Kelmarin aku membuat keputusan untuk menghentikan akaun facebook aku. Jujur aku katakan aku tak tahu kenapa aku berbuat demikian. Pada ketika ini, aku berada pada tahap yang kurang stabil. Minggu ini sahaja banyak perkara bodoh yang telah aku lakukan. Mujurlah aku masih berapa pada tahap yang masih boleh membuat keputusan yang betul. Aku tidak punya kekuatan lagi untuk benar-benar tekad melakukan perkara yang bodoh tersebut. Tetapi merasanya walau sedikit membuatkan aku tahu dan sedar mengapa ramai orang yang lakukannya.
Bila kita rasa terluka di dalam. Bila melakukan perkara tersebut, sakit hati yang terguris tidak akan terasa lagi kerana semua rasa sakit tersebut tertumpu pada bahagian tersebut sahaja dan bukan pada hati yang lara. Dan buat seketika keperitan hati yang mendalam akan dilupakan. Benda ini sama seperti rokok, sama seperti dadah, orang menggunakannya untuk mendapatkan keseronokan yang hanya seketika. Bila tercapai apa yang dihajati, bagai gugur semua masalah dalam hidup dari atas bahu yang memikul.
Tapi jikalau Facebook terus beroperasi, adakah lebih banyak kesan sampingan yang akan muncul selelas itu. Sejak Facebook menjadi kegilaan orang ramai untuk menjadikan ia sebagai alat perhubungan yang mudah, ramai saja artikel-artikel yang mengecam dan mendedahkan kesan negatif berkenaan dengan obsesi terhadapnya. Kesan terhadap para pelajar, ibu bapa, pasangan yang telah berkahwin, hubungan sosial luar tabii, pornografi dan macam-macam lagi. Semua ini menjadi isu yang sangat membimbangkan semua pihak.
Isu keselamatan dan privasi juga menggusarkan ramai orang. Terdapat pihak-pihak yang menggunakan maklumat-maklumat yang terdapat di dalam profil orang ramai untuk mencari pelanggan yang berpotensi dan juga menggunakan maklumat tersebut untuk memanipulasi kita.
Bayangkan jika semua orang tahu apa makanan dan minuman kegemaran kita dan kemudiannya terdapat pihak yang menggunakan maklumat tersebut untuk meracun makanan dengan niat ingin mencederakan kita dan maklumat tersebut di dapati daripada akaun Facebook.
Masih banyak terdapat kelemahan dan kekurangan dalam Facebook, namun pada masa yang sama banyak juga kebaikan. Aku berhubung semula dengan cikgu aku semasa di sekolah rendah semula, berjumpa dengan rakan-rakan aku semasa di sekolah rendah, teman-teman yang aku jumpa semasa pergi ke pertandingan-pertandingan dan juga berkenalan dengan ramai kawan-kawan baru. Selain daripada itu, Facebook telah memudahkan pertukaran maklumat dengan pantas selain daripada penggunaan telefon. Infomasi-infomasi terkini berkaitan dengan keadaan sekeliling dan keadaan sesebuah intitusi tempat seseorang bernaung dapat diketahui dengan mudah dan macam-macam lagi kebaikan yang ada.
Walaupun wujud keadaan seperti ini, kita sebagai seorang yang mampu untuk berfikir dengan rasional dan berwibawa sewajarnya tahu untuk memilih keputusan yang baik untuk diri kita. Bijak memilih mana yang boleh dikongsi dan mana yang patut kekal misteri. Walaupun ramai yang menyelewengkan kemudahan yang ada ini janganlah kita menjadi selah seorang daripadanya. Jangan katakan kalau orang lain boleh kenapa aku tidak, kerana jika kita melakukan perkara seperti itu, apa bezanya kita dengan mereka. Jadi, fikir-fikirkanlah.
Akhir sekali, untuk beberapa ketika ini, alak komunikasi aku dengan dunia luar hanyalah telefon aku dan email serta blog ini. Sekian.
Baiklah berbalik kepada isu akaun facebook aku yang telah aku hentikan. Sebenarnya tindakan tersebut hanya untuk sementara. Bukanlah tetap. Saja nak tengok apa yang akan jadi kalau aku tidak mempunyai akaun facebook.
Walaupun pada mulanya agak sukar untuk aku mengambil langkah ini namun aku gagahi juga. Ternyata agak sukar bagi seseorang yang telah lama menggunakan khidmat facebook untuk berhenti daripada menggunakannya. Setelah sekian lama aku berhubung dengan ramai orang dengan facebook, terasa bagaikan terputus jangkauan dengan ramai orang begitu sahaja, dengan hanya satu klik sahaja. Cuba bayangkan jika khabar angin yang menyatakan bahawa facebook akan ditutup pada bulan Mac ini menjadi realiti, aku pasti ramai kenalan-kenalan lama yang bertemu semula di Facebook akan terputus hubungan semula.
Tapi jikalau Facebook terus beroperasi, adakah lebih banyak kesan sampingan yang akan muncul selelas itu. Sejak Facebook menjadi kegilaan orang ramai untuk menjadikan ia sebagai alat perhubungan yang mudah, ramai saja artikel-artikel yang mengecam dan mendedahkan kesan negatif berkenaan dengan obsesi terhadapnya. Kesan terhadap para pelajar, ibu bapa, pasangan yang telah berkahwin, hubungan sosial luar tabii, pornografi dan macam-macam lagi. Semua ini menjadi isu yang sangat membimbangkan semua pihak.
Isu keselamatan dan privasi juga menggusarkan ramai orang. Terdapat pihak-pihak yang menggunakan maklumat-maklumat yang terdapat di dalam profil orang ramai untuk mencari pelanggan yang berpotensi dan juga menggunakan maklumat tersebut untuk memanipulasi kita.
Bayangkan jika semua orang tahu apa makanan dan minuman kegemaran kita dan kemudiannya terdapat pihak yang menggunakan maklumat tersebut untuk meracun makanan dengan niat ingin mencederakan kita dan maklumat tersebut di dapati daripada akaun Facebook.
Masih banyak terdapat kelemahan dan kekurangan dalam Facebook, namun pada masa yang sama banyak juga kebaikan. Aku berhubung semula dengan cikgu aku semasa di sekolah rendah semula, berjumpa dengan rakan-rakan aku semasa di sekolah rendah, teman-teman yang aku jumpa semasa pergi ke pertandingan-pertandingan dan juga berkenalan dengan ramai kawan-kawan baru. Selain daripada itu, Facebook telah memudahkan pertukaran maklumat dengan pantas selain daripada penggunaan telefon. Infomasi-infomasi terkini berkaitan dengan keadaan sekeliling dan keadaan sesebuah intitusi tempat seseorang bernaung dapat diketahui dengan mudah dan macam-macam lagi kebaikan yang ada.
Walaupun wujud keadaan seperti ini, kita sebagai seorang yang mampu untuk berfikir dengan rasional dan berwibawa sewajarnya tahu untuk memilih keputusan yang baik untuk diri kita. Bijak memilih mana yang boleh dikongsi dan mana yang patut kekal misteri. Walaupun ramai yang menyelewengkan kemudahan yang ada ini janganlah kita menjadi selah seorang daripadanya. Jangan katakan kalau orang lain boleh kenapa aku tidak, kerana jika kita melakukan perkara seperti itu, apa bezanya kita dengan mereka. Jadi, fikir-fikirkanlah.
Akhir sekali, untuk beberapa ketika ini, alak komunikasi aku dengan dunia luar hanyalah telefon aku dan email serta blog ini. Sekian.
No comments:
Post a Comment