31.1.11

Apa Khabarmu Di Sana?

Meremang bulu roma aku bila membuka lembaran akhbar pada hari ini. Bila tengok tajuk dia saja sudah cukup untuk menarik perhatian aku. Bukan sebab apa tapi kerana tempat tersebut merupakan negeri kelahiran aku. 


Ya, aku tahu aku bukan belajar di Mesir tapi disebabkan teman karib aku sedang menuntut ilmu di sana, jadi tempias kebimbangan turut aku rasai. Aku masih ingat lagi beberapa hari yang lalu aku membaca entry blog salah seorang teman aku yang berada di sana (mesir). Di dalam blog tersebut dia menyatakan tentang tunjuk perasaan dan berkenaan dengan kuliah yang dibatalkan. Pada mulanya aku tidak mengambil berat sangat berkenaan dengan perkara tersebut namun apabila mula terpampang kejadian-kejadian yang menggusarkan, aku mula berasa takut. Tambahan pula apabila membaca di dalam surat khabar tentang kediaman tempat kawan-kawan aku tinggal menjadi salah satu tempat yang terbabit dengan rusuhan, membuat jantungku berdegup dengan pantas.

Semua jenis komunikasi dengan mereka disana tergendala. Sambungan internet telah disekat, talian telefon juga telah dikawal menyebabkan kesukaran untuk menhubungi mereka di sana. Salah satu cara untuk mendapat khabar berita adalah melalui akhbar. Itulah satu-satunya cara yang terbaik pada masa kini.

Apa pun, buat masa ini kami hanya mampu berdoa agar kejadian yang tidak diinginkan tidak akan berlaku. Marilah, kepada mereka yang membaca entry ini, sama-sama kita mendoakan saudara-saudara kita disana.

1 comment:

Unknown said...

Don't worry min..
kami slamat jgk..
bkn perusuh bha tu..
org arab pun ada berkawal jgk, jaga rumah masing2..siap bawa pedang samurai lagi..
kami smua sama2 jaga kawasan rmh sabah tu..psl bnyak banduan terlepas kan..