Sebenarnya malam neh aku tak terniat pun nak post apa-apa...tapi tadi tiba-tiba aku terpanggil untuk ligat menaip...huhu...pada masa yang sama..aku tak tahu apa yang aku rasa sebenarnya pada ketika dan detik ini...
Pagi tadi lepas sahaja aku habis rehearsal untuk event esok hari...aku terlihat pada papan kenyataan asrama...hoh! berdebar hati insan yang lemah ini...huhu...pada malam ini akan ada satu perjumpaan...dan spekulasi mengatakan bahawa kemungkinan besar pada perjumpaan ini akan diumumkan nama-nama orang yang bertuah untuk terus tinggal di asrama untuk 2 semester lagi...
Pada perjumpaan itu...warden yang bertanggungjawab memberi sedikit penerangan tentang sistem pemilihan dan kriteria-kriteria yang dinilai...dan debaran itu bertambah lagi apabila diberitahu bahawa senarai nama mungkin akan dinaikkan pada esok hari...
Sebaik sahaja aku mendengar perkara itu..perasaan aku bercampur baur... gementar... sedih... takut... gembira... semua nya bercampur aduk...sehinggakan aku menjadi kebas...aku tak tahu nak luahkan perasaan yang mana satu...tapi...
aku rasa sedih bila melihat salah seorang daripada senior aku yang menitiskan airmata menjelaskan bahawa dia sudah cuba yang terbaik...namun kita perlu akur pada orang yang lebih atas daripadanya...dan aku sedar akan hakikat tersebut...aku faham keadaan dia..aku faham bagaimana rasanya memiliki satu autoriti tapi tak mampu untuk berbuat apa-apa...
emm....entahlah...
Sekian~
No comments:
Post a Comment