Aku tengah tengok-tengok post-post aku yang terdahulu. Agak lucu apabila aku terjumpa benda ni...
Benda itu adalah entry aku tahun lepas ketika awal tahun. Entry aku yang bertajuk The New Year...
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH!!!!!!!
mesti kamu semua keliru dan agak hairan kenapa aku ketawa. Sebenarnya isi kandungan entry tersebut adalah perkara-perkara yang ingin di capai pada tahun 2010...
Baiklah, walaupun sudah 13 hari kita maju kehadapan didalam tahun 2011, tapi aku rasa masih belum terlambat untuk kita buat post mortem pasal pencapaian-pencapaian ni.
Baiklah. Kita mulakan dengan yang pertama.
1. Mahu jadi famous... hahahahahaha!!!! tidak tercapai... teeettttt~
2. Mahu belajar memandu... emm..belajar ada.. tapi dapat lesen tu.. belum lagi.. jadi aku rasa kira tercapai la juga tu...
3. Mahu sambung belajar... emm.. rasa nya tercapai.. sebab 2 kali aku mendaftar di tempat mo sambung belajar. SooooOOOooooOooOOOo tercapai!
4. Mahu menaikkan berat badan... emm.. tidak tercapai.. dan perkara ini sangat lah ketara kerana memang tidak ada apa-apa perubahan dengan aku punya berat badan... begitu-begitu juga.. huhu..
5. Mahu bersantai-santai dan bermesra-mesra dengan kawan-kawan.. emm.. yang neh memang sangat lah tercapai dengan sangat jayanya.
6. Mahu ada tuuuttttt~ emm.. yang neh pun.. rasa nya tercapai.. hahahaha!! walaupun ada suka dan duka.. tapi tercapai juga.. so masih lagi kira.. hihi...
7. Mau ada banyak duit!!! emm.. yang ini.. kadang-kadang banyak duit.. kadang-kadang tidak banyak duit... soo.. kira macam tidak berjaya la tu kan? kira macam setengah jalan saja... hihi...
8. Tidak mahu di tikam di belakang lagi.... setakat yang aku tahu.. emm.. belum lagi ada yang menikam-menikam belakang ni..jd kira nya.. berjaya la tu... huhu...
9. Mahu melupakan seseorang... emm.. sebenarnya aku pun lupa sudah siapa yang patut aku lupakan!!! ahhahaha!!! jd aku kira ini sebagai sangat lah berjaya!!! yeay!!!!
10. Mahu sentiasa tenang dan gembira... emm.. yang neh aku rasa tidak berjaya lah.. sebab ada perkara-perkara yang aku buat tu tidak menunjukkan yang aku ni tenang. Malah aku buat perkara yang bodoh adalah..soooOOO tidak berjaya... huhu...
Baiklah...Hasil post mortem aku adalah.. aku hampir berjaya sebab jumlah perkara yang aku dapat capai itu adalah melebihi daripada separuh yang sepatutnya. Sebagai kesimpulan nya.. aku rasa aku patut buat perkara macam ini lagi lah.. mungkin boleh membantu aku... huhu..apa pun.. tq~ huhu...
1 comment:
rasanya azam sy pun skit ja ne yg trcapai hahaha
Post a Comment