14.2.11

Penat

Sangat penat. Balik saja terus baring atas katil. Baring saja atas katil tu, terus tertidur. Adui. Tengok betapa penatnya aku.

Hairan kenapa? Sebab dari hari Jumaat yang lalu aku ada latihan untuk suatu pertandingan. Pertandingan itu sepatutnya pada 12hb Februari yang lalu tapi telah ditunda. Oleh yang demikian, kami meneruskan latihan yang intensif bagi memantapkan lagi persembahan kami.

Dari hari Jumaat yang lalu sehingga hari ini. Betapa penat dan sakit kaki. Tapi demi untuk pertandingan yang bukan selalu ada, kesempatan dan peluang yang ada digunakan dengan sepenuhnya.

Sebenarnya aku gementar sebab aku tak gementar. Sebab selalunya aku akan nervous gila-gila. Sampai boleh tengok degupan jantung aku dari luar baju. Sampai begitu sekali. hahahaha!!

Aku takut aku tak gementar sebab aku takut kalau aku leka. Aku takut kalau aku terlalu selesa sampai aku akan buat sambil lewa. Sebab itu kadang-kadang penting untuk ada perasaan gemuruh dan gementar supaya kita sentiasa berwaspada.

Bila kita terlalu selesa dengan kedudukan kita sekarang, banyak perkara yang akan terlepas pandang. Contohnya, seorang penari, walaupun seorang penari sudah hafal dan ingat langkah-langkahnya, dia masih berkemungkinan untuk melakukan kesilapan jika dia berada dalam keadaan yang terlalu selesa. Oleh kerana selesa dengan keadaan tersebut dia pun tidak menumpukan sepenuh perhatian ketika sesi-sesi latihan dan tidak berusaha untuk terus mengingati langkah-langkah dan pola-pola yang telah ditetapkan. Oleh itu kadang-kadang perlu juga ada perasaan gementar dan gemuruh.

Sebenarnya aku tak ada idea sangat tentang apa yang aku nak post. Jadi inilah hasilnya. Sekian.



No comments: