17.5.11

Selamat Hari Guru

Profesion keguruan kini sangat berbeza dengan masa dulu... semasa kita masih lagi di bangku sekolah...orang yang berdiri di hadapan kelas..membawa buku dan rotannya...dipandang tinggi dengan ilmu dan pengetahuan yang ada pada dirinya...namun pada masa kini...nampak seperti kerjaya keguruan ini dipandang ringan dan tidak lagi menjadi satu pilihan kerjaya kepada anak-anak muda masa kini...malah pilihan kerjaya menjadi guru ini menjadi pilihan yang terakhir selepas usaha mengecap cita-cita yang mendalam tidak kesampaian...ada pula yang sekadar mengikut kata ibu dan bapa...kerana tidak mahu menderhaka..maka dituruti kemahuan mereka...

Macam-macam sebab... macam-macam cerita yang kita dengar...ada ibu bapa yang isi borang..tahu-tahu..kena pergi temuduga...ada yang isi sendiri...senyap-senyap tanpa pengetahuan ibu bapa...lagi dahsyat...sampai saat keluar keputusan dapat atau tidak baru lah ibu dan ayah tahu..wah..memang salut lah dengan orang macam tue...huhu..macam-macam kisah yang kita dengar..

Dulu yang kita tahu kalau nak jadi cikgu neh...senang jak kerja..masuk kelas..mngajar pastu keluar kelas...tapi itu masa budak-budak..hingus pun masih lagi meleleh...belum mengerti apa-apa lagi...tapi sekarang ni..bila sudah matang sedikit...sudah melihat apa sebenarnya erti menjadi seorang guru itu..banyak yang tidak kita ketahu..isu-isu yang menjadi hijab dan penghalang kepada kejayaan seorang guru untuk mendidik anak-anak bangsa MASA KINI...

Kenapa aku tekankan MASA KINI? sebab dulu tidak ada masalah yang timbul seperti mana masalah yang sering kali menghiasi muka hadapan akhbar-akhbar....kalau sedari dulu lagi masalah seperti ini muncul...mana mungkin ada ada pemimpin-pemimpin yang kita ada sekarang...mana mungkin akan berkembang negara kita seperti mana yang kita mampu lihat kini...

Tapi...siapa yang perlu dipersalahkan...? siapa yang bersalah...? siapa yang patut mengaku bersalah...?

adakah semuanya salah guru yang berusaha untuk mengajar anak-anak..? adakah salah ibu bapa yang pada masa kini seperti meletakkan beban mengasuh anak 100% keatas bahu guru-guru, dan bila ada kesilapan maka dituding kearah guru? adakah salah kerajaan yang tidak mampu untuk membentuk sistem pendidikan yang berjaya? adakah salah anak-anak yang cuma mahu mengenal dunia..cuma mahu membentuk pengalaman dan mencari identiti diri? siapa yang salah sebenarnya?

Semuanya bergantung kepada dimana anda berdiri...

Namun...walaupun apa yang berlaku...kita sentiasa ada tempat mengadu...DIA...

SELAMAT HARI GURU..

Sekian~

1 comment:

Unknown said...

datang jenguk2 kat sini & baca entri :)

Jom singgah baca entri baru : Risau Pulak..