1.6.15

Certot: Pilih

Pilih

Tok! Tok! Tok!

Maya kaku setelah dia membuka pintu. Perlahan-lahan matanya meneliti orang yang berdiri di hadapannya. Dia tidak dapat menyembunyikan raut wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia sangat terkejut.

"Apa kau buat dekat sini?" tanya Maya kehairanan.
"Tu la.. Aku pun tak tahu sebenarnya..tau..tau je aku dah ada sini..Ajaib kan?!" benda yang kelihatan seperti teman baiknya, Fana itu memberi penjelasan dengan penuh rasa teruja.
"emm.. masuk lah.. duduk dulu.. aku pegi ambil air kau mesti penat.." Fana tersenyum lalu masuk dan duduk di atas sofa tempat mereka berdua sering berkongsi gelak-tawa.

Fana bagai tidak percaya bahawa dia sudah hidup kembali. Kini, bolehlah dia bersama dengan keluarganya semula. Suami dan anak-anak yang dia rindukan. Alangkah indahnya. Fana tersenyum sendiri. Maya datang membawa talam. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang perasaan. Fana cuba mengawal dirinya. Dia tak mahu Maya merasakan dia gila. Nanti kena halau susah pula.

"Maya, kau apa khabar? Sihat?" Fana cuba untuk menjernihkan keadaan yang sungguh mengelirukan itu.
"Pilih..." Maya tidak menjawab persoalan Fana lalu memandang ke arah lain. Maya mula berjalan kehulu-kehilir. Gementar. Gusar. Tidak tenang.

Pisau...Gunting...Racun...Tali...

"Apa semua ni Maya?" Fana kehairanan.
"Eh, ko jangan nak pura-pura la! Aku dah selesaikan kau dulu! Kenapa kau datang lagi?! Kami bahagia sekarang tolong la terima hakikat ni!"

Fana melihat bingkai gambar yang tergantung di dinding. Dia faham. Fana menghembuskan nafasnya. Tidak seperti yang dirancang. Dia memandang wajah Maya. Dia nampak ketakutan dalam matanya.

"Baiklah..." Fana pun membuat pilihan, "aku pilih yang ni..." berat rasa hatinya.
"Excellent choice.." Maya merapati Fana," tak sakit..aku janji...tiap-tiap tahun kita buat ni... kau mesti dah biasa.."

 Maya tersenyum. 

No comments: