20.5.11

ISTIDRAJ

AKU TIDAK SOLAT...TETAPI AKU TETAP BERJAYA...itu adalah istidraj...apa itu ISTIDRAJ???

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?
Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Inilah yang selama ini aku cuba untuk sampai selama ini... Alhamdulillah...syukur..akhirnya dapat juga berkongsi ilmu dan luahan hati.. huhu...

Terima kasih juga kepada tuan punya content.. tq..

Sekian~








Hipokrit~

Sejauh mana perbuatan seseorang itu akan diklasifikasikan sebagai hipokrit??

Kalau dia selalu pergi ke surau...selalu beribadah pada hujung minggu d gereja...selalu ke kuil dan sebagainya tetapi masih berkelakuan seperti orang jahat...adakah orang tersebut akan kita panggil sebagai hipokrit?

a person who pretends to have virtues, moral or religious beliefs, principles, etc., that he or she does not actually possess
di atas neh adalah maksud hipokrit berdasarkan Dictionary.com....huhu...jadi kalau kita jadikan perkara ini sebagai rujukan..maka mudah kita katakan bahawa walaupun dia seorang yang selalu kita nampak di tempat-tempat yang, InsyaAllah, terhindar daripada perkara-perkara yang tidak baik..tidak semestinya dia seorang yang baik.. huhu...rasanya ada betul tentang kenyataan ini kan?? sebab kalau benar sempurna amalan seseroang itu pasti akan terhindar daripada perkara-perkara yang mungkar dan yang telah di larang oleh Tuhan..namun kita sememangnya cuma manusia yang biasa...sentiasa melakukan kesilapan...alasan yang sering kali saja kita dengar...alasan yang sering kali saja saja menitip bibir insan yang bergelar hamba Tuhan...

Mungkin juga ada orang yang akan cakap yang aku neh kalau dalam blog neh...banyak jak cakap Tuhan..banyak jak cakap pasal Syukur-syukur la....pada DIA...tapi kalau tengok di luar..lain...macam ada dua persona yang berbeza bila menulis blog..bila berada di luar...tapi kenyataan nya memang insan yang orang nampak di luar dan insan yang menulis blog ini ada insan yang serupa luar dan dalam...apa yang menjadikan suatu perbezaan adalah...yang berada di luar itu adalah insan secara lahiriah...dan insan yang menulis di dalam blog adalah luahan hati dan perasaan yang tidak mampu untuk diterjemah kepada bentuk tingkah laku..maka dengan kata-kata lah segalanya di luahkan.. huhu..

dalam hidup ini..pasti akan ada masalah...dalam hidup pasti ada penyelesaian...dalam hidup pasti ada mati...dalam mati pasti ada kehidupan...

Sekian~

Materialistik~

Ada orang yang sangat sangat sayang kepada wang ringgit dan juga barang-barang yang mereka ada...ada juga yang tak kisah sangat kalau ada duit atau tak ada...kalau mereka punya barang-barang tue dah rosak atau rosak secara tidak sengaja atau tidak.. huhu..semua perbuatan mereka ni menjadi salah satu petanda awal tentang personaliti diri mereka.. huhu..

Macam aku aku tak kisah sangat pasal duit...kalau perkara tersebut melibatkan perkara makan dan minum.. hihi..tapi kalau pasal nak beli barang-barang mesti aku akan buat penilaian...Keperluan atau Kemahuan... huhu...kalau sememangnya dan ternyata dengan jelas sekali bahawa barang tersebut adalah satu keperluan.. maka tanpa segan silu.. pasti akan di beli benda tersebut.. huhhuhu...tapi jika benda yang menjadi idaman dan keingin tersebut hanyalah suatu kemahuan yang bertunjangkan nafsu semata...maka perlu di fikirkan dengan sedalamnya.. huhu.. dengan mengambil kira BANYAK faktor-faktor yang lain.. huhu..

Aku bukannya daripada keluarga yang berada...tapi aku bersyukur kerana aku masih lagi mampu untuk mendapatkan apa yang aku mahu..bukan mahu menunjuk-nunjuk..tapi sekadar peringatan kepada aku (dan mungkin orang lain juga) bahawa aku sangat beruntung jika dibandingkan dengan orang-orang lain yang walaupun berada dalam keluarga yang mampu..tapi atas kekakangan yang tidak dapat dielakkan maka tidak mampu untuk mendapatkan apa yang diinginkan...

terima kasih kepada daddy n mummy yang selalu berusaha.. huhu.. nanti sia balas jasa kmurang k.. huhu..

Sekian~

Aku nak tapi....

Hari tue aku bersembang dengan kawan aku...antara inti pati perbincangan yang agak keanak-anak itu adalah tentang betapa beruntungnya kawan kepada kawan aku ni..yang mampu untuk mendapat apa sahaja yang dia nak.. tiap-tiap bulan dapat duit belanja sampi RM300++...tapi yang sedihnya dia seorang anak tunggal...bila balik rumah..sunyi..

Perkara ini membuatkan aku terfikir tentang betapa ADIL nya DIA...aku percaya... bila DIA ambil sesuatu daripada kita..nexcaya DIA akan beri sesuatu yang lebih baik kepada kita..mungkin apa yang kita hajati itu bukanlah keputusan yang terbaik untuk kita maka dengan kekuasaannya dia boleh menjadi kan apa yang lebih baiki itu suatu kenyataan...

Sama keadaan seperti ustaz aku dahulu...seorang pelajar yang cemerlang tapi kenapa dia tidak dapat melanjutkan pelajaran ke tempat yang lebih gah...tetapi akhirnya menjadi seorang pendidik...beliau berkata...mungkin DIA tahu..jika ustaz ku itu meneruskan pelajaran di institusi yang lebih gah dan ternama..mungkin sahaja dia akan lupa dan alpa dengan tujuan sebenarnya ada di atas muka bumi itu..maka dengan kuasa yang ada pada DIA...dipeliharalah akhlak dan sahsiah nya dan akhirnya menjadi seorang pendidik yang mampu membentuk kain yang putih dan suci menjadi seorang yang berguna pada masa hadapan...

Maka bersyukur dengan apa yang kita ada...walaupun sekecil mana...walaupun sebesar mana...

Sekian~

17.5.11

Selamat Hari Guru

Profesion keguruan kini sangat berbeza dengan masa dulu... semasa kita masih lagi di bangku sekolah...orang yang berdiri di hadapan kelas..membawa buku dan rotannya...dipandang tinggi dengan ilmu dan pengetahuan yang ada pada dirinya...namun pada masa kini...nampak seperti kerjaya keguruan ini dipandang ringan dan tidak lagi menjadi satu pilihan kerjaya kepada anak-anak muda masa kini...malah pilihan kerjaya menjadi guru ini menjadi pilihan yang terakhir selepas usaha mengecap cita-cita yang mendalam tidak kesampaian...ada pula yang sekadar mengikut kata ibu dan bapa...kerana tidak mahu menderhaka..maka dituruti kemahuan mereka...

Macam-macam sebab... macam-macam cerita yang kita dengar...ada ibu bapa yang isi borang..tahu-tahu..kena pergi temuduga...ada yang isi sendiri...senyap-senyap tanpa pengetahuan ibu bapa...lagi dahsyat...sampai saat keluar keputusan dapat atau tidak baru lah ibu dan ayah tahu..wah..memang salut lah dengan orang macam tue...huhu..macam-macam kisah yang kita dengar..

Dulu yang kita tahu kalau nak jadi cikgu neh...senang jak kerja..masuk kelas..mngajar pastu keluar kelas...tapi itu masa budak-budak..hingus pun masih lagi meleleh...belum mengerti apa-apa lagi...tapi sekarang ni..bila sudah matang sedikit...sudah melihat apa sebenarnya erti menjadi seorang guru itu..banyak yang tidak kita ketahu..isu-isu yang menjadi hijab dan penghalang kepada kejayaan seorang guru untuk mendidik anak-anak bangsa MASA KINI...

Kenapa aku tekankan MASA KINI? sebab dulu tidak ada masalah yang timbul seperti mana masalah yang sering kali menghiasi muka hadapan akhbar-akhbar....kalau sedari dulu lagi masalah seperti ini muncul...mana mungkin ada ada pemimpin-pemimpin yang kita ada sekarang...mana mungkin akan berkembang negara kita seperti mana yang kita mampu lihat kini...

Tapi...siapa yang perlu dipersalahkan...? siapa yang bersalah...? siapa yang patut mengaku bersalah...?

adakah semuanya salah guru yang berusaha untuk mengajar anak-anak..? adakah salah ibu bapa yang pada masa kini seperti meletakkan beban mengasuh anak 100% keatas bahu guru-guru, dan bila ada kesilapan maka dituding kearah guru? adakah salah kerajaan yang tidak mampu untuk membentuk sistem pendidikan yang berjaya? adakah salah anak-anak yang cuma mahu mengenal dunia..cuma mahu membentuk pengalaman dan mencari identiti diri? siapa yang salah sebenarnya?

Semuanya bergantung kepada dimana anda berdiri...

Namun...walaupun apa yang berlaku...kita sentiasa ada tempat mengadu...DIA...

SELAMAT HARI GURU..

Sekian~

5.5.11

Janganlah Macam Tu...

Bergurau memang boleh tapi kena faham lah..benda yang boleh nak bawa main-main...dengan benda yang kena ambil serious...kena pandai beza benda-benda ni..bukannya main belasah jak buat lawak bodoh...

Banyak perkara yang kena kita ambil kira kalau nak buat lawak tue...kena tengok kalau waktu tue sesuai ka nak buat lawak...tak kan lah nak buat lawak waktu ada kematian orang...sangat lah tidak sesuai...kemudian..kena ambil kira isu yang kita jadikan sebagai bahan jenaka tue... tak mahu la..ada isu-isu sensitif seperti perkauman dijadikan bahan jenaka...huhu..ni adalah antara perkara asas yang perlu diambil perhatian...supaya...tidak akan ada mana-mana pihak yang akan terluka atau terasa dengan jenaka tersebut.... lawak jenaka sepatutnya membuat orang tertawa dan gembira bukannya menyebabkan duka dan tangisan...huhu...

Sekian~

4.5.11

Pasti Ada Hikmahnya....

Dulu pernah ada orang cakap dekat aku...bila masa kita melakukan satu kejahatan atau kemungkaran...ada dua perkara yang akan berlaku...sama ada tidak ada sesiapa yang tahu akan perlakuanmu itu...dan perkara mungkar tersebut akan berkekalan...atau...sebaik sahaja kamu melakukan kemungkaran itu...kamu akan ketahuan oleh orang lain...dan kamu tidak akan melakukan perkara terlarang itu lagi...

Bila masa kita melakukan kemungkaran....dan tidak diketahui aib tersebut oleh TUHAN...maka perlulah kamu gusar dan khuatir...kerana..di takuti...TUHAN tidak mahu kamu kembali ke jalan kebenaran... dan DIA membiarkan kamu terus leka dengan kemungkaran tersebut... takutlah kerana mungkin ini adalah petunjuk awal bahawa rahmat TUHAN itu sudah tidak ada lagi untuk diri mu....maka perlulah kamu sedar sebelum terlambat....

Bila masa kita melakukan kemungkaran...dan terus sahaja dibuka aib tersebut...ataupun berlaku perkara-perkara yang membendung kamu daripada melakukan kemungkaran itu berulang kali lagi...maka bersyukur lah kamu kerana TUHAN masih lagi berada bersama mu...dan masih lagi memberi peluang kepada kamu untuk kembali ke jalan yang lurus...maka bersyukur lah kamu...

Jadi...bila mana sesuatu perkara itu berlaku...pasti ada hikmah yang tersembunyi...pasti ada suatu kebaikan yang akan mendatang kepada kita...aku percaya..bila TUHAN ambil sesuatu daripada kita..dia akan beri sesuatu yang lebih berharga lagi...InsyaAllah...tak mengapa untuk kita rasa sedih dengan apa yang terjadi tapi jangan sekali mengeluh dan menyalah kan perkara yang telah terjadi...semua adalah takdir yang telah ditetapkan...kita perlu redha...dan tekal menghadapinya..

P.S: Macam-macam perasaan bercampur baur... T^T

Sekian~

Emmm....

Sebenarnya malam neh aku tak terniat pun nak post apa-apa...tapi tadi tiba-tiba aku terpanggil untuk ligat menaip...huhu...pada masa yang sama..aku tak tahu apa yang aku rasa sebenarnya pada ketika dan detik ini...

Pagi tadi lepas sahaja aku habis rehearsal untuk event esok hari...aku terlihat pada papan kenyataan asrama...hoh! berdebar hati insan yang lemah ini...huhu...pada malam ini akan ada satu perjumpaan...dan spekulasi mengatakan bahawa kemungkinan besar pada perjumpaan ini akan diumumkan nama-nama orang yang bertuah untuk terus tinggal di asrama untuk 2 semester lagi...

Pada perjumpaan itu...warden yang bertanggungjawab memberi sedikit penerangan tentang sistem pemilihan dan kriteria-kriteria yang dinilai...dan debaran itu bertambah lagi apabila diberitahu bahawa senarai nama mungkin akan dinaikkan pada esok hari...

Sebaik sahaja aku mendengar perkara itu..perasaan aku bercampur baur... gementar... sedih... takut... gembira... semua nya bercampur aduk...sehinggakan aku menjadi kebas...aku tak tahu nak luahkan perasaan yang mana satu...tapi...

aku rasa sedih bila melihat salah seorang daripada senior aku yang menitiskan airmata menjelaskan bahawa dia sudah cuba yang terbaik...namun kita perlu akur pada orang yang lebih atas daripadanya...dan aku sedar akan hakikat tersebut...aku faham keadaan dia..aku faham bagaimana rasanya memiliki satu autoriti tapi tak mampu untuk berbuat apa-apa...

emm....entahlah...

Sekian~

2.5.11

Penat

Selamat Hari Pekerja kepada semua yang bergelar pekerja..walaupun cuti..masih ada juga orang yang bekerja..kalau tak..tak akan berjalanlah aktiviti harian kita semua..terima kasih kepada mereka yang masih lagi membanting tulang dalam cuti ini...*senyum...

Memandangkan cuti hujung minggu ini  agak panjang...jadi ramai orang yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung...Teman sebilik aku juga sama...selama 3 malam aku bersendirian.. huhu.. tapi apa kan daya..itulah adat orang merantau..huhu...

Cuti ni..ramai yang beristirehat dan menenangkan jiwa dan raga...tapi bagi aku dan beberapa orang rakanku yang lain masa ini adalah masa untuk menjalankan tanggungjawab dan tugas yang telah diamanahkan...huhu..selepas beberapa minggu bertungkus lumus menghasilkan satu karya seni..maka semalam berjaya kami rakamkan dalam kenangan semuanya.. huhu.. walaupun dengan kekurangan orang dan sebagainya..tapi kami maish mampu untuk menghasilkan sesuatu yang bolehlah dikira berjaya.. huhu..

Semoga dengan apa yang kami telah lakukan ini akan berjaya untuk menaikkan lagi nama tempat kami bernaung dan kemudian membuatkan kami lebih berjaya.. huhu..

Sekian~