24.2.11

Ranjau Sepanjang Jalan

Inilah tajuk buku yang perlu kami baca untuk menyelesaikan tugasan bahasa melayu kami yang bakal di terima minggu depan.

Agak sukar juga untuk mendapatkan buku ini kerana banyak kedai buku yang telah aku pergi untuk mencarinya namun banyak kali juga aku telah di kecewakan. Tetapi pada hari yang sungguh bertuah itu akhirnya aku berjaya untuk mendapatkan senaskah buku ini.

Pada mulanya cerita ini agak mengelirukan, kerana terdapat banyak perkataan yang tidak biasa bagiku. Namun aku teruskan membaca. Isi kandungannya tidaklah serancak mana, namun pengisiannya cukup berat sekali. Nilai dan isi yang cuba untuk disampaikan diberi penekanan yang cukup kuat dengan pengulangan kata-kata dan penegasan kepada pegangan hidup watak-watak yang terdapat di dalamnya.

Terdapat juga satu ketika dalam cerita ini yang membuat aku rasa begitu sebak, kerana gaya penulisan dan situasi yang diterangkan pada ketika itu cukup tepat sekali. Menyebabkan kesannya terhadap aku begitu mendalam.

Apa yang boleh ku katakan tentang cerita ini adalah, ia merupakan suatu cerita yang berjaya menyampaikan isi dan maksud yang ada didalamnya dengan mudah dan berkesan. Oleh yang demikian tidak rugi untuk membacanya. Sekian.

23.2.11

SSshhhhhHH...

dalam hati memang aku nak jerit...tapi fikir yang diorg tue member.. jadi tak jadi lah nak tepekik macam orang tak betul...

masa kat sekolah dulu mesti korng pernah blajar psal adap kan?

terutama pasal adap masa tengah menuntut ilmu.. tapi kadang-kadang tue..apasal buat perangai macam tak pernah belajar?

kadang tue.. boleh buat bising-bising...waktu-waktu tgh boring-boring boleh la buat lawak tak jadi skejap.. boleh la gelak-gelak ckit..sekadar nak hidup kan suasana tu balik..

tapi bila waktu ada org tengah mengajar..waktu ada orang nak bagi kita pandai.. dok tgh pot pet..pot pet kat depan tue.. dengar la..

jangan sibuk nak story-story psal hdup korg..byk lagi masa yg BUKAN DLAM KLAS... untuk citer benda tue semua.. knapa waktu kelas juga nak story?

tak ckup masa yg Tuhan dh bagi dkat kita neh? emm.. rsa nya sangat cukup smpi ada masa yg terbuang mcam tue sja.. kan?

aku tau korg pandai, tapi hormat la org yg KURANG PANDAI neh.. yg tgh berusaha untuk jd pndai...

dulu boleh tahan lagi.. tapi sekarang neh.. dh macam keterlaluan dh.. so.....

sapa yg terasa..bgs la.. mksud nya..sedar jgak diri tu.. huhu...k lah.. sekian...

21.2.11

Assignment

sekarang neh busy sangat2.. sebab skarang neh tengah berlambak dengan tugasan. dari hari jumaat yang lalu sampai la hari ahad tue, aku berusaha dengan bersungguh-sungguh tapi masih juga tidak berjaya untuk menyelesaikan dengan cemerlangnya. Fuh... tapi tak apa.. masih ada masa dan peluang lagi untuk menyiapkannya. semoga berjaya kepada aku... sekian.

14.2.11

Umur Sebenar

Tadi aku baru lepas blogwalking, maka terjumpalah aku dengan sesuatu yang sangat best bagi aku. Mengetahui umur sebenar anda. Banyak sudah aplikasi-aplikasi yang seperti ini bolh kita temui. Tapi bagi aku setakat ini, aplikasi ini lebih interaktif daripada yang lain yang pernah aku cuba.

sesiapa yang berminat bolehlah mencuba dengan klik di sini.

Tapi kalau ada sesiapa yang mencuba aplikasi ini, dan ingin mendapat keputusan yang baik dan benar. Jujurlah ketika memberikan jawapan. Janganlah asyik bagi jawapan yang terbaik sahaja. Kalau macam tu memanglah yang terbaik sahaja yang akan anda dapat. Apa pun, selamat mencuba. Sekian.

Penat

Sangat penat. Balik saja terus baring atas katil. Baring saja atas katil tu, terus tertidur. Adui. Tengok betapa penatnya aku.

Hairan kenapa? Sebab dari hari Jumaat yang lalu aku ada latihan untuk suatu pertandingan. Pertandingan itu sepatutnya pada 12hb Februari yang lalu tapi telah ditunda. Oleh yang demikian, kami meneruskan latihan yang intensif bagi memantapkan lagi persembahan kami.

Dari hari Jumaat yang lalu sehingga hari ini. Betapa penat dan sakit kaki. Tapi demi untuk pertandingan yang bukan selalu ada, kesempatan dan peluang yang ada digunakan dengan sepenuhnya.

Sebenarnya aku gementar sebab aku tak gementar. Sebab selalunya aku akan nervous gila-gila. Sampai boleh tengok degupan jantung aku dari luar baju. Sampai begitu sekali. hahahaha!!

Aku takut aku tak gementar sebab aku takut kalau aku leka. Aku takut kalau aku terlalu selesa sampai aku akan buat sambil lewa. Sebab itu kadang-kadang penting untuk ada perasaan gemuruh dan gementar supaya kita sentiasa berwaspada.

Bila kita terlalu selesa dengan kedudukan kita sekarang, banyak perkara yang akan terlepas pandang. Contohnya, seorang penari, walaupun seorang penari sudah hafal dan ingat langkah-langkahnya, dia masih berkemungkinan untuk melakukan kesilapan jika dia berada dalam keadaan yang terlalu selesa. Oleh kerana selesa dengan keadaan tersebut dia pun tidak menumpukan sepenuh perhatian ketika sesi-sesi latihan dan tidak berusaha untuk terus mengingati langkah-langkah dan pola-pola yang telah ditetapkan. Oleh itu kadang-kadang perlu juga ada perasaan gementar dan gemuruh.

Sebenarnya aku tak ada idea sangat tentang apa yang aku nak post. Jadi inilah hasilnya. Sekian.



10.2.11

Uciss Pnya post.....

ni bkan Adzmin yg tulis...
ni Uciss...
hahaha...
min tgh mandi skrang ni...
so aq hack dia pya blog skrang ni...

tp masalahnya...
aq x tao nal tulis ape....
ermm.....
ntah la...
aq nak kutuk min la...
hahahaha...
tp...
kesian la plak...

opss... dia da blik bilik...
log off.... log off...
ehh... post dulu bnda alah ni....

9.2.11

Lirik Lagu Bunga Citra Lestari Aku Tak Mau Sendiri

Intro : D F#m Bm A D G F#m Em A


D Bm

Sejak ia pergi dari hidupku

Em A

ku merasa sepi

D Bm

Dia tinggalkan ku sendiri disini

Em A

Tanpa satu yang pasti


*

Bm A

Aku tak tahu harus bagaimana

F#m Bm

Aku merasa tiada berkawan

Em A

Selain dirimu,,,,selain cintamu,,,,


ref

D F#

Kirim aku malaikatmu

Bm A

Biar jadi kawan hidupku

G A G A

Dan tunjukkan jalan yang memang kau pilihkan untukku

D F#

Kirim aku malaikatmu

Bm A

Karna ku sepi berada di sini

G A D

Dan di dunia ini aku tak mau sendiri



D Bm Em A

Tanpa terasa ku teteskan air mata ini

D Bm Em

Yang tiada berhenti mengiringi kisah dihati



back to *

back to ref
 
Credits to Sumur Download.

Hepy Birthday


Gambar-gambar sempena hari jadi sofia! Wawa minta di muatnaik ke dalam Facebook tapi malang sekali buat masa ini facebook aku tidak ada jadi inilah yang terbaik buat masa ini. Apa pun, Enjoy! sekian.

7.2.11

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

Entri kali ini aku rasa nak support seorang blogger punya impian lah, dengan harapan dapat lah tarik traffic dalam blog ni. Aiseh.. ahhahahaha!!! Tapi itu bukan tujuan utama join benda ni. Niat aku nak sokong perjuangan dia mencapai 1000 blog dalam 3 hari. 

Ok, kita teruskan. 

Pertama sekali perlu buat satu entri lah macam biasa. Ok done.

Kemudian letak banner En Ben Ashaari di dalam entri.



Lepas itu letak tajuk entri tu,

Gegar 1,000 Blog Oleh Ben Ashaari


ok, kemudian tulis lah... dan siap! Semoga berjaya En Ben Ashaari!! Sekian.

SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??


KFC

Wah! Tengah hari tadi selepas penat berusaha bersungguh-sungguh, kami telah diberikan kejutan. Aiseh, banyaklah kejutannya. Bukanlah kejutan sebenarnya ada orang tu yang menunaikan janjinya. Beberapa minggu yang lalu dia telah berjanji untuk membelanja kami makan.

Jadi pada kesempatannya yang kali ini, dia berjaya menunaikan janji tersebut. Alah, bukan pegi makan di mana pun. Tempat yang biasa-biasa saja. Tidak lain dan tidak bukan...

jeng... jeng... jeng... ceh, apa lah.

Tengok tajuk post dah tahu makan di mana. Semestinya 'Sehingga Menjilat Jari' tempat kegemaran ramai, Kentucky Fried Chicken.

Berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat aku ambil semasa mengisi tanki aku tadi. Sebab berada dalam mod pengisian perut, maka tidak sempat untuk menukar kepada mod penangkapan gambar-gambar kenangan.

Maka dengan itu, cuma sedikit sahaja gambar yang sempat aku rakamkan. Terimalah. Enjoy. Sekian.

Mengidamkan KFC sejak beberapa minggu yang lalu
Budak Kecik
"Hai, nama saya Ayam"
Sempat juga posing.
"Ngap!"
Fosil yang ditemui di KFC

"Habis madu, Sepah dibuang"

Bila dah kenyang. 
P.S: Mintak maaf kepada sesiapa yang tidak menginginkan gambar-gambarnya berada di sini. Sila rujuk kepada Tuan Punya Blog untuk tindakan selanjutnya. Dan tidak dilupakan penghargaan yang teramat kepada tuan punya badan yang telah mengorbankan fulusnya, jutaan terima kasih diucapkan. Hehehehe... Sekian.

6.2.11

Tak Sedap Hati

Hah! Jangan nak buat lawak bodoh. Bukannya aku masak hati sampai rasa hati itu tidak sedap,tapi perasaan yang aku rasa sekarang ni. Aku rasa macam ada sesuatu yang tidak kena. Bukanlah sepertinya aku meminta-minta untuk ada sesuatu yang buruk akan berlaku. Cuma perasaan aku saja yang membuatkan aku rasa macam itu.

Tapi tak tahu lah kenapa, minggu ni saja macam-macam cerita yang menggerunkan yang aku dengar. Baru-baru ni juga kawan aku kemalangan. Mujurlah hanya cedera ringan sehaja. Tidak ada perkara yang buruk berlaku. Semuanya baik-baik belaka. Dia masih lagi mampu berlawak dan menjadi dirinya seperti biasa.

Aku harap lah tidak ada perkara yang buruk akan terjadi kepada sesiapa termasuklah diri aku. Jarang benar aku akan merasa perkara seperti ini. Jadi aku sangatlah susah hati pada ketika ini. Sesak nafas aku dibuatnya.

Aku hanya mampu berserah kepada Nya agar tidak ada musibah yang akan mendatang. Amin. Sekian.

5.2.11

Jom Join Bloglist Burungman

Blogger ini adalah salah seorang daripada kawan aku semasa di sekolah menengah dulu. Sebenarnya tidak ku sangka bahawa dia adalah seorang yang sangat aktif berblogging sehinggalah beberapa bulan yang lepas. Tapi perlu aku akui entry-entry yang ada di dalam blognya selalunya memang menarik perhatian aku. Isu-isu (aiseh.. isu-isu..hahahah!!) yang diketengahkan sangat memberangsangkan. Oleh yang demikian bagi menunjukkan sokongan aku terhadap dirinya aku pun membuat keputusan untuk masuk kempem bloglist yang di anjurkan olehnya. Blogger yang dimaksudkan ialah.... jeng...jeng...jeng... BURUNGMAN!!!

Ok. Pertama sekali perkara yang perlu dibuat ialah, macam biasa, followlah blog dia ni.

*click..*click.. *click.. (owh.. rupanya aku belum lagi follow blog dia ni.. adui.. hahaha!!)

Then, buat entri berkaitan dengan bloglist ini..

*click... *click... *click.. ok.. sudah...

Selepas itu, letak lah banner dia ni.. jap2...

*click... *click.. *click...

Ok, sudah. Kemudian..?

Kena buat satu cerpen yang bertajuk 'Burungman Superhero Malaysia'....

Emm..tapi yang ini optionalkan? hehehe.. tak apa, kalau dah ada idea datang mencurah-curah aku tambah la nanti.

Eh! Sekejap! aku rasa idea seperti sudah datang. Eh? Minta maaf, false alarm.. hahahaha!!!

Ok lepas tu selalunya mesti kena tag-tag orang kan.. emm.. ok2..





Teacher Wani

Kepada Burungman Sudah di buat semua yang dirimu inginkan kami lakukan jadi apa lagi, masukkan lah blog ini di dalam list itu. heheheeh... sekian..

Reading... For Real??

Entah la kenapa sejak kebelakangan ini aku macam mula suka kepada aktiviti aku yang dulunya aku sangat rajin untuk lakukan. Tidak lain dan tidak bukan membaca.

Ya, aku memang suka membaca dan aku harus berterima kasih kepada mak aku sebab mendedahkan aku kepada pembacaan. Oleh kerana mak aku kerja di tempat yang dipenuhi dengan buku-buku, aku sememangnya terdedah kepada bahan-bahan tulisan sejak dari awal lagi dan aku semamangnya sangat suka kepada buku. Kalau dulu aku masih ingat lagi aku selalu saja teringin untuk membaca buku-buku yang tebal-tebal. Ala-ala nak jadi macam orang dewasalah, membaca buku yang tidak ada lukisan. Sebaik sahaja aku tahu untuk membaca aku mula untuk membaca buku-buku sedemikian.

Dulu aku jarang sekali membaca buku-buku dalam bahasa melayu. Selalu sahaja baca buku-buku dalam bahasa kedua, bahasa inggeris. Bukan sebab hebat dalam bahasa tersebut tapi kerana pendedahan terhadap bahasa inggeris lebih daripada buku-buku bahasa melayu. Mungkin itu juga sebabnya aku selesa dengan  bahasa tersebut dan tidak janggal untuk menggunakannya.

Bila umur semakin meningkat dan pemikiran semakin matang, kesedaran tentang keperluan kemahiran dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris semakin meningkat dan aku mula untuk seimbangkan bahan-bahan pembacaanku. Pernah suatu ketika aku terlalu taksub dengan satu-satu bahasa, sehinggakan kemahiran ku terhadap bahasa yang lain terus hilang begitu sahaja.

 Lucu, tapi itulah kebenaran yang terjadi. Tapi kadang-kadang bukan selalu aku dapat meluangkan masa untuk melakukan aktiviti kegemaran aku ini, kadang-kadang masa dan keadaan tidak mengizinkan.

Dan sekarang ini aku teringin untuk membaca semula, bermula dengan buku yang di karang oleh cikgu aku, dan juga buku yang aku baru terjumpa tempoh hari. Aku harap agar benda yang baik ini mampu untuk berterusan. Sekian.

Sentuhan Rindu

Yeah!!!

Akhirnya aku berjaya mendapatkan satu salinan buku yang di tulis oleh cikgu aku!!

Tajuk buku ni ialah Sentuhan Rindu. Sebenarnya sudah lama berada di pasaran sejak tahun lalu lagi, namun aku sering kali tidak berkesempatan untuk mendapatkannya. Selalu saja terlepas dan tidak bertuah. Namun kali ini apabila aku ternampak di depan mata cepat-cepat aku mencapainya dan terus aku beli. Iyalah, bukan selalu kita dapat membaca sesuatu hasil nukilan dan buah fikiran guru yang mengajar kita. Jadi sekarang misi jangka masa pendek, adalah untuk menghabiskan bacaan buku ini. Sekian.

4.2.11

Zoo Negara (chapter 2)

Ini adalah bahagian kedua untuk kisah ke zoo negara yang lalu. Gambar-gambar yang sempat aku ambil dan dijadikan kenangan buat semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Enjoy!

Pertama kali pegang ular
Dunia Iza
*click~
Zirafah~
Gajah
Bagi makan
Tak tahu binatang apa ni
Singa Afrika
Munyit2~
Perhati betul-betul ada spesies baru..hehehe
Posing sebentar..
Pose dekat tandas...
Panorama...tapi tak jadi.. huhu..
Inilah antara gambar-gambar yang sempat di ambil, ada banyak lagi tapi yang lain tak lawa. Jadi perlu ditapis dahulu sebelum boleh dijadikan tatapan umum. Sekian.

Zoo Negara

Hari itu merupakan hari yang agak mencabar bagi aku bersama dengan rakan-rakan aku dari Bumi Kenyalang. Pada hari ini kami semua telah pergi melawat ke Zoo Negara. Pada mulanya perancangan nak pergi esok, tapi di sebabkan oleh sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan kami pun pergilah pada hari ini. 

Perjalanan bermula apabila Iza menghantar pesanan ringkas kepada aku bertanya tentang rancangan ke zoo. Kemudian, hasil perbincangan dan aktiviti telefon menelefon dan aktiviti bangun membangunkan orang-ornag kampung, barulah kami dapat memulakan langkah pertama untuk ke destinasi.

Kami menaiki bas untuk ke sana, boleh dikatakan perjalanan menaiki bas untuk ke sana mengambil masa hampir sejam. Tidak seorang pun daripada kami yang tahu untuk pergi kesana dengan menaiki bas kerana walaupun Iza pernah ke sana sebelum ini, itu pun dengan menaiki kenderaan persendirian dan bukan pengankutan awam. Oleh yang demikian, berlakulah adegan bertanya dan bersoal jawab dengan orang-orang yang ada di sekeliling termasuklah abang polis. Setelah dapat menaiki bas yang sepatutnya hati berasa agak lega kerana tahu bahawa kami berada di landasan yang benar.

Perjalanan yang panjang ke sana menyebabkan kami mengambil kesempatan untuk melelapkan mata untuk mengembalikan tenaga yang telah digunakan semasa mencari bas tadi. Perjalanan yang panjang menyebabkan kami mampu untuk melelapkan mata buat suatu jangka masa yang agak panjang. 

Tanpa kami sedari sudah tiba di tempat yang di tuju. Zoo Negara.

Kami pun bergerak menuju ke sana dengan hati yang berkobar-kobar (berkobar-kobar lah sangat..). Ceritera yang lain aku rasa biar gambar-gambar yang ada menjadi pencerita yang lebih baik. Enjoy!

Tunggu bas pun sempat bergaya.

Dah sampai~

Dari Kiri; Iza, Sab, Amna, Wani.

Pertunjukan jam 3.
Mainan semata.
Ngap!
Belakang aku tu, tempat Babi Hutan.
Geng Sowt~

Kiyut~
Aiman~ hehehe
Senyuman palsu..hehe
Kiss kiss~
Dalam hati cuak dah..hahaha!
Padahal mula-mula takut...
Ini adalah antara gambar-gambar yang berjaya dirakamkan. Jangan risau ada lagi. Gambar-gambar yang selebihnya akan menyusul tiba. Sekian. 


 


CUTI

3.2.11

Deactivate Facebook (Chapter 2)

Hari masuk hari yang ke-4. Hari ke-4 akaun Facebook aku tidak aktif. Namun tenyata aku masih mampu untuk bernafas di atas muka bumi ciptaanNya. Syukur.

Walaupun, aku harus akui memang perasaan itu wujud. Jauh di sudut hati aku, ada perasaan itu. Perasaan untuk mengaktifkan semula Facebook aku, perasaan untuk berkomunikasi dengan orang lain.

Aku tak tahu apa yang sedang terjadi di dalam dunia maya Facebook. Aku seperti terputus hubungan dengan semua orang. Aku bagaikan hidup sendiri tanpa Facebook. Namun aku ingin mencuba untuk berhenti daripada sesuatu yang sudah menjadi sebahagian daripada aku.

Wujudnya facebook memang memudahkan banyak kerja. Walaupun berjauhan kita masih mampu untuk kekal berhubung antara satu dengan yang lain. Namun kadang-kadang perasaan perlu untuk kekal online menyebabkan diri menjadi tidak terkawal. Bukan semua orang seperti itu, namun ADA yang bertindak sebegitu. Salah seorang daripadanya ialah aku.

Aku ingin lihat apa yang akan terjadi jika aku tidak memiliki facebook. Jika tidak ada apa-apa yang berlaku, mungkin aku akan terus berhenti daripada menggunakannya, jika ramai yang memerlukan aku menggunakannya aku rasa barulah aku akan mengaktifkan semula Facebook aku.


2.2.11

53 Followers

Hingga ke hari ini, jumlah pengikut yang membaca blog ini (kononnya) sudah mencecah 53 orang. Suatu perkara yang agak mengejutkan sebab dulu semasa membuat keputusan untuk membuat blog, tidak pernah terfikir untuk ada follower kerana niat asal membuat blog ini sekadar sebagai diary maya. Aku tidak kisah kalau ada pembaca atau tidak. Sekadar untuk menyedapkan hati sendiri sahaja. Tapi kini setelah beberapa tahun memblogkan segalanya, aku rasa sudah tiba masa untuk mempromosikan blog ini. Jujur aku katakan kadang-kadang cemburu melihat entry teman-teman yang saban hari ada komen-komen ada respon-respon daripada pembaca. Namun begitu masih juga aku bersyukur dengan apa yang ada. 

Senyum selalu... 

KLCC

Tengok tajuk jak mesti korang ingat pegi jalan-jalan pegi bersiar-siar... bersiar2 kepala hotak..hahahaha!! sebenarnya semalam pegi klcc dengan kawan aku...tujuan utama.. mencari buku.. waduh2.. nasib baik la ada tapi tue pun satu biji jak lagi.. jap2.. eh.. silap.. sebuah jak lagi.. so aku neh pun pegi la beli..

sekali.. time tue la juga aku nampak buku neh... buku yang aku mencari selama ini... buku neh istimewa la sikit sebab buku neh hasil nukilan pena menari.. huhuhu... seorang cikgu yang mengajar aku di sekolah dulu... huhuhu.. so mau la juga kan baca mcm mna la rupa isi cerita dia tue kn.. huhu.. tue jak.. jadi beli la juga.. 

sekali... nmpak lagi satu buku neh.. adui.. mcm best.. trus angkat... tidak lagi pikir-pikir... trus ambil.. hahahah!!!

mcm tue la kalu ada fulus lebih sikit.. tp tue kali terakhir la kali shopping-shopping.. lepas neh teda sudah kali.. huhu.. tgu bulan depan la.. tgu duit masuk lagi.. hahahaha!!!

1.2.11

Deactivate Facebook



Kelmarin aku membuat keputusan untuk menghentikan akaun facebook aku. Jujur aku katakan aku tak tahu kenapa aku berbuat demikian. Pada ketika ini, aku berada pada tahap yang kurang stabil. Minggu ini sahaja banyak perkara bodoh yang telah aku lakukan. Mujurlah aku masih berapa pada tahap yang masih boleh membuat keputusan yang betul. Aku tidak punya kekuatan lagi untuk benar-benar tekad melakukan perkara yang bodoh tersebut. Tetapi merasanya walau sedikit membuatkan aku tahu dan sedar mengapa ramai orang yang lakukannya. 


Bila kita rasa terluka di dalam. Bila melakukan perkara tersebut, sakit hati yang terguris tidak akan terasa  lagi kerana semua rasa sakit tersebut tertumpu pada bahagian tersebut sahaja dan bukan pada hati yang lara. Dan buat seketika keperitan hati yang mendalam akan dilupakan. Benda ini sama seperti rokok, sama seperti dadah, orang menggunakannya untuk mendapatkan keseronokan yang hanya seketika. Bila tercapai apa yang dihajati, bagai gugur semua masalah dalam hidup dari atas bahu yang memikul.

Baiklah berbalik kepada isu akaun facebook aku yang telah aku hentikan. Sebenarnya tindakan tersebut hanya untuk sementara. Bukanlah tetap. Saja nak tengok apa yang akan jadi kalau aku tidak mempunyai akaun facebook.
Walaupun pada mulanya agak sukar untuk aku mengambil langkah ini namun aku gagahi juga. Ternyata agak sukar bagi seseorang yang telah lama menggunakan khidmat facebook untuk berhenti daripada menggunakannya. Setelah sekian lama aku berhubung dengan ramai orang dengan facebook, terasa bagaikan terputus jangkauan dengan ramai orang begitu sahaja, dengan hanya satu klik sahaja.

Cuba bayangkan jika khabar angin yang menyatakan bahawa facebook akan ditutup pada bulan Mac ini menjadi realiti, aku pasti ramai kenalan-kenalan lama yang bertemu semula di Facebook akan terputus hubungan semula.

Tapi jikalau Facebook terus beroperasi, adakah lebih banyak kesan sampingan yang akan muncul selelas itu. Sejak Facebook menjadi kegilaan orang ramai untuk menjadikan ia sebagai alat perhubungan yang mudah, ramai saja artikel-artikel yang mengecam dan mendedahkan kesan negatif berkenaan dengan obsesi terhadapnya. Kesan terhadap para pelajar, ibu bapa, pasangan yang telah berkahwin, hubungan sosial luar tabii, pornografi dan macam-macam lagi. Semua ini menjadi isu yang sangat membimbangkan semua pihak.
Isu keselamatan dan privasi juga menggusarkan ramai orang. Terdapat pihak-pihak yang menggunakan maklumat-maklumat yang terdapat di dalam profil orang ramai untuk mencari pelanggan yang berpotensi dan juga menggunakan maklumat tersebut untuk memanipulasi kita.

Bayangkan jika semua orang tahu apa makanan dan minuman kegemaran kita dan kemudiannya terdapat pihak yang menggunakan maklumat tersebut untuk meracun makanan dengan niat ingin mencederakan kita dan maklumat tersebut di dapati daripada akaun Facebook.

Masih banyak terdapat kelemahan dan kekurangan dalam Facebook, namun pada masa yang sama banyak juga kebaikan. Aku berhubung semula dengan cikgu aku semasa di sekolah rendah semula, berjumpa dengan rakan-rakan aku semasa di sekolah rendah, teman-teman yang aku jumpa semasa pergi ke pertandingan-pertandingan dan juga berkenalan dengan ramai kawan-kawan baru. Selain daripada itu, Facebook telah memudahkan pertukaran maklumat dengan pantas selain daripada penggunaan telefon. Infomasi-infomasi terkini berkaitan dengan keadaan sekeliling dan keadaan sesebuah intitusi tempat seseorang bernaung dapat diketahui dengan mudah dan macam-macam lagi kebaikan yang ada.

Walaupun wujud keadaan seperti ini, kita sebagai seorang yang mampu untuk berfikir dengan rasional dan berwibawa sewajarnya tahu untuk memilih keputusan yang baik untuk diri kita. Bijak memilih mana yang boleh dikongsi dan mana yang patut kekal misteri. Walaupun ramai yang menyelewengkan kemudahan yang ada ini janganlah kita menjadi selah seorang daripadanya. Jangan katakan kalau orang lain boleh kenapa aku tidak, kerana jika kita melakukan perkara seperti itu, apa bezanya kita dengan mereka. Jadi, fikir-fikirkanlah.

Akhir sekali, untuk beberapa ketika ini, alak komunikasi aku dengan dunia luar hanyalah telefon aku dan email serta blog ini. Sekian.