Tiba-tiba terasa seperti ingin mengeluarkan buah fikiran hari ini. Memandangkan baru-baru sahaja aku dapat bertemu dan berinteraksi dengan rakan-rakan lama ku yang kini sedang bertarung di medan perang dalam usaha menimba ilmu di Matrikulasi, terdetik di dalam sanubari ku untuk mengulas sedikit sebanyak berkenaan dengan kawan ataupun juga dikenali sebagai teman.
Kawan atau teman boleh dicari dan dijumpai di mana-mana. Tidak kira samada anda berada di rumah anda sendiri, di sekolah, di kolej, di tepian jalan, di pusat membeli-belah dan di mana-mana saja anda boleh mencari kawan. Tapi kawan sebegitu belum tentu boleh di panggil kawan sejati.
Sepanjang kehidupan anda, berapa ramai kawan anda yang sanggup bersama-sama anda dalam pelbagai keadaan, dalam pelbagai situasi?? Berapa ramai kawan anda yang ada bersama ketika anda gembira dan ketika anda dilanda musibah?? Saya yakin x ramai yang ada kawan yang sanggup sampai ke tahap sebegitu. Cukup sukar untuk kita mencari teman yang sejati. Kenapa begitu sukar untuk kita mencari sahabat yang sejati?? Adakah mungkin kerana sudah tidak ada lagi orang yang baik-baik di atas muka bumi ini?? Adakah kerana manusia kini sudah dikuasai sepenuhnya oleh prinsip individualisme?? Atau mungkin kerana kawan-kawan yang ada kini cuma mahu mendapatkan sesuatu daripada kita.. atau pun..
friends with benefits.. atau pun mungkin kerana kita ini bukan seorang teman yang sejati??
Kita selalu lupa untuk merenung diri kita sendiri tatkala kita sibuk menilai dan memerhati orang lain. Kita sering kali lupa. untuk mendapatkan sesuatu kita kena beri sesuatu barulah setimpal dan seimbang. Mungkin jawapan kepada soalan. kenapa sukar untuk kita mencari teman yang sejati adalah kerana kita ini bukan seorang teman yang sejati...
Orang lain akan hormat kepada kita sekiranya kita hormat kepada orang lain, bukankah begitu?? Maka, untuk kita mendapat seorang teman yang sejati kita perlu menjadi seorang teman yang sejatilah..kan?? Tapi kadang-kadang kita tak akan selalu dapat apa yang kita nak, kerana ada yang lebih mengetahui dan lebih arif mengenai perkara-perkara sebegini. Apa yang boleh kita buat adalah berusaha.
Tapi macam mana kita nak kata seseorang tue seorang teman yang sejati??
Apa yang dia kena buat baru layak dikatakan teman sejati??
Perkara yang selalu orang cakap pasal persahabatan ni adalah, Kawan semasa senang dan susah, Kawan semasa suka dan duka. Jadi ini adalah antara perkara yang perlu seorang kawan itu lakukan barulah boleh dikatakan teman sejati.
Apabila kita ditimpa musibah atau kesusahan, seorang kawan itu akan cuba untuk menghulurkan bantuan seberapa daya yang mungkin. Selagi nyawa dikandung badan selagi masih diberikan peluang untuk bernafas, dia akan cuba bersungguh-sungguh untuk membantu. Walaupun kadang-kadang bantuan yang bakal dia berikan itu akan memberikan kesan yang buruk kepadanya di kemudian hari. Kesanggupan dia itu yang membuatkan dia layak mendapat gelaran sahabat sejati, dan dia tidak pernah mengharapkan balasan apa-apa daripada kita.
Ketika air mata kita mengalir membasahi pipi, dia sanggup menemani kita biarpun pada masa itu terdapat perkara lain yang lebih penting yang perlu dia lakukan. Dia sanggup duduk bersama kita mendengar luahan hati kita. Dia sanggup menjaga kita di kala kita menhadapi detik-detik yang amat sukar. Dia sangat bersabar dengan kerenah kita tatkala kita tidak mampu berfikir dengan betul. Dia sanggup menyuapkan kita makanan ketika saat itu kita rasa seperti mati sahaja yang mampu menghentikan semuanya.
Ketika kita sedang meraikan sesuatu yang amat menggembirakan dia ada untuk berkongsi rasa itu dengan kita, kerana kebahagiaan dan kegembiraan akan manjadi lebih bermakna jika dikongsi bersama. Ketika dya menghadapi detik-detik duka, dia sanggup mengukir senyuman semata-mata untuk kita, semata-mata untuk tidak menghancurkan saat-saat gembira kita walaupun sebenarnya jauh di lubuk hatinya ada kesedihan yang terpendam.
Ketika kita tidak mampu memberikan bantuan dan pertolongan kepada dia, masih lagi dia tersenyum dan mengatakan bahawa tidak ada masalah dan semuanya baik-baik saja dan dia mampu mengatasi semua nya, sedangkan kitalah satu-satunya harapan dia. Dia masih mampu tersenyum malah tergelak bersama-sama anda apabila anda memberikan alasan bahawa anda ada kerja yang perlu dilaksanakan. Pada ketika itu, fikirlah, adakah KITA menjadi kawan yang sejati??
Ramai di antara kita yang sering kali sahaja membuat pemerhatian dan penilaian tentang orang lain. Sering sahaja kita memberikan komen-komen yang membina kepada orang lain tapi kenapa kita terlepas pandang akan diri kita sendiri?
Adakah anda punya teman yang sejati yang sanggup berbuat seperti yang di atas atau mungkin lebih daripada itu???
Adakah anda sanggup berbuat perkara yang serupa dan mungkin lebih kepada rakan karib anda tersebut??
Kawan anda yang sejati itu bukan lah orang suruhan anda. Kawan yang sejati ini sememangnya penting untuk membantu kita dalam banyak perkara. Tetapi bukan bermaksud kita bergantung sepenuhnya terhadap mereka. Tugas mereka cumalah memberikan pendapat, menyokong atau membantah dan menolong anda dalam pelbagai perkara yang boleh di bantu. Anda yang perlu bertanggungjawab terhadap diri anda sendiri.
Kita perlukan orang lain untuk memberikan motivasi kepada kita sekiranya kita ditimpa musibah dan halangan. Namun, motivasi yang datang daripada orang lain terutama kawan-kawan kita, cumalah motivasi luaran. motivasi yang paling berkesan dan ternyata paling berjaya adalah motivasi dalaman yang datang daripada diri anda sendiri. Kita perlu ada kemahuan diri sendiri juga kerana tidak ada gunanya jika orang lain bersungguh untuk membantu kita, tapi kita tak berusaha untuk membantu diri sendiri. Ia menjadi suatu pusingan yang kurang sihat dan tidak produktif.
Oleh yang demikian, jangan lah terlalu mengharapkan kepada rakan-rakan ada. Tetapi jangan pula lupakan mereka. Perlu juga di ingatkan. "YOU ARE YOU'RE OWN BESTFRIEND" agar kita dapat belajar untuk menjaga diri kita sendiri dan menjadi insan yang berdikari.
>Kepada sesiapa yang sudi berkongsi idea dan pendapat sila tinggalkannya di ruangan komen, terima kasih<