2.5.11

Penat

Selamat Hari Pekerja kepada semua yang bergelar pekerja..walaupun cuti..masih ada juga orang yang bekerja..kalau tak..tak akan berjalanlah aktiviti harian kita semua..terima kasih kepada mereka yang masih lagi membanting tulang dalam cuti ini...*senyum...

Memandangkan cuti hujung minggu ini  agak panjang...jadi ramai orang yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung...Teman sebilik aku juga sama...selama 3 malam aku bersendirian.. huhu.. tapi apa kan daya..itulah adat orang merantau..huhu...

Cuti ni..ramai yang beristirehat dan menenangkan jiwa dan raga...tapi bagi aku dan beberapa orang rakanku yang lain masa ini adalah masa untuk menjalankan tanggungjawab dan tugas yang telah diamanahkan...huhu..selepas beberapa minggu bertungkus lumus menghasilkan satu karya seni..maka semalam berjaya kami rakamkan dalam kenangan semuanya.. huhu.. walaupun dengan kekurangan orang dan sebagainya..tapi kami maish mampu untuk menghasilkan sesuatu yang bolehlah dikira berjaya.. huhu..

Semoga dengan apa yang kami telah lakukan ini akan berjaya untuk menaikkan lagi nama tempat kami bernaung dan kemudian membuatkan kami lebih berjaya.. huhu..

Sekian~

No comments: