16.11.12

Kehilangan

Benar kata orang bila sayang sesuatu sayang la biasa-biasa saja supaya bila hilang tak rasa sakit sangat. 

Tapi masalahnya itulah yang aku buat tapi sakitnya masih lagi terasa. 

Kadang-kala ya aku mengaku masih lagi tidak dapat melupakan apa yang berlaku

tapi aku terima semua itu, sebab aku percaya perkara ini membuatkan aku lebih dewasa

Cuma aku kecewa dengan apa yang berlaku selepas semua itu, 

aku berubah

berubah menjadi seorang yang aku tidak pernah sangka.

terdesak 

mungkin itu kata yang mampu menjelaskan semua

dulu aku selalu membiarkan ia berlaku dengan sendiri

tapi kini 

aku lebih kepada mencari cerita itu

mencari dan mengharapkan sesuatu yang sangat mustahil 

teramat mustahil 

aku sedih kerana aku lebih suka hidup dalam dunia aku sendiri

dunia aku yang mana hanya ada kisah indah dan pengakhiran yang indah sahaja

sehinggakan terbawa dalam dunia realiti yang mana semua itu tidak mungkin berlaku

aku hidup dalam dunia yang nyata bukan dalam fantasi kenapa aku lagi suka mereka dan mencipta daripada menhadapi dan menyelami semuanya.

mungkin kerana aku takut kepada kekecewaan dan juga kesedihan yang mungkin akan berlaku jika aku merasa semua itu. 

entah sampai bila aku begini.

sudah terlalu lama aku merasa keselesaan melakukan ini sehingga untuk aku merubahnya menjadi satu tugasan yang amat berat. 

aku harap masa dapat membantu aku sembuh dari luka ini dan memulakan semula hidup yang aku pernah lalui dulu.. hidup yang aku rasa lebih gembira dan lebih senang dari kini. 

aku mahu diri aku yang dulu... 

~ Sekian ~

Perasaan

Tengah-tengah malam ini, terdetik hati untuk berkonsi perasaan dan emosi.

Entah apa angin tiba-tiba mahu meluahkan sesuatu yang tersirat di dalam hati.

Tapi aku sukar untuk melakukannya. 

Mungkin aku lebih senang untuk berkongsi dengan orang yang aku suka. 

Kadang-kadang dengan teman yang rapat dengan aku sendiri pun aku lebih suka berahsia.

Bukan berkira tapi ada perkara yang aku sendiri tak mahu kawan-kawan aku tahu. 

Pelik memang pelik. 

Tapi perasaan dan rasa hati ni memang sukar untuk diinterpretasi.

Mulut mungkin mengatakan sesuatu yang lain tapi hati pula lain. 

Suatu perkara yang diluar dariapda jangkaan dan juga di luar kawalan. 

Aku tahu aku tidak bersendirian. 

Aku ada keluarga aku, aku ada teman-teman aku yang sentiasa ada di sisi, aku ada apa yang aku mahu. dan aku bersyukur dengan semua itu. 

Mungkin aku perlu merasa lebih bersyukur lagi. 

~ Sekian ~

15.11.12

Reason

The other day I chat with someone.. Actually i never really expected that the person would have time to actually chat with me, but again it was 2 in the morning. emm..

Got into a conversation with that person about me and whats real and whats not. it was brief and it was enough to make me feel some puppy love. hahaha

Then day after and the day after that i tried sending that person messages but there wasnt any replies. 

After that, yesterday i just realize that i was blocked by that person. 

This made me stop for a while and think..

Am i that desperate?

i suddenly went into a deep depression..

i deactivate my facebook temporarily beacause i am a shame of myself...

~ Sekian ~

13.11.12

Its the end..

Tiba masanya satu lagi tahun berlalu pergi. 
Semester ini banyak memberi pengajaran kepada aku. 
Banyak perkara yang berlaku yang membuat aku sendiri terkedu.
Kadang-kala luaran yang kita lihat itu bukanlah melambangkan apa isinya yang sebenar, dan sepatutnya perkataan 'kadang-kala' itu patut digantikan dengan perkataan 'selalunya'.

Aku lihat di sekeliling aku banyak yang bertopeng.
Aku lihat di sekitar aku banyak yang memiliki lebih dari satu muka.

Sukar untuk kita percaya pada sesiapa sekarang. 
Kadang-kala kawan pun boleh makan kawan.

Tapi aku masih lagi mentah.
Masih terlalu muda lagi untuk memilih.
Masih terlalu muda untuk menilai apa yang terjadi.
Masih jauh lagi perjalanan.

Namun begitu, aku terfikir sampai bila baru kita katakan kita sudah bersedia untuk menhadapi semua ini. 
Aku tak tahu. 
Mungkin bila sampai detik itu, aku akan tahu sendiri. 
Mungkin bila sampai saat itu, aku ada tenang menghadapinya.

~Sekian~