26.12.10

Azam Oh Azam...

Tak sedar kan?? sekejap saja masa berlalu. Baru semalam kita menyambut tahun baru, dalam masa beberapa hari lagi, kita akan menyambut tahun baru lagi. apabila kita bercerita tentang tahun baru... pasti ada satu topik yang memang akan sentiasa terlintas di dalam fikiran kita semua.. azam baru.. satu soalan yang pasti nya tidak akan terlepas dari buah fikiran kita. tgk saja nanti.. rancangan-rancangan televisyen, siaran-siaran radio pasti akan bertanyakan soalan yang sama.. apakah azam baru anda?? adakah azam anda tahun lepas sdh tercapai?? dan macam-macam lagi soalan yang berkaitan dengan azam... namun begitu setelah lama kelamaan.. semangat itu akan pudar dan kehidupan kita kembali seperti biasa... menjalani rutin yang sama setiap hari... dan azam yang baru akan terkubur begitu sahaja..walaupun tidak dinafikan ada yang memang bertungkus lumus untuk menjayakan azam mereka...tahniah di ucapkan kepada yang berjaya.. namun berapa ramai mereka ini ada dalam realiti dunia masa kini??

Bukan niat di hati nak hancurkan harapan dan impian sesiapa... bukan juga niat di hati nak mengguris hati sesiapa.. cuma sekadar coretan apa yang terbuku di dalam hati..

selalau kita akan dengar rakan-rakan kita akan bercakap tentang azam mereka apabila tiba tahun baru.. siap minta kita menjadi saksi kepada sumpah dan janji mereka itu.. tapi.. sepanjang tahun kita lihat tiada satu usaha pun yang mereka lakukan untuk mencapai matlamat mereka.. ok la.. bagi peluang la.. tak ada la sampai tak buat apa-apa langsung.. ada la.. tapi sikit.. boleh kira guna jari-jari kaki ni..

pada awal tahun tu.. subjek yang membuat perjanjian pada dirinya sendiri itu pasti akan berusaha bersungguh-sungguh dan bertungkus lumus untuk mencapai misinya... namun usaha itu hanya bertahan untuk beberapa minggu.. apabila ada tugasan yang lebih penting dalam rutin seharian mereka.. maka sedikit demi sedikit usaha ke arah mencapai misi jangka panjang itu.. mencapai tarikh luputnya lebih awal daripada yang sepatutnya...walaupun bunyinya agak kejam dan drastik.. tapi ramai yang berada dalam situasi ini.. alasan yang sama diberikan.. menyalahkan orang lain.. menyalahkan tanggungjawab yang dipikul sebagai batu penghalang baginya untuk berjaya..alasan alasan dan alasan..satu peribahasa yang kini menjadi pegangan aku..

Hendak seribu daya...tak hendak seribu dalih..

Kalu kita betul-betul mahukan sesuatu sepatutnya kita berusahalah bersungguh-sungguh.. sepatutnya kita patut sedar dari awal sama ada kita betul-betul mahu akannnya atau tidak.. jika ada keraguan.. maka haruslah kita fikirkan semula.. kerana jika ada keraguan.. ada kemungkinan besar..kita akan kecundang ditengah jalan.. jika kecundang ditengah jalan masih lagi boleh diterima akal.. sekurang-kurangnya sempat lagi sampai ke pertengahan peperangan.. jika kecundang sebelum bertarung.. aduh.. itu sangatlah memalukan..lebih-lebih lagi jika rakan-rakan seperjuangan kita tahu akan keinginan yang mahu dicapai..

Oleh yang demikian, disini saya sarankan satu cadangan kepada sesiapa yang bakal memulakan fasa yang baru dalam kehidupan mereka... kepada sesiapa yang bakal menanam azam yang baru.. kenali dulu keinginan tersebut.. sama ada betul-betul azam tersebut adalah perkara yang anda inginkan.. atau pun sekadar untuk suka-suka.. kalau sekadar untuk berlagak dihadapan rakan-rakan anda.. baik tak payah.. kalau sekadar untuk bersuka-suka pun biarlah bersungguh-sungguh untuk bersuka-suka..

kemudian.. pilih azam jangka masa pendek berbanding azam jangka masa panjang.. biarlah dalam setahun itu kita ada beberapa azam.. yang penting semua azam tersebut tercapai..apabila azam-azam tersebut tercapai.. anda akan merasa kepuasan dalam diri anda kerana usaha dan titik peluh anda selama ini berbaloi dan mendatangkan hasil...itu erti azam yang sebenar...

dan kemudian... jangan berikan alasan.. kerana alasan yang menyalahkan orang lain...jika anda gagal.. jangan menuding jari kepada orang lain... kalau anda benar-benar tak tahan dan nak juga menuding jari kepada orang lain.. pergi kehadapan cermin dan tudinglah orang yang ada berada di dalam cermin tersebut kerana dialah orang sepatutnya di persalahkan..berhentilah mencari kesalahan orang lain yang kononnya menjadi penghalang untuk anda berjaya.. kalau anda betul-betul mahukan sesuatu.. anda pastinya akan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian untuk tetap mendapatkan apa yang ada inginkan... tetap berusaha untuk mencapai azam tersebut..

dan kemudian... jangan terlalu memberi tekanan kepada diri anda.. ambil masa untuk mencapai azam tersebut.. orang tidak akan berjaya dalam satu malam... semuanya memerlukan masa dan kesabaran.. jadi bersabarlah.. yang penting usaha itu mesti ada.. kadang-kadang juga.. bukan semua azam yang dibuat ini akan tercapai dalam masa setahun tersebut.. tidak semestinya akan tercapai 100% namun dalam situasi seperti ini.. usaha yang gigih dan keras itu sudah cukup untuk mengatakan bahawa azam itu sudah pun tercapai.. kerana anda sudah berusaha..

dan akhir sekali.. jangan lupa kepada Nya.. dari awal hinggalah akhir usaha anda.. dan apabila sudah mendapat apa yang anda mahukan.. janngan lupa untuk melimpahkan kesyukuran anda kepada Nya... kerana dari Nya kita datang... dan kepada Nya kita kembali.. InysaAllah.. dengan izin Nya... semua usaha kita pasti akan terbalas.. Amin...

Akhir kata... semuanya terpulang kepada kita sama ada mahu atau tidak.. apa-apa pun..

Selamat Tahun Baru.. dan Selamat Membuat Azam Baru... hihihi...

p.s: sebarang komen yang membeRangsangkan dan memBina sila tinggalkan di ruang komen ya... hihi.. terima kasih...!!
.

3 comments:

Azwan Halik said...

azam sy thun bru ne....dpt buat suma azam2 sy thun2 lpas hahaha

Mimin said...

bh!! ngam la tue!!semoga berjaya!! huhu.. aku pun mau ada azam baru la juga.. lama sdh aku teda azam2 neh..huhuhu..

~SYAR M E E Z E~ said...

Buat adik min yg dikasihi,
Seronok abg baca penulisan Min ttg azam ni, bgus tips-tips yg Min buat, smoga dpt menjadi panduan kpd semua. Menanamkan azam sgt penting kepada kita, kerana dengan azam seseorang dapat menentukan hala tuju dan kejayaan hidup. Jika Min punya azam dan cita2 yg tinggi, Insyallah abg yakin adik boleh mencapai cita2 tersebut..
"impian perlu tinggi setinggi puncak gunung di kaki awan,
Semangat perlu kental sekeras batu,
Tabah menghadapi ujian seteguh nabi Ayub
Usaha dan tawakal seperti rasulullah dalam menyebarkan dakwah
Berdoa dan beramal bagai tiada esok untuk mu
Pasti ada sinar yang akan menanti dalam kelam mencari jalan.."
Abg harap dgn tahun baru Min, akan terus berusaha meningkatkn diri Min, jdkan pengalaman hidup sebgai satu pengajaran dan buatlah suatu anjakan paradigma yg dpt meningkatkan kehidupan Min.. Wawahualam.. Insyallah.. :-)