Baru-baru ini.. aku dan rakan-rakan terlibat dengan suatu aktiviti perkhemahan..
Sebelum sampai di sana.. Syukur aku berasa sihat sahaja..
Setibanya di sana.. cuaca begitu panas sekali.. mentari memancarkan sinarnya dengan terik sekali..
Bahang yang terasa sangat memeritkan..
Malam itu aku tidur dengan berselimutkan angin malam sahaja..
Hasil daripada perbuatan ku itu.. maka aku mula mendapat gejala penyakit flu dan demam..
Lelangit ku terasa sakit.. dan tekak terasa pelik..
Pada hari ketiga.. gejala semakin menjadi.. hingus pun mulai keluar.. meleleh tanpa kawalan..
Pada hari ketiga.. badan mula menjadi panas.. dan malam itu.. demam menjadi matang sepenuhnya.. dan badan mula menjadi panas bagai air yang sedang mendidih.. sangat panas sehinggakan orang yang berada di sebelah aku pun boleh merasa bahang yang badan ku hasilkan..
Pada malam itu aku mulai kehilangan deria rasa ku.. makan dan minum tanpa mampu untuk merasa apa jenis rasa pun...
Tapi ajaibnya.. malam itu aku dapat merasa kemanisan sebuah persahabatan...
tidak kusangka ramai rakan-rakan ku yang begitu prihatin dengan aku.. T^T
bertanyakan keadaan.. memberikan pertolongan.. malahan rakan-rakan yang sekadar kenalan juga memberikan respon yang mereka risau dengan apa yang terjadi..
perkara tersebut betul-betul membuatkan aku terharu dan rasa sangat dihargai..
tidak dapat aku membalas apa yang kamu semua telah buat padaku.. hanya kuasa yang lebih besar dapat membalas dengan lebih adil..
Tapi aku cukup bersyukur punya teman seperti kalian semua..
Terima Kasih semua.. :-)
~ Sekian ~