30.12.10

18 Fakta Perlu Tahu Tentang Lelaki..

1. Lelaki boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan prihati.




 

2. Seorang perempuan tidak perlu kelihatan cantik untuk lelaki menyukainya. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi.






3. Kebanyakan masa seorang lelaki tidak tahu apa perasaan yang dirasakan oleh seorang perempuan.

4. Seorang lelaki akan menunjukkan kelelakiannya untuk menambat hati perempuan.

5. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap perempuan. Sebab itu mereka suka melihat dan menjeling perempuan. Juga mencuci mata di pantai atau swimming pool.

 6. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak perempuan untuk kali pertama.

7. Lelaki akan meniru gaya selebriti atau berlagak macho semata-mata ingin memikat hati perempuan.

8. Bila seorang lelaki cakap, "Emm... Tengoklah dulu..." maksud nya tidak atau kurang setuju.

9. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dengan harapan perempuan akan memahami maksudnya.

10. Kebanyakan lelaki yang nampak desperate datang dari sekolah all-boys...

11. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

12. Lelaki tidak boleh belajar kesemuanya tentang perempuan dari library atau buku semata-mata, oleh itu mereka selalu keliru kenapa perempuan bersikap begitu begini.

13. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan keluar dengan beberapa perempuan tetapi hanya ada seorang teman istimewanya yang lain hanya kawan.

14. Bila seorang lelaki terlihat dada perempuan dan perempuan itu menyedari maafkan sahaja. Kebanyakan lelaki tidak sengaja. Mereka merasakan kejadian perempuan itu sangat indah.

15. Bila sesuatu perhubungan terputus di tengah jalan, lelaki itu juga turut bersedih cuma dia tidak menunjukkan nya dikhalayak ramai.

16. Bila ada perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint kerana lelaki tidak dapat membaca hati seorang perempuan andai tidak diluahkan.

17. Adalah memalukan bagi seorang lelaki jika tidak berupaya membantu perempuan.

18. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Kawan

Tiba-tiba terasa seperti ingin mengeluarkan buah fikiran hari ini. Memandangkan baru-baru sahaja aku dapat bertemu dan berinteraksi dengan rakan-rakan lama ku yang kini sedang bertarung di medan perang dalam usaha menimba ilmu di Matrikulasi, terdetik di dalam sanubari ku untuk mengulas sedikit sebanyak berkenaan dengan kawan ataupun juga dikenali sebagai teman.

Kawan atau teman boleh dicari dan dijumpai di mana-mana. Tidak kira samada anda berada di rumah anda sendiri, di sekolah, di kolej, di tepian jalan, di pusat membeli-belah dan di mana-mana saja anda boleh mencari kawan. Tapi kawan sebegitu belum tentu boleh di panggil kawan sejati.

Sepanjang kehidupan anda, berapa ramai kawan anda yang sanggup bersama-sama anda dalam pelbagai keadaan, dalam pelbagai situasi?? Berapa ramai kawan anda yang ada bersama ketika anda gembira dan ketika anda dilanda musibah?? Saya yakin x ramai yang ada kawan yang sanggup sampai ke tahap sebegitu. Cukup sukar untuk kita mencari teman yang sejati. Kenapa begitu sukar untuk kita mencari sahabat yang sejati?? Adakah mungkin kerana sudah tidak ada lagi orang yang baik-baik di atas muka bumi ini?? Adakah kerana manusia kini sudah dikuasai sepenuhnya oleh prinsip individualisme?? Atau mungkin kerana kawan-kawan yang ada kini cuma mahu mendapatkan sesuatu daripada kita.. atau pun.. friends with benefits.. atau pun mungkin kerana kita ini bukan seorang teman yang sejati??

Kita selalu lupa untuk merenung diri kita sendiri tatkala kita sibuk menilai dan memerhati orang lain. Kita sering kali lupa. untuk mendapatkan sesuatu kita kena beri sesuatu barulah setimpal dan seimbang. Mungkin jawapan kepada soalan. kenapa sukar untuk kita mencari teman yang sejati adalah kerana kita ini bukan seorang teman yang sejati...

Orang lain akan hormat kepada kita sekiranya kita hormat kepada orang lain, bukankah begitu?? Maka, untuk kita mendapat seorang teman yang sejati kita perlu menjadi seorang teman yang sejatilah..kan?? Tapi kadang-kadang kita tak akan selalu dapat apa yang kita nak, kerana ada yang lebih mengetahui dan lebih arif mengenai perkara-perkara sebegini. Apa yang boleh kita buat adalah berusaha.

Tapi macam mana kita nak kata seseorang tue seorang teman yang sejati??

Apa yang dia kena buat baru layak dikatakan teman sejati??

Perkara yang selalu orang cakap pasal persahabatan ni adalah, Kawan semasa senang dan susah, Kawan semasa suka dan duka. Jadi ini adalah antara perkara yang perlu seorang kawan itu lakukan barulah boleh dikatakan teman sejati.

Apabila kita ditimpa musibah atau kesusahan, seorang kawan itu akan cuba untuk menghulurkan bantuan seberapa daya yang mungkin. Selagi nyawa dikandung badan selagi masih diberikan peluang untuk bernafas, dia akan cuba bersungguh-sungguh untuk membantu. Walaupun kadang-kadang bantuan yang bakal dia berikan itu akan memberikan kesan yang buruk kepadanya di kemudian hari. Kesanggupan dia itu yang membuatkan dia layak mendapat gelaran sahabat sejati, dan dia tidak pernah mengharapkan balasan apa-apa daripada kita.

Ketika air mata kita mengalir membasahi pipi, dia sanggup menemani kita biarpun pada masa itu terdapat perkara lain yang lebih penting yang perlu dia lakukan. Dia sanggup duduk bersama kita mendengar luahan hati kita. Dia sanggup menjaga kita di kala kita menhadapi detik-detik yang amat sukar. Dia sangat bersabar dengan kerenah kita tatkala kita tidak mampu berfikir dengan betul. Dia sanggup menyuapkan kita makanan ketika saat itu kita rasa seperti mati sahaja yang mampu menghentikan semuanya.

Ketika kita sedang meraikan sesuatu yang amat menggembirakan dia ada untuk berkongsi rasa itu dengan kita, kerana kebahagiaan dan kegembiraan akan manjadi lebih bermakna jika dikongsi bersama. Ketika dya menghadapi detik-detik duka, dia sanggup mengukir senyuman semata-mata untuk kita, semata-mata untuk tidak menghancurkan saat-saat gembira kita walaupun sebenarnya jauh di lubuk hatinya ada kesedihan yang terpendam.

Ketika kita tidak mampu memberikan bantuan dan pertolongan kepada dia, masih lagi dia tersenyum dan mengatakan bahawa tidak ada masalah dan semuanya baik-baik saja dan dia mampu mengatasi semua nya, sedangkan kitalah satu-satunya harapan dia. Dia masih mampu tersenyum malah tergelak bersama-sama anda apabila anda memberikan alasan bahawa anda ada kerja yang perlu dilaksanakan. Pada ketika itu, fikirlah, adakah KITA menjadi kawan yang sejati??

Ramai di antara kita yang sering kali sahaja membuat pemerhatian dan penilaian tentang orang lain. Sering sahaja kita memberikan komen-komen yang membina kepada orang lain tapi kenapa kita terlepas pandang akan diri kita sendiri?

Adakah anda punya teman yang sejati yang sanggup berbuat seperti yang di atas atau mungkin lebih daripada itu???

Adakah anda sanggup berbuat perkara yang serupa dan mungkin lebih kepada rakan karib anda tersebut??

Kawan anda yang sejati itu bukan lah orang suruhan anda. Kawan yang sejati ini sememangnya penting untuk membantu kita dalam banyak perkara. Tetapi bukan bermaksud kita bergantung sepenuhnya terhadap mereka. Tugas mereka cumalah memberikan pendapat, menyokong atau membantah dan menolong anda dalam pelbagai perkara yang boleh di bantu. Anda yang perlu bertanggungjawab terhadap diri anda sendiri.

Kita perlukan orang lain untuk memberikan motivasi kepada kita sekiranya kita ditimpa musibah dan halangan. Namun, motivasi yang datang daripada orang lain terutama kawan-kawan kita, cumalah motivasi luaran. motivasi yang paling berkesan dan ternyata paling berjaya adalah motivasi dalaman yang datang daripada diri anda sendiri. Kita perlu ada kemahuan diri sendiri juga kerana tidak ada gunanya jika orang lain bersungguh untuk membantu kita, tapi kita tak berusaha untuk membantu diri sendiri. Ia menjadi suatu pusingan yang kurang sihat dan tidak produktif.

Oleh yang demikian, jangan lah terlalu mengharapkan kepada rakan-rakan ada. Tetapi jangan pula lupakan mereka. Perlu juga di ingatkan. "YOU ARE YOU'RE OWN BESTFRIEND" agar kita dapat belajar untuk menjaga diri kita sendiri dan menjadi insan yang berdikari.

>Kepada sesiapa yang sudi berkongsi idea dan pendapat sila tinggalkannya di ruangan komen, terima kasih<

26.12.10

Azam Oh Azam...

Tak sedar kan?? sekejap saja masa berlalu. Baru semalam kita menyambut tahun baru, dalam masa beberapa hari lagi, kita akan menyambut tahun baru lagi. apabila kita bercerita tentang tahun baru... pasti ada satu topik yang memang akan sentiasa terlintas di dalam fikiran kita semua.. azam baru.. satu soalan yang pasti nya tidak akan terlepas dari buah fikiran kita. tgk saja nanti.. rancangan-rancangan televisyen, siaran-siaran radio pasti akan bertanyakan soalan yang sama.. apakah azam baru anda?? adakah azam anda tahun lepas sdh tercapai?? dan macam-macam lagi soalan yang berkaitan dengan azam... namun begitu setelah lama kelamaan.. semangat itu akan pudar dan kehidupan kita kembali seperti biasa... menjalani rutin yang sama setiap hari... dan azam yang baru akan terkubur begitu sahaja..walaupun tidak dinafikan ada yang memang bertungkus lumus untuk menjayakan azam mereka...tahniah di ucapkan kepada yang berjaya.. namun berapa ramai mereka ini ada dalam realiti dunia masa kini??

Bukan niat di hati nak hancurkan harapan dan impian sesiapa... bukan juga niat di hati nak mengguris hati sesiapa.. cuma sekadar coretan apa yang terbuku di dalam hati..

selalau kita akan dengar rakan-rakan kita akan bercakap tentang azam mereka apabila tiba tahun baru.. siap minta kita menjadi saksi kepada sumpah dan janji mereka itu.. tapi.. sepanjang tahun kita lihat tiada satu usaha pun yang mereka lakukan untuk mencapai matlamat mereka.. ok la.. bagi peluang la.. tak ada la sampai tak buat apa-apa langsung.. ada la.. tapi sikit.. boleh kira guna jari-jari kaki ni..

pada awal tahun tu.. subjek yang membuat perjanjian pada dirinya sendiri itu pasti akan berusaha bersungguh-sungguh dan bertungkus lumus untuk mencapai misinya... namun usaha itu hanya bertahan untuk beberapa minggu.. apabila ada tugasan yang lebih penting dalam rutin seharian mereka.. maka sedikit demi sedikit usaha ke arah mencapai misi jangka panjang itu.. mencapai tarikh luputnya lebih awal daripada yang sepatutnya...walaupun bunyinya agak kejam dan drastik.. tapi ramai yang berada dalam situasi ini.. alasan yang sama diberikan.. menyalahkan orang lain.. menyalahkan tanggungjawab yang dipikul sebagai batu penghalang baginya untuk berjaya..alasan alasan dan alasan..satu peribahasa yang kini menjadi pegangan aku..

Hendak seribu daya...tak hendak seribu dalih..

Kalu kita betul-betul mahukan sesuatu sepatutnya kita berusahalah bersungguh-sungguh.. sepatutnya kita patut sedar dari awal sama ada kita betul-betul mahu akannnya atau tidak.. jika ada keraguan.. maka haruslah kita fikirkan semula.. kerana jika ada keraguan.. ada kemungkinan besar..kita akan kecundang ditengah jalan.. jika kecundang ditengah jalan masih lagi boleh diterima akal.. sekurang-kurangnya sempat lagi sampai ke pertengahan peperangan.. jika kecundang sebelum bertarung.. aduh.. itu sangatlah memalukan..lebih-lebih lagi jika rakan-rakan seperjuangan kita tahu akan keinginan yang mahu dicapai..

Oleh yang demikian, disini saya sarankan satu cadangan kepada sesiapa yang bakal memulakan fasa yang baru dalam kehidupan mereka... kepada sesiapa yang bakal menanam azam yang baru.. kenali dulu keinginan tersebut.. sama ada betul-betul azam tersebut adalah perkara yang anda inginkan.. atau pun sekadar untuk suka-suka.. kalau sekadar untuk berlagak dihadapan rakan-rakan anda.. baik tak payah.. kalau sekadar untuk bersuka-suka pun biarlah bersungguh-sungguh untuk bersuka-suka..

kemudian.. pilih azam jangka masa pendek berbanding azam jangka masa panjang.. biarlah dalam setahun itu kita ada beberapa azam.. yang penting semua azam tersebut tercapai..apabila azam-azam tersebut tercapai.. anda akan merasa kepuasan dalam diri anda kerana usaha dan titik peluh anda selama ini berbaloi dan mendatangkan hasil...itu erti azam yang sebenar...

dan kemudian... jangan berikan alasan.. kerana alasan yang menyalahkan orang lain...jika anda gagal.. jangan menuding jari kepada orang lain... kalau anda benar-benar tak tahan dan nak juga menuding jari kepada orang lain.. pergi kehadapan cermin dan tudinglah orang yang ada berada di dalam cermin tersebut kerana dialah orang sepatutnya di persalahkan..berhentilah mencari kesalahan orang lain yang kononnya menjadi penghalang untuk anda berjaya.. kalau anda betul-betul mahukan sesuatu.. anda pastinya akan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian untuk tetap mendapatkan apa yang ada inginkan... tetap berusaha untuk mencapai azam tersebut..

dan kemudian... jangan terlalu memberi tekanan kepada diri anda.. ambil masa untuk mencapai azam tersebut.. orang tidak akan berjaya dalam satu malam... semuanya memerlukan masa dan kesabaran.. jadi bersabarlah.. yang penting usaha itu mesti ada.. kadang-kadang juga.. bukan semua azam yang dibuat ini akan tercapai dalam masa setahun tersebut.. tidak semestinya akan tercapai 100% namun dalam situasi seperti ini.. usaha yang gigih dan keras itu sudah cukup untuk mengatakan bahawa azam itu sudah pun tercapai.. kerana anda sudah berusaha..

dan akhir sekali.. jangan lupa kepada Nya.. dari awal hinggalah akhir usaha anda.. dan apabila sudah mendapat apa yang anda mahukan.. janngan lupa untuk melimpahkan kesyukuran anda kepada Nya... kerana dari Nya kita datang... dan kepada Nya kita kembali.. InysaAllah.. dengan izin Nya... semua usaha kita pasti akan terbalas.. Amin...

Akhir kata... semuanya terpulang kepada kita sama ada mahu atau tidak.. apa-apa pun..

Selamat Tahun Baru.. dan Selamat Membuat Azam Baru... hihihi...

p.s: sebarang komen yang membeRangsangkan dan memBina sila tinggalkan di ruang komen ya... hihi.. terima kasih...!!
.

20.12.10

Picture

Inilah keputisan UKJK aku.. hihi.. :P

COMEL KAN??!!!

Neh la.. antara budak yang kuat tidur kat kelas aku.. hihi

Geng tidur...

zzzzZZZZzzz

argh!!! lucah nyer.. hihi..

ZZzzzZZ agy..

Yum2!!!!

WoW.. aku tak tau pun dya leh wat cam tue.. huhu..


Yey!!! I Love Malaysia...!!!

Neh.. emm..org yang jaga stor sukan kitorg.. hihi..

aku ngan Shafiq.. huhu.. kat blakang tue.. zaim.. huhu..

18.12.10

Air Sirap Masin

Mesti sesiapa yang terbaca post neh berasa hairan dengan tajuk nya. Tajuk post neh sangatlah bermakna kepada aku. Salah satu sebab nya kerana rasa air sirap masin tue.. dah nama sirap masin mestilah masin rasanya kan.. takkan la manis pula kan.. hihi.. emm.. selain daripada itu maksud yang tersirat disebalik metafora air sirap masin neh juga menjadi salah satu sebab ingatan itu tersemat dalam jiwa ini dengan kuatnya... mungkin masih ada yang masih kabur-kabur lagi kan... tak pa jap lagi aku fahamkan.. hihi..

macam mana nak mulakan.. ok.. bila kita tengok air sirap lah.. apa yang akan terlintas dalam fikiran anda semua?? emm.. kalau aku lah.. benda pertama aku yang terlintas.. MANIS.. sedap.. wangi.. perkara-perkara yang baik-baik lah.. tapi macam mana kalau apa yang kita sangka kan tu.. tak seperti yang kita bayangkan... malah.. di sebalik daripada semua itu.. air sirap yang lawa tue.. rasa nya MASIN...!! mesti kita akan kecewa.. sebab perkara yang kita sangka sedap tue.. rupa-rupa nya.. menyakitkan... tak sedap langsung.. ok.. ada faham??? cuba kita ambil situasi tadi dan bandingkan dengan realiti dunia sekarang neh.. adakah anda seperti air sirap tadi?? adakah ada cuma KELIHATAN lawa dan sedap.. tapi sebenarnya.. busuk.. masin.. dan berlainan daripada yang sepatutnya..

Pengalaman neh aku dapat semasa aktiviti kursus kepemimpinan suatu masa dahulu.. ketika itu adalah aktiviti jelajah hutan.. dari awal axtiviti tersebut kami di beri barang amanah yang patut kami bawa... iaitu sebotol sirap... pada mulanya kami sangat yakin bahawa kami akan dapat minum air tersebut suatu masa ketika aktiviti ini berjalan.. dapat la juga menghilangkan dahaga dan penat.. dan memang kami dibenarkan untuk minum minuman tersebut.. tapi tidak sangka pula air sirap yang kami sangka MANIS dan SEDAP itu.. sangat lah MASIN dan TIDAK SEDAP... kemudian cikgu kami pun memberi kesimpulan yang lebih kurang sama macam yang baru sahaja aku jelaskan tadi.

jadi.. kalu kita tengok realiti hidup masa kini.. banyak.. sangat banyak orang yang macam neh.. luar nampak lawa.. nampak kacak.. nampak tampan.. nampak manis.. tapi yang dalam nya tue tak selari dengan apa yang di tunjukkan di luar...

kalu dulu.. semasa di sekolah.. perkara ini lebih cenderung ke arah para pemimpin pelajar.. guru-guru tak nak pengawas yang ada dekat sekolah neh sekadar cantik dengan seragam pengawas nya tapi kerja dan tugas yang sepatutnya di jalankan tak selawa pakaian dan seragam yang di tunjukkan..

tapi sekarang neh persekitaran yang berbeza membuatkan aku berfikir dan menilai dengan cara yang lain sesuai dengan persekitaran aku sekarang...

seorang pendidik memikul tanggungjawab mendidik anak bangsa untuk menjadi seorang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.. namun adakah tugas ini sekadar di dalam bilik darjah sahaja?? adakah sekadar ketika waktu p&p sahaja?? adakah sepanjang waktu pejabat sahaja?? adakah sewaktu di dalam kawasan sekolah sahaja?? perkara-perkara ini yang membuatkan sesetengah individu terjerat dengan diri mereka sendiri...

sebagai pendidik.. setiap tingkah laku mereka di perhatikan dan di nilai pada setiap masa.. dari perwatakan.. tingkah laku.. pemakaian.. makan.. minum.. tabiat.. hobi.. kegemaran.. semua nya di perhatikan.. kerana apa?? kerana mereka ini lah yang akan mendidik dan membentuk anak-anak bangsa sekarang.. apa yang berlaku dan apa yang di ajar.. apa yang di pelajari oleh anak-anak di sekolah akan memberi kesan kepada mereka sepanjang umur mereka... cuba anda fikir kan.. ada tak perkara yang di ajar oleh cikgu-cikgu anda yang masih ada guna.. dan masih anda ingat sampai ke hari ini.. saya yakin ramai yang akan bersetuju.. namun bukan maksud saya guru atau cikgu ini mengambil alih tugas ayah dan ibu mendidik dan membentuk anak-anak.. sapa yang cuba untuk sya sampaikan ialah .. guru memberikan kesan dan impak yang lebih kepada anak-anak.. jika di bandingkan dengan ibu dan bapa.. kerana kebanyakan masa anak-anak adalah di sekolah bersama-sama rakan-rakan dan guru-guru...

tapi perlukah seorang guru itu mengorbankan personalitinya.. kehidupan nya.. semata-mata untuk menjadi modal insan yang SEMPURNA?? perlukah seorang yang bergelar guru itu menjadi ROBOT untuk menjadi yang terbaik dalam bidang nya???perlukah seseorang itu menjadi seorang yang sempurna barulah layak di jadikan MODAL INSAN...??

emm.. ok la.. rasa nya setakat neh dulu untuk post neh.. tetapi akan bersambung lagi.. huhu..


9.12.10

Komitmen

Komitmen.. Apakah yang dimaksudkan dengan KOMITMEN???

1. sikap (pendirian atau perbuatan) memberikan sepenuh tenaga dan perhatian dsb atau menunjukkan sokongan dan azam yg sepenuhnya kpd sesuatu, iltizam: semuanya dihasilkan oleh barisan pekerja yg bersemangat tinggi, bermotivasi, dan mempunyai ~ yg tinggi terhadap kerja; Malaysia mengulangi ~nya terhadap projek ini; 
2. perjanjian (persetujuan, kata putus, dsb) utk melakukan sesuatu yg menjadikan sesuatu pihak itu terikat utk melaksanakannya: buat sementara ini ~ sudah dibuat utk mengekalkan askar-askarnya di sana.

Ini ialah takrif berdasarkan Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat.

jd komitmen neh tidak tertakluk kepada suatu perkara atau keadaan sahaja. terdapat banyak situasi yg melibatkan komitmen seseorang terhadap sesuatu.. perkerjaan.. minat.. tugasan.. tanggungjawab.. PASANGAN... huhu..

tapi malam neh.. sya rsa sya nak fokus pada perkataan yang telah diBOLD kn..

kadang-kadang waktu single tu selalu jak tgk kawan-kawan yang ada kapel.. kawan-kawan yang ada 'kawan-kawan'.. selalu nampak kawan-kawan bersms selama berjam-jam tanpa henti..alasan.. free sms dr c*l*o*... huhu... balik-balik alasan yang sama jak.. huhu... entah la apa yang dia buat sampai dpt byk btol sms free neh... huhu.. wktu tgk semua neh terdetik pula dlm hati.. mau jg ada kapel.. mo jga rasa ada 'kwn-kwn' neh.. emm.. mcm best jak... MCM best jak..

tp skali sdh ada 'kwn-kwn' neh.. emmm.. rasa lain2 pula.. mcm2 la yang di rasa.. kadang2 rasa rimas pun ada... rasa lemas pun ada.. tp yang paling tak boleh tahan tue.. rsa ragu-ragu.. emm.. mcm kadang-kadang tue.. rasa mcm betul sya neh sesuai utk dya.. btul kah dya neh pilihan aku yang betul.. emm.. mcm-mcm la yang terlintas dlam fikiran masa tue.. emm.. so lama2 sbb ada mcm-mcm perasaan tetiba jak terclash la pula.. emm.. trus menangis la.. sedey la..

n the cycle repeats itself again.. emm.. trus lama2 teda feel sdh sma org mo kapel2.. mo kenal.. mo 'kawan-kawan'....

knpa jd mcm neh?? salah satu sbb nya takut kn komitmen.. bila sdh kapel-kapel... bila sudah 'kwn-kwn'.. kita sdh terikat ngan org tue.. so kebebasan yang kita ada dlu tue.. sdh kurang... pastue ada sdh org lain yang kita mo risau2.. kalu dlu pikir pasal diri sendiri.. skang mo jg diri sndiri ngan org lain jg.. emm.. n mcam2 lagi ar.. mo jg hati sendiri tp ada urg lain punya hati jg yang mo kena jaga.. emm.. trus kadang2 bila sdh syang neh.. byk benda yang kita x sanggup mo buat.. perkara yang susah mo buat kalu sdh 'kwn-kwn'... yang saya perasan ialah berterus terang.. kadang2 takut mo terus terang sbb takut dya terasa.. takut dya sakit hati.. takut dya mcm2 la... tp kalu org yg kita syg tue syg blk sma kita patut nya dya paham la kan.. wlupun bnda yang kta ckp tue mmg menyakitkan hati kn... bgs lagi berterus terang skarang dripada tetiba tau nanti2... emm... perlu ada toleransi dan persefahaman antara satu dengan yang lain.. baru lah bahagia.. kta pham dya neh org mcm mn.. kta pahm dya punya jadual waktu seharian mcm mn.. kta sesuaikan dgn kta... tp bkn la setiap msa cm tue.. cuma kdang2 bleh ar demnd mintak dya plak yg sesuaikan ngan jdual kta.. emm buakn apa.. it a win-win situation ar.. life doesnt revolve around you only..

emm.. ntah apa yang aku melalut neh.. so sebelum lebih byk benda2 merepek yang kluar.. sya mo mengundurkn diri dlu ar.. bye2~

4.12.10

Falling In Love (love tue lubang ka plak?? emmm...)

Ok2.. macam mana kita mo tau kalu kita neh sudah jatuh cinta kepada seseorang atau sesuatu.. (sya pilih sesuatu sebab cinta neh kan abstrak.. tak bersyarat... unconditional... huhu..). ada beberapa keadaan yang boleh kita katakan bahawa kita neh sdah jatuh cinta kat seseorang atau sesuatu...

Yang Pertama..

Kamu mungkin akan lupa untuk makan..(???? hah?? WTH.. ye ke?? sanggup jatuh cinta sampai makan?? kronik neh..) ok.. apabila situasi ini berlaku maksud nya anda memang distracted oleh orang itu... (the one your falling in love with la..) sampai LUPA nak makan.. OMG.. dalam pikiran korang cuma ada orang tue jer... awww... soooooOOoooo sweet... jap.. sweet ker?? dalam pikiran tue cuma ada orang itu saje?? emm.. cinta ker... NAFSU?? emm.. ok2.. x per.. bleh terima gak.. kadang2 memang jadik benda mcm neh kan?? tp agak jarang ar.. huhu... (Tuan Punya Blog pon pernah gak jatuh cinta.. tp xda ar smpi x makan.. gila apa... hohoho)


Yang Kedua..




Anda akan tersenyum sendirian.. (eee... macam orang gila pun ada jgk.. hehehe) sebab anda terlalu gumbira anda akan sentiasa tersenyum sendiri.. apabila dlam kepala hotak korang tue teringat-ingat kat org yang anda cinta itu.. (korang jer ar.. org tue tah2 tak tau pun korang wujud.. huhu... oppsss.. sentap.. mcm kena pelempang kan statement neh.. hihi..) emm.. tue la kadang2  korang akan rasa lucu.. sbb korang terkantoi ngan diri sendiri tersenyum tetiba2.. huhu... kalau ada korang2 neh yang pernah jadik macam neh... jga2 la.. kadang2 tanda jatuh cinta.. kadang2.. tanda dh gila.. huhu... lebih-lebih lagi kalu yang korg jatuh cinta tue.. material... emm.. mmg kompom korg neh.. x betul.. hihi~

Yang Ketiga..

Sukar untuk bertentang mata dengan objek kesayangan kamu tue...(kalu jatuh cinta ngan orang ye ar.. tpi kalu suka kat benda ngan barang2 takkan ar nak malu2 kalu tgk gak?? hihi.. lucu ar.. hahaha!!!) keadaan ini adalah satu keadaan klasik. sudah semestinya kalu kita suka kat sumone tue kita akan susah untuk bertentang mata dengan nya.. ya lah.. kalu kita ngan dia bertentang mata mesti dya nmpak kita macam lain.. sbb dok tersnyum sendirian kan.. huhu.. nnti kantoi ar korang neh ada crush giler2 kat dya.. orang yg kita suka neh bleh tau kalu kita neh suka giler2 kat dya.. just by staring u right in the eyes.. huhu.. so the trick here.. is.. wait for it.. wait for it... hehe.. kinda funny though.. try talking to that someone's forehead.. yup.. that would keep u away from the evil eyes.. huhu.. ok..  TAPI  kalu korg neh jatuh hati, or jatuh cinta kat benda.. emm.. agak2 kena malu2 jgk ker??? emm.. *pikir2... *pikir2... rasa nyer.. tak kot.. well of coz la tak!!!! jgn nak mngada2 nak malu2 kat handphone yang korang nak beli.. kalu dok lalu kedai handphone yang ada jual handphone tue trus tak keruan.. tak nak tgk ar.. kalu korg x nak tgk jurujual yg kat dln kedai tue.. make sense la jgk.. neh malu2 kat handphone.. ape ar... kalu betol2 korg malu2 kat phone... baik korg tanya diri sendiri.. korg neh SIUMAN  ker??? huhu...

Yang Keempat...

Ketika bersiap anda terfikirkan si dia.. emmm.. neh pon mmg biasa ar.. suatu keadaan yang sgt biasa.. apabila tgh bersiap pagi2 tue.. tetiba terlintas kat dlm pikiran... "emm.. dya suka tak kalu aku pakai baju neh??" " dya suka x kalu aku ikat rambut aku mcm neh??" kalau... kalau.. kalau... semua nya berkaitan dgn si dya.. semua yang korg buat adalah untuk menarik perhatian dan mnyedap kan hati dya.. huhu.. so kalu korg nampak atau mengalami perkara ini sendiri.. mungkin korg tgh di lamun CHINTA... huhu... tapi.. kalu korg tgh adore hanjeng ke.. suke kat kucing ker... tp wat mcm neh jgk.. emm.. mugkin korang neh... tak betol.. agak melampau kalu suka kat kucing tapi nak berlawa2 waktu nak bgi kucing tue makan.. emm.. GILA~

Yang Kelima...

Anda merindui si dia kalu dia tidak ada.... kalu si dia neh tetiba ada aktiviti lain di luar.. yang akan memisah kan korg dari dya.. korg tetiba rasa sgt rindu.. ataupun dya kat tempat lain selain dari berdekatan dengan korg... trus korang rasa sangat merindui dya... awww... you are so in-love with the person.. huhu.. sbb kalu rindu ngan seseorg tue.. maksud nya korg sayang ngan orang tue... huhuhu.... hah.. yang kelima neh ada pengecualian kalu rindu ngan benda.. sbb Tuan Punya Blog pernah merasai nya.. huhu.. Tuan Punya Blog neh x bleh lepas dari keluar tanpa membwa HP nya.. so.. dlu pernah ar tetiba waktu kat luar tue.. batteri hp tetiba habis.. aduh.. so.. merindui hp waktu tue.. (walaupun secara teknikal nya hp ada di bw.. tetapi sbb bateri habis.. lebih kurang sama dengan keadaan tak bawa hp...huhu..) so kalu korg nak merindu2 kucing2 ke.. anjing2 ker.. kura2 ker.. jam ker.. katil ker.. its not crazy.. its OK... huhu..

Yang Keenam...

Cemburu dengan perkara2 yang pelik... emm.. kalu korg nampak dya ngan lelaki lain tgh bercakap2 tgh senyum2 gembira.. korang rasa jeles.. kalu korg nampak pompuan lain pegang2 tangan dya.. korg rasa jeles.. bila ada pompuan lain tanya korg apa num dya kat korg.. huhu.. (ouch!!! hihi) korg jd marah... jeles ar tue... hihi.. kalu ada lelaki lain siul2 kat dya... kta dya hensem.. (ehh??? hah?? owh... huhu... ) korg rasa JELES sgt2!!!! maksud nya korg dh jatuh cinta kat dya ar tue... huhu.. xda kompromi dh.. mmg kompom korg rasa sgt suka kat dya.. dan cuma mahu korg je yang ada kat hati dya.. hihi~ Over nya.... hhuhuhu... kadang2 kalu dya sms ngan org lain depan korg pun nak melenting... emm.. neh mmg dh kompom korg dh suka giler2 kat dya.. huhu.. kalu x cukup nak cemburu2.. mungkin korg cuma nak tidur ngan org tue jer kowt... huhuhu..~ cuma nak rasa nikmat tue kan... waduh2.. huhu..



Yang Ketujuh

Kamu membayangkan mcm mn rupa anak2 korg nnti... emm... emmm.. mcm nak elaborate yang neh ar.. emm.. korg mmg sgt berfikiran jaoh ke hadapan.. huhu.. congratz~ huhu.. (kalu dh pikir pasal anak2 neh.. mesti dh pikir mcm mna saiz dya.. besar ka x... huhu.. posisi apa.. hehehe.. so.. yang neh.. biar imaginasi korg je la yang buat kerja k... hihi..)



Yang kelapan

Anda nampak berseri2... ya lah.. kalu dh bercinta neh... (bercinta ka?? ke bertepuk sebelah tangan jer.. huhu..) mesti ar nampak berseri2.. sbb sume di jaga.. dari ujung rambut hingga ujung kaki tue di jaga... huhu...mekap x pernah lupa.. rambut x pernah lupa sikat.. baju x pernah lupa nak iron.. kasut berkilat jer.. huhu.. kuku2 sume x pernah lupa trim.. aduh.. sume ar d jaga.. smata2 nak nmpak perfect depan dya.. huhu... so tak heran ar nampak lawa.. nmpak hensem jer kan.. huhu.. mmg ar mcm tue kn.. lepas dh declare kapel tue... bru ar nmpak biasa dh.. sbb dh kompom dh ngan dya.. x payah nak berusaha dh.. tp kalu yg masih nk lawa2 tue?? apa kes?? nak pasang lg ramai ker?? bajet nak nmpak mcm single mcm tue?? hihi.. tah la sukati korg ar kalu nak nmpak lawa senantiasa atau waktu nak ngorat2 jer kan.. hihi..


Yang kesembilan

Tetiba jadi rajin semacam... korang rajin nak bawak2 makanan bg2 kat kengkwan.. rajin nak belikan dya makanan ker.. minuman ker.. nak bg macam2 kat org tue.. rasa mcm nak buat charity jer kn slalu.. rasa mcm tak cukup nak bg makan kat suma org kan?? nak org len citer kat org yang korg suka tue yg korg neh baek hati ar.. suci murni... (suci ker?? hihi...) dak baek.. emm.. mcm2 tue ar.. huhu.. so korg xyah ar plastik2 nak wat2 baik.. biasa2 sdh... hihi..

Yang Kesepuluh...

korg tak bleh nak fokus... korg slalu jer mengelamun.. waktu dlm kelas tue terngiang2 pujian dya kat korg smlm..teringat2 panahan pandangan cinta dya kat korg.. terbayang2 senyuman manis dya.. dengan susunan gigi nya yang menawan... aduh.. best nyer.. eh.. tersedar jer.. dh abes klas.. OMG.. korg memang pakar dlm mengelamun neh.. smpi bleh block trus apa yang berlaku kat sekeliling.. mmg salut ar ngan korg.. neh kalu btol2 ada mcm neh.. mmg btol2 korg dh jatuh cinta.. bukan jatuh agy.. mmg dh injured dh... smpi x leh nak bangun dh.. sgt2 jatuh cinta dh.. serious injury neh.. huhu.. mmg susah nak bawak blk ke pangkal jaln... hihihi~




so neh adalah antara contoh2 perkara2 yang boleh di perhatikan kalu nak tau korg neh jatuh cinta ka... atau tak.. ketepatan tue xda ar kena ada suma tanda2 neh.. this are just some la.. huhu.. have fun!!!!