Sebelum sampai di tempat kejadian.. aku cuma tahu yang aku akan menjadi pengutip bola untuk perlawanan tenis..tapi aku tidak menyangka pula bahawa aku akan menjadi pemungut bola untuk perlawanan tenis untuk orang kelainan upaya.. huhu..
Sebelum neh aku tak tahu pun yang acara tenis untuk orang kurang upaya ada.. inilah masalahnya kurang pendedahan.. sebenarnya apa yang aku nak nyatakan disini bukanlah pasal event neh sebenarnya tapi pasal perasaan aku melihat diorang semua ni..
Masa mula-mula aku tengok dia orang semua ni aku sangat lah terpegun dengan kesungguhan mereka.. kerana aku tahu bukan mudah untuk main permainan yang biasanya dimainkan oleh orang yang normal... orang yang normal main tenis pun dah nampak susah apa lagi orang yang kelainan upaya..walaupun terdapat beberapa kelonggaran dalam aspek peraturan tapi diorg masih lagi main macam orang biasa main.. wah.. sangat terpegun.. dan aku rasa inilah kali pertama aku melihat menonton permainan dengan penuh khusyuk dan keterujaan.. huhu.. dan aku akhirnya faham apa rasanya kalau orang tengok bola.. huhuhu..
Tapi sayang la..tak banyak ambil gambar.. huhu.. ada la juga tapi tak berapa banyak.. huhu.. just a few.. tp adalah juga daripada tak ada langsung.. huhu..