Wah! Tengah hari tadi selepas penat berusaha bersungguh-sungguh, kami telah diberikan kejutan. Aiseh, banyaklah kejutannya. Bukanlah kejutan sebenarnya ada orang tu yang menunaikan janjinya. Beberapa minggu yang lalu dia telah berjanji untuk membelanja kami makan.
Jadi pada kesempatannya yang kali ini, dia berjaya menunaikan janji tersebut. Alah, bukan pegi makan di mana pun. Tempat yang biasa-biasa saja. Tidak lain dan tidak bukan...
jeng... jeng... jeng... ceh, apa lah.
Tengok tajuk post dah tahu makan di mana. Semestinya 'Sehingga Menjilat Jari' tempat kegemaran ramai, Kentucky Fried Chicken.
Berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat aku ambil semasa mengisi tanki aku tadi. Sebab berada dalam mod pengisian perut, maka tidak sempat untuk menukar kepada mod penangkapan gambar-gambar kenangan.
Maka dengan itu, cuma sedikit sahaja gambar yang sempat aku rakamkan. Terimalah. Enjoy. Sekian.
|
Mengidamkan KFC sejak beberapa minggu yang lalu |
|
Budak Kecik |
|
"Hai, nama saya Ayam" |
|
Sempat juga posing. |
|
"Ngap!" |
|
Fosil yang ditemui di KFC |
|
"Habis madu, Sepah dibuang" |
|
Bila dah kenyang. |
P.S: Mintak maaf kepada sesiapa yang tidak menginginkan gambar-gambarnya berada di sini. Sila rujuk kepada Tuan Punya Blog untuk tindakan selanjutnya. Dan tidak dilupakan penghargaan yang teramat kepada tuan punya badan yang telah mengorbankan fulusnya, jutaan terima kasih diucapkan. Hehehehe... Sekian.
No comments:
Post a Comment