11.3.11

Rebirth

semalam ada seorang teman minta pertolongan daripada hamba Tuhan yang tak seberapa ini. Dia teringin untuk ada blognya sendiri. Aku pun bersetuju. Walaupun rasa gementar itu ada kerana aku pun masih lagi baru dalam hal-hal blog ni. Tapi aku cuba sedaya yang mungkin. Syukur, semua nya berjalan dengan lancar. Maka lahirlah seorang lagi blogger. huhuhu...

Bila aku tolong dia buat blog tu..teringat aku kepada hayat blog aku sendiri...teringat aku kepada blog aku yang sudah lama tidak mendapat sentuhan daripada aku..bukan apa..aku sedang mengumpul bahan untuk dimasukkan ke dalam blog ini lah... dan aku rasa sudah tiba masanya untuk aku mula menulis semula..sudah tiba masanya untuk aku ligat menaip..(aku teringat slogan blog member aku.. hihi..)

Banyak perkara yang telah terjadi sejak kali terakhir aku mengpost cerita yang terbaru. Namun, aku tetap akan update tentang kejadian-kejadian semasa.. huhu... dan yang paling penting lebih berhati-hati dengan apa yang akan aku kongsi bersama...

Kadang-kadang kita tak sedar dengan apa yang kita kongsi dengan orang lain. Sebagai insan yang lemah dan sentiasa perlukan petunjuk daripada yang Maha Esa, emosi dan perasaan selalu menguasai diri. Bagi sesetengah yang mampu untuk mengawal diri..tahniah dan syabas...tapi bagi mereka yang tidak mampu...rasanya perlu berusaha dengan gigih lagi...

Bahana yang akan mendatang jika perasaan tidak mampu untuk dikawal sangat bahaya..sedar tak sedar..kesan akibat perbuatan kita kerana tidak mampu untuk mengawal perasaan bukan pada diri kita semata, tapi pada diri orang lain juga...bah kan..kadang-kadang kesan pada orang lain lagi besar dibandingkan dengan diri kita sendiri...oleh sebab itu perlu untuk kita fikir dengan sebaiknya sebelum berbuat apa-apa keputusan...dan jika keputusan itu bukanlah yang terbaik...jadikan itu sebagai suatu pengajaran...agar kita boleh berkongsi dengan hamba Tuhan yang lain di masa akan datang...

Syukur kepada-Nya...semangat aku untuk mula berblog semula telah dikembalikan...Terima kasih juga kepada temanku yang meminta untuk mengajarnya berblog..kerana menjadi pencetus yang menyemarakkan semula bara berblog aku...walaupun api yang terbakar itu ternyata masih kecil lagi.. namun jika disuapkan dengan bahan pembakar yang baik dan betul sifatnya..Dengan izin-Nya...pasti akan lebih besar lagi bara itu..

Sekian...

No comments: