24.1.11

Menghargai Dirimu

Pernahkah anda memiliki sesuatu yang sangat anda sayangi?

Pernahkah anda memiliki sesuatu yang sangat berguna kepada anda?

Pernahkan anda memiliki seseorang yang sangat menyayangi anda?

Pernahkah anda hargai semuanya?

Cukupkah penghargaan anda kepada semua yang di atas?

Bagaimana anda menghargai sesuatu yang anda sayangi?

Bagaimana anda menghargai sesuatu yang sangat berguna kepada anda?

Bagaimana anda menghargai seseorang yang sangat menyayangi anda?

Bukanlah sesuatu yang mengejutkan bila sudah kehilangan sesuatu atau seseorang barulah kita mula terfikir tentangnya. Bila sudah tiada dalam capaian tangan barulah hendak menyesal kerana tidak menjaga dengan baik. Itulah senario kehidupan yang sering kali kita lihat. Sejauh mana kita cuba untuk menafikan, namun norma kehidupan yang sebenar adalah sangat berlainan daripada apa yang diujarkan mulut.

Kita selalu sahaja lupa untuk menghargai apa yang ada di depan mata. Selalunya apa yang kita akan lakukan adalah ambil mudah dengan perkara-perkara yang sudah kita miliki dan juga terhadap perkara-perkara yang ada jelas di depan mata.

Sering kali situasi yang terjadi adalah mengejar apa yang tidak pasti lalu perkara yang jelas di depan mata dilupakan. Kemudian, bila yang di kejar tak dapat, yang ada pun dan hilang. Bila benda macam ni dah terjadi, barulah nak jadi gila.

Menyesal tak tentu pasal. Apa yang kita cari sebenarnya? Kesempurnaan?

Apa yang kita cari sebenarnya? Keseronokan?

Apa yang kita mau sebenarnya?

Tertanya-tanya juga kita kepada diri sendiri, apa isi hati ini berkata sebenarnya. Adakah cinta yang dikejar? Atau nafsu semata?

2 comments:

Azuan said...

byk betul persolan nk kena jwb nie...huhu

Irfan Abdul said...

Jangan lupa untuk menghargai apa yang ada di depan mata..hehe...

Min anda di tag..
check my blog ea...