semakin matang, kesedaran tentang keperluan kemahiran dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris semakin meningkat dan aku mula untuk seimbangkan bahan-bahan pembacaanku. Pernah suatu ketika aku terlalu taksub dengan satu-satu bahasa, sehinggakan kemahiran ku terhadap bahasa yang lain terus hilang begitu sahaja.
Lucu, tapi itulah kebenaran yang terjadi. Tapi kadang-kadang bukan selalu aku dapat meluangkan masa untuk melakukan aktiviti kegemaran aku ini, kadang-kadang masa dan keadaan tidak mengizinkan.
Dan sekarang ini aku teringin untuk membaca semula, bermula dengan buku yang di karang oleh cikgu aku, dan juga buku yang aku baru terjumpa tempoh hari. Aku harap agar benda yang baik ini mampu untuk berterusan. Sekian.
No comments:
Post a Comment