16.1.11

Cinta Pandang Pertama : Cinta atau .....?


Kaki siapakah?
 Bila kita mendengar cerita, melihat orang dan membaca tentang cinta pandang pertama, apa yang berlegar-legar dalam fikiran dan minda anda?

Adakah anda memikirkan apabila seseorang itu melihat mana-mana individu yang lain lantas jatuh cinta kepadanya? Adakah anda memikirkan apabila seseorang itu melihat individu yang berpakaian kemas, segak anggun dan bergaya, lalu terus jatuh cinta kepadanya? Adakah cinta itu terjadi dengan begitu mudah?Adakah dengan membuat penilaian secara luaran sahaja kita sudah tau bahawa orang tersebut adalah orang yang kita cintai?

Bagi diriku, aku kurang berpegang kepada cinta pandang pertama. Kenapa? Sebabnya adalah, diri ini percaya cinta pandang pertama lebih kepada nafsu semata daripada perasaan suka dan sayang yang patut ada bersama cinta.

Bila kita suka kepada seseorang pada pandang pertama, apa yang kita lihat dan amati sebenarnya?

OMG~
Pada pendapat aku, pastinya yang pertama adalah rupa paras seseorang itu. Jika rupa parasnya berkenan di hati maka sukalah kita kepadanya, Jika tidak berkenan di dalam naluri sanubari maka tidak sukalah kita kepadanya. Tidak dinafikan ada kenyataan saintifik yang menyatakan kenapa kita melihat rupa paras seseorang itu lalu terdetik di dalam hati bahawa dialah orang yang seseuai. Perkara ini terjadi kerana keinginan semula jadi kita untuk melahirkan baka-baka yang baik untuk kelangsungan hidup di dunia ini. Namun begitu terdapat juga banyak perkara-perkara lain yang perlu difikirkan.

Jika cinta pandang pertama berlandaskan sesuatu yang tidak akan kekal hingga ke akhir nyawa, adakah itu suatu pelaburan yang baik dalam bercinta dan menjalinkan suatu hubungan? Jikalau cinta pandang pertama berlandaskan kecantikan luaran. kita perlu ingat dalam beberapa saat sahaja kecantikan tersebut boleh di tarik semula oleh sang Pencipta. si DIA  yang Maha Berkuasa. Pada ketika itu, adakah cinta anda kepada insan yang pada mulanya indah di mata tapi kini tiada apa-apa? Mungkin sekali perasaan anda kepadanya akan luntur. Mungkin tidak serta merta, tapi sedikit demi sedikit dan akhir nya tiada lagi yang tinggal untuk dirinya. Anda mungkin akan beralih kepada insan yang punya kelebihan (rupa paras yang menawan) yang lebih daripada si dia yang (kononnya) anda sayangi.
"eee..kenapa perempuan ni?? Ngeri nya~"

Kemudian apa perkara yang menjadi penyebab anda menjadi suka kepada seseorang pada pandangan pertama? Rasa-rasanya mesti kerana harta. Kenapa diri ini berkata demikian? Mungkin kerana kita mencari sesuatu yang pasti. Di dalam dunia penuh pancaroba ini, memiliki kestabilan kewangan merupakan sesuatu kelebihan yang tidak semua orang boleh capai dan apabila sudah ada di dalam genggaman, hampir apa sahaja yang anda inginkan boleh dicapai. Kesihatan, Kemewahan, kesenangan hidup, dan tidak boleh dinafikan, Agama.


Jual-jual!! Murah, Murah!!
 Tetapi, sekali lagi duit bukanlah segalanya. Harta yang kita miliki itu bukanlah sepenuhnya milik kita. Setiap sen yang kita miliki itu ada pembahagiannya kepada orang lain. Oleh kerana itulah kita disuruh untuk bersedekah. Harta yang kita miliki tidak mungkin akan kekal selamanya. Suatu masa nanti pasti akan terjadi suatu perkara yang memisahkan kita kepada semua itu dan perkara tersebut ialah MATI.

Memang tidak dinafikan kita perlulah mencari pasangan yang memiliki harta supaya hidup dapat menjadi lebih mudah. Namun begitu kenapa ada orang yang sanggup mengejar harta yang berjuta-juta? adakah untuk hidup biasa perlu ada duit yang berjuta-juta? Tidak semestinya, hidup dengan duit yang cukup pun sudah memadai. bersederhana itu lebih baik. Namun begitu tidak salahnya punya wang yang banyak. Dengan wang itu kita mampu membantu yang lain, tetapi berapa ramai orang yang memiliki harta yang banyak ini sanggup memberikan hartanya kepada orang lain begitu sahaja?

Kemudian apa lagi perkara yang anda rasa mampu membuat kan anda rasa cinta kepada orang lain pada pandangan pertama? Pada pendapat yang keluar dari fikiran aku, AGAMA.

Bukan senang nak dapat 'pose' ini.
Bila kita lihat perwatakan seseorang yang suka mendekatkan dirinya kepada agama DENGAN CARA YANG BETUL, saya yakin mesti semua orang akan terpesona. Tidak kiralah dari sejahat-jahat manusia, hinggalah sebaik-baik insan. Semuanya pasti suka dengan orang-orang yang dekat dengan Penciptanya. Bila kita dekat dengan DIA, dengan izinNYA juga kita pasti akan dekat dengan hambanya yang lain, tapi atas usaha kita juga.

Berbalik kepada inti pati yang sepatutnya, bila kita lihat orang yang sering menziarah rumah-rumah Tuhan, dan sering beramal disamping memenuhi kehendak duniawi. Pasti kita rasa tenang dan lega kerana kita tahu, bila kita bersama dengan insan ini, dengan izin-NYA, pasti akan sejahtera dunia dan akhirat. Jikalau kita jatuh cinta pandang pertama atas dasar ini, dan kita cinta kepadanya kerana-NYA, aku pasti tidak akan ada yang perlu di risaukan. Bukanlah bermaksud tidak akan ada langsung sebarang perkara yang menduga, tetapi jika ada dugaan yang menimpa, dengan izin-NYA, pasti dapat ditempuhi.

Oleh yang demikian, pilihan masih lagi di tangan anda. Sama  ada percaya atau tidak dengan cinta pandang pertama. Bagi aku, menyuarakan pendapat ku di dalam entry ini, bukanlah bermaksud aku tidak percaya langsung kepada cinta pandang pertama kerana aku percaya Tuhan itu Maha Berkuasa. Mampu melakukan apa saja.

Akhir kata, goyang-goyang kan lah otak anda. Salam.

3 comments:

noramsein said...

ehhhh nape ada muka abg am??? ehhh bukan... aiman rupanye... patut la kurus... okeh terperasan sebentar... lalalala

gadisarawak said...

ahahha!! knape wajah ku diubah menjadi pendekar bermisai... kaki ku?? agh~~!!

Unknown said...

hantu ke sabalik langsir tu?