4.5.11

Pasti Ada Hikmahnya....

Dulu pernah ada orang cakap dekat aku...bila masa kita melakukan satu kejahatan atau kemungkaran...ada dua perkara yang akan berlaku...sama ada tidak ada sesiapa yang tahu akan perlakuanmu itu...dan perkara mungkar tersebut akan berkekalan...atau...sebaik sahaja kamu melakukan kemungkaran itu...kamu akan ketahuan oleh orang lain...dan kamu tidak akan melakukan perkara terlarang itu lagi...

Bila masa kita melakukan kemungkaran....dan tidak diketahui aib tersebut oleh TUHAN...maka perlulah kamu gusar dan khuatir...kerana..di takuti...TUHAN tidak mahu kamu kembali ke jalan kebenaran... dan DIA membiarkan kamu terus leka dengan kemungkaran tersebut... takutlah kerana mungkin ini adalah petunjuk awal bahawa rahmat TUHAN itu sudah tidak ada lagi untuk diri mu....maka perlulah kamu sedar sebelum terlambat....

Bila masa kita melakukan kemungkaran...dan terus sahaja dibuka aib tersebut...ataupun berlaku perkara-perkara yang membendung kamu daripada melakukan kemungkaran itu berulang kali lagi...maka bersyukur lah kamu kerana TUHAN masih lagi berada bersama mu...dan masih lagi memberi peluang kepada kamu untuk kembali ke jalan yang lurus...maka bersyukur lah kamu...

Jadi...bila mana sesuatu perkara itu berlaku...pasti ada hikmah yang tersembunyi...pasti ada suatu kebaikan yang akan mendatang kepada kita...aku percaya..bila TUHAN ambil sesuatu daripada kita..dia akan beri sesuatu yang lebih berharga lagi...InsyaAllah...tak mengapa untuk kita rasa sedih dengan apa yang terjadi tapi jangan sekali mengeluh dan menyalah kan perkara yang telah terjadi...semua adalah takdir yang telah ditetapkan...kita perlu redha...dan tekal menghadapinya..

P.S: Macam-macam perasaan bercampur baur... T^T

Sekian~

No comments: