tiba-tiba teringat tentang video yang pernah aku buat masa di sekolah menengah dulu..
Video sempena hari guru.. macam ala-ala berita sikit..
Lepas tue.. datang idea yang lebih kurang samalah.. tapi bukan berunsurkan lawak la..
Satu berita yang serius..
Berita yang melibatkan tentang berita-berita kampus yang menjadi kontroversi dan juga persoalan kepada para pelajar..
Tapi tue la.. idea neh boleh kalu nak wat one man show.. maksud nya.. memang dari mencari maklumat dan mendapatkan story tue.. kena wat sorang-sorang la.. tapi aku rasa tidak mampu..
dan aku rasa hasil berita itu akan menjadi lebih baik jika ada bantuan daripada orang lain..
Kalau aku dapat mengumpulkan beberapa orang untuk dijadikan satu kumpulan yang mampu untuk memberikan komitmen mereka.. maka aku rasa idea ini mungkin dapat direalisasikan dan dapat membantu menyelesaikan kekeliruan yang mungkin timbul dalam kalangan pelajar..
Tapi buat masa ini.. ini cuma sekadar idealah.. belum lagi rasa seperti mahu untuk direalisasikan dengan sepenuhnya.. kerana belum lagi memikirkan 'pros dan cons' dia.. huhu..
tapi aku rasa mungkin satu idea yang boleh dicuba.. macam pilot episodes dulu la.. kalu ada sambutan.. maka boleh diteruskan.. dan kalau mendapat tentangan dan boleh menjejaskan mana-mana individu (terutama aku..sebab aku yang punya idea kan.. ) maka aku rasa boleh dibiarkan jadi idea semata-mata jak la.. huhu..
~ Sekian ~
No comments:
Post a Comment