Hari itu merupakan hari yang agak mencabar bagi aku bersama dengan rakan-rakan aku dari Bumi Kenyalang. Pada hari ini kami semua telah pergi melawat ke Zoo Negara. Pada mulanya perancangan nak pergi esok, tapi di sebabkan oleh sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan kami pun pergilah pada hari ini.
Perjalanan bermula apabila Iza menghantar pesanan ringkas kepada aku bertanya tentang rancangan ke zoo. Kemudian, hasil perbincangan dan aktiviti telefon menelefon dan aktiviti bangun membangunkan orang-ornag kampung, barulah kami dapat memulakan langkah pertama untuk ke destinasi.
Kami menaiki bas untuk ke sana, boleh dikatakan perjalanan menaiki bas untuk ke sana mengambil masa hampir sejam. Tidak seorang pun daripada kami yang tahu untuk pergi kesana dengan menaiki bas kerana walaupun Iza pernah ke sana sebelum ini, itu pun dengan menaiki kenderaan persendirian dan bukan pengankutan awam. Oleh yang demikian, berlakulah adegan bertanya dan bersoal jawab dengan orang-orang yang ada di sekeliling termasuklah abang polis. Setelah dapat menaiki bas yang sepatutnya hati berasa agak lega kerana tahu bahawa kami berada di landasan yang benar.
Perjalanan yang panjang ke sana menyebabkan kami mengambil kesempatan untuk melelapkan mata untuk mengembalikan tenaga yang telah digunakan semasa mencari bas tadi. Perjalanan yang panjang menyebabkan kami mampu untuk melelapkan mata buat suatu jangka masa yang agak panjang.
Tanpa kami sedari sudah tiba di tempat yang di tuju. Zoo Negara.
Kami pun bergerak menuju ke sana dengan hati yang berkobar-kobar (berkobar-kobar lah sangat..). Ceritera yang lain aku rasa biar gambar-gambar yang ada menjadi pencerita yang lebih baik. Enjoy!
|
Tunggu bas pun sempat bergaya. |
|
Dah sampai~ |
|
Dari Kiri; Iza, Sab, Amna, Wani. |
|
Pertunjukan jam 3. |
|
Mainan semata. |
|
Ngap! |
|
Belakang aku tu, tempat Babi Hutan. |
|
Geng Sowt~ |
|
Kiyut~ |
|
Aiman~ hehehe |
|
Senyuman palsu..hehe |
|
Kiss kiss~ |
|
Dalam hati cuak dah..hahaha! |
|
Padahal mula-mula takut... |
Ini adalah antara gambar-gambar yang berjaya dirakamkan. Jangan risau ada lagi. Gambar-gambar yang selebihnya akan menyusul tiba. Sekian.
1 comment:
ohhmagaadd min! bila masa korang pergi zoo?? impian akuu..
Post a Comment