30.6.11

Emm...

Pagi tadi..sewaktu di dalam kelas... seorang daripada kawan aku telah mengemas kini blog miliknya...kemudian aku lihat dia sepertinya sangat aktif dengan aktiviti-aktiviti blog neh.. banyak perkara yang aku tak tahu...seperti sekarang ni.. ada trend yang baru...yang mana setiap hari ada perkara yang membuatkan orang sentiasa akan ada bahan untuk di letakkan di dalam blog mereka.. wordless wednesday.. funny friday... dan sebagainya yang sama wkatu dengannya...melihat semua perkara ini aku terasa sangat ketinggalan zaman.. hihi..


Bukan apa...cuma sejak kebelakangan ini aku merasakan sesuatu... sesuatu keraguan apabila berkongsi sesuatu kepada orang ramai... (walaupun bukannya ada orang pun yang baca blog neh.. huhu.. ) macam suatu rasa takut apabila tahu yang mungkin orang akan menggunakan informasi yang mereka dapat daripada cerita-cerita yang diletakkan di dalam blog...jika mereka menggunakan informasi tersebut untuk kebaikan tidak mengapa.. tapi bayangkan kalau mereka menggunakan informasi tersebut untuk menjatuhkan aku...ataupun orang lain... suatu senario yang sangat sukar untuk aku bayangkan dan kalau boleh aku ingin cuba untuk elakkan.. begitulah perasaan akau kini setiap kali terdetik dalam sanubari ku untuk mengemas kini blog...


dulu aku pernah berkongsi bermacam-macam pengalaman dan sedikit sebanyak berkenaan dengan kisah hidup aku...tapi kini tidak lagi.. mungkin bukan dalam masa yang terdekat.. mungkin kemudian.. mungkin tidak lagi... semuanya bergantung kepada-Nya..


Sekian~

gedik

nur wani 

amna nabihah

sabariah

14.6.11

Life Is Like A Circle

Hidup ni macam roda.. kejap kita ada di atas.. kejap kita akan berada di bawah.. bila kita berada di atas jangan lupa kepada yang lebih kuasa..DIA...sama juga bila kita berada di bawah..jangan pernah lupa kepada dia.. walau apa pun keadaan kita.. susah atau pun senang.. bersyukur bila senang... bersyukur bila susah..


Semua perkara yang kita lakukan pasti ada balasannya.. tidak kira di dunia.. ataupun di akhirat...bila buat baik.. Insya-Allah.. dengan izin-NYA...pasti akan mendapat kebaikan semula.. bila kemungkaran atau kejahatan yang dikerjakan.. maka tidak mustahil perkara yang serupa akan kita rasa semula..


Bila pernah kita melakukan kemungkaran perkara yang paling ditakuti.. keaiban itu di buka oleh NYA... DIA memasang hijab pada pandangan orang sepanjang kita melakukan kemungkaran.. supaya kita sedar.. sebelum DIA mengambil keputusan untuk membuka hijab tersebut... kerana bila hijab yang menutup keaiban itu di buka.. banyak perkara yang tidak dapat dibayangkan akan berlaku.. malu.. takut.. gerun.. gentar.. semua akan kita rasai..

Tapi suatu ujian itu tidak akan diturunkan kepada kita jika kita tidak mampu untuk berdepan dengan dugaan tersebut.. aku sentiasa percaya itu..

Sekian~

12.6.11

P

Wah!! Akhirnya!! selepas lebih daripada setahun lebih menunggu.. akhirnya aku memilikinya juga.. ya.. lesen ku.. huhu.. entry-entry yang dah berkurun lama dulu pernah menceritakan tentang pengalaman aku semasa belajar.. huhu.. macam yang terjadi... macam-macam tidak puas hati yang berlaku.. huhu.. tapi akhir nya setelah LAMA menunggu barulah hajat ku untuk mendapat lesen tercapai..


Macam biasa lah.. bagi mereka yang dah pernah ada pengalaman mengambil lesen.. mesti kamurang pun tau kan apa-apa proses dia kan... aku pun tidak terkecualilah daripada merasa benda yang sama.. tapi yang lebih mencabar minda dan pikiran masa itu.. adalah.. aku perlu melakukan ujian di litar (yang tiga ujian tue) dalam hujan.. huhu.. dalam kondisi kesihatan yang kurang mengizinkan.. aku perlu meredah kebasahan.. dan kemudian menahan sejuk... huhu.. tapi syukur... rahmat yang diturunkan Tuhan membantu aku pada hari itu.. huhu...


Perkara yang paling mendebarkan adalah ujian di laluan.. huhu..walaupun aku agak yakin dengan kemampuan aku.. namun begitu masih lagi ada keraguan yang timbul.. ragu-ragu jikalau dalam keadaan gemuruh dan gundah itu ada perkara yang penting yang akan aku terlupa dan akan menyumbang kepada kegagalan aku.. tapi syukur aku mampu mengawal keadaan yang berlaku semasa di laluan.. huhu..


Just want to say how grateful i am passing this test.. huhu..


Sekian~

5.6.11

Khabar Angin

dh lama sebenarnya mau publish neh post tapi balik-balik tertanguh.. huhu.. bukan apa.. asal jak mo publish.. mesti teda idea la.. mesti ada kekangan masa lah.. ada hal la.. huhu.. jadi sampai sekarang lah benda neh tertangguh.. huhu.. tapi syukur.. skarang neh do rumah sudah jadi banyak la sudah masa.. boleh la publish banyak post.. huhu.. post kali neh mungkin tidak dapat di publish kan pada masa yang sepatutnya kerana aku tahan jak perasaan tue..huhu.. tapi rsanya kali neh patut di zahirkan sudah.. huhu..

apa perasaan anda bila ada kenalan anda atau pun kawan baik anda diperkatakan oleh orang..?

apa perasaan anda bila anda mendengar khabar-khabar angin mengenai orang yang anda kenal..?

beberapa minggu yang lepas perkara in terjadi kepada aku.. aku mendengar khabar-khabar angin mengenai seorang teman aku.. dan khabar angin itu membuatkan aku berasa kurang senang kerana sekian lama aku mengenali dirinya.. rasanya dia bukan seperti mana yang dikatakan khabar angin itu.. huhu..

susah hati la macam neh.. uhu..

membuat kan aku terfikir.. kenal kah aku dengan kawan aku neh?? huhu.. T^T

Sekian~