29.4.11

Kau Kau...Aku Aku...

Tadi tiba-tiba timbul satu topik yang menarik perhatian aku..isu yang aku maksudkan adalah isu berkenaan dengan kasih sayang antara dua insan...dalam erti kata lain kisah cinta lah..bila dua orang bercinta itu bercouple..perlukah mereka berlagak macam pasangan SUAMI ISTERI?? sedangkah baru menjadi pasangan yang bercinta sahaja..bukan pasangan yang sudah melafazkan akad nikah yang sah...emm..tue yang menjadi topik aku pada hari ini..hihi..

Ada satu cerita..ala cerita nie..memang klise sangat la..perkara yang banyak sangat berlaku..bila sudah berkasih dan sayang antara dua insan...lalu melafazkan kasih dan sayang antara mereka...maka terbinalah satu ikatan janji untuk bersama dalam apa jua keadaan..susah dan senang...

Tapi bila sudah bersama..terdapat pula satu pihak yang menyekat kebebasan pihak yang satu lagi..maka berlakulah perkara-perkara dan adegan-adegan dan senario-senario yang memberi kesan bukan sahaja kepada diri orang yang terlibat secara langsung itu tetapi juga kepada orang disekeliling yang tidak terlibat secara langsung...

Contoh yang paling senang..apabila hidup seseorang itu terkongkong dan diKUASAI oleh pihak yang satu lagi..dalam semua perkara perlu meminta kebenaran dan perlu diberitahu dan perlu mendapat persetujuan...sedangkan status mereka cuma sekadar pasangan yang BERCINTA....belum BERNIKAH lagi...wajar tak perkara sebegini berlaku...?

Sehinggakan hendak berkawan dengan siapa pun mendapat halangan..sedangkan pihak yang satu lagi itu..tak kenal pun orang yang kita hendak berkawan itu...tapi mungkin perkara itu masih boleh dipertimbangkan lagi..kerana niatnya mungkin untuk mengelakkan daripada pengaruh yang tidak baik daripada orang lain...

Kemudian yang lebih menyedihkan dan membangkitkan kegeraman adalah perkara yang berkaitan dengan kewangan...kita sedar dan tahu tentang kedudukan kewangan kita yang tidak stabil pada ketika ini kerana masih lagi menuntut ilmu dan masih dalam pengajian lagi..wang perlu untuk membeli barang-barang keperluan seperti alat tulis dan buku-buku,,namun begitu duit yang ada digunakan pula keatas orang YANG DICINTAI...baju..jam tangan...beg...topi...hadiah...semua habis begitu sahaja semata-mata ingin mengambil hati dan menjaga perasaan ORANG YANG DICINTAI itu...rasanya tak salah kalau nak bagi-bagi hadiah..semua orang suka dengan hadiah..tapi kalau dah sampai SETIAP KALI nak jumpa kena beli baju baru atau kena beli hadiah...memang dah sampai tahap melampau dan perlu dibendung sebelum berlaku perkara-perkara yang tidak diingini...

Emmm..walaupun berkasih sayang..walaupun sudah mengisytiharkan rasa sayang tu..walaupun sudah menjadi pasangan kekasih...kena pandai buat keputusan yang rasional dan matang..jangan ikut perasaan..fikir guna akal...bukan guna lutut...

Sekian~

24.4.11

Selesai...Syukur...

Hari jumaat yang lalu akhir nya selesai juga ujian kecergasan aku yang seperti semua sedia maklum telah tertangguh beberapa kali...syukur lah semua nya berjalan lancar tapi yang aku tak puas hati tue...sebab masa hari jumaat tue kelas aku telah dibawa ke kolam renang..sekadar untuk suka-suka...menenangkan jiwa raga yang sedang bergelora sementara menunggu masa untuk bertarung semula dengan mata pena untuk menjawab peperiksaan...huhu...perkara yang membuatkan aku rasa sangat tak puas hati adalah aku tidak berkesempatan untuk mencecah kaki pun kedalam kolam tersebut..huhu..sangat sedih..tapi apakan daya..aku terima takdir itu...pasti ada hikmah..mana lah tahu..kalu aku pergi ke kolam itu aku akan..emm..tak nak lah tulis nanti jadi seakan doa pula..huhu..

Bukan tue saja yang buat aku rasa tak puas hati dan geram sangat...sperti yang anda-anda semau sedia maklum lagi...aku melaksanakan ujina ini bukan seorang tapi berdua dengan seorang lagi ORANG YANG AKU KENAL...dah lah banyak songeh...buang tabiat..buat perangai...macam-macam lagi lah..mungkin itu perkara yang aku sendiri rasa lah..aku tak tahu lah kalau orang lain pun tergila-gila kan dia..huhu..tapi benda yang membuatkan aku rasa tak senang dengan dia tue..lepas dah abis semua tue..dia tak datang pun nak tolong kembalikan semua benda-benda yang dah digunakan...aku fahamlah dia tue....kaum hawa..tapi kalau ya pun nak masuk watak lemah tue sangat-sangat...sekurang-kurangnya datanglah cakap..tak mampu nak angkat...offer nak angkat yang ringan-ringan jak..tapi ni tak..tak cakap langsung apa-apa...terus lari macam tue jak...kalau korang yang lain rasa macam mana??

emm..ok lah itu jak lah...hihi..

Sekian~

22.4.11

"Deactivate" Facebook Lagi~

Untuk kali yang ketiga rasanya aku telah menutup akaun Facebook aku kerana aku...Aku sendiri pun tak tahu sebab yang munasabah untuk menjelaskan kenapa aku berbuat demikian..

20.4.11

Kanak-Kanak Ribena

Hari selasa yang lalu...kami sekelas telah meng"conquer" tasik permaisuri.. hihi..selama 2 jam suara-suara kami telah menggegarkan seluruh pelosok tempat itu..hihi..gelak tawa..serta gurau senda menjadi menyeri pagi itu...terima kasih kepada pensyarah kami yang telah membawa kami..hihi..

Macam tue la yang jadi kalau masa zaman kanak-kanak dulu tak berkesempatan untuk menjadi kanak-kanak yang sebenar..waktu dah tua-tua neh baru nak terkinja-kinja..baru nak terhuha-huha nak jadi kanaks-kanaks...hihi...tapi memang best la..rasa macam lepas suma tekanan kat sini..hihi..aku neh cakap tekanan-tekanan bukan nya ada aweks ka...ada balak ka..ada bini ka..ada laki ka yang mo di jaga..huhu..single jak pun..tapi tu la..tekanan dengan orang yang ada di sekeliling neh..tapi itulah realiti kehidupan...banyak orang...banyak la juga ragam nya...tapi kalau ragamnya itu menyusahkan kehidupan..memang patut kena pangkah la.. hihi....kan??

tapi tue lah...nasib baik sangat yang aku neh jenis orang yang susah simpan dendam melainkan aku terasa sangat dengan apa yang orang tue buat...setakat neh..teda lagi lah aku simpan apa-apa dendam..suma aku kasi lupa macam tue jak..hihi..(actually bukan kasi lupa..memang aku neh pelupa..so aku memang terlupa..hahahahaha!!!!)

ok lah...anyway...tgk la aksi-aksi gediks a.k.a getek kami..hahahahah!!!

18.4.11

Sangat Geram Episod 2

Hari ni sepatutnya ujian yang TELAH DIJANJIKAN dilaksanakan..tetapi atas sebab-sebab yang SEPATUTNYA BOLEH DIELAKKAN...tapi sebab ada orang tue yang macam tak ambil peduli..maka jadilah perkara-perkara ini..

Cuba fikirkan...ujian ni..aku dan si dia tue tahu pada hari yang sama..hari JUMAAT..tapi kenapa? KENAPA? aku boleh dapat dokumen itu...dan dia tidak boleh?? siapa yang nampak sangat macam tak BERFIKIR?? siapa yang nampak sangat TAK PEDULI?? siapa yang..kalau nak guna perkataan kasar nya..BODOH...sekarang neh??

Rasa sangatlah geram bila dapat mesej yang mengatakan bahawa dia tidak dapat melakukannya pada hari ini kerana tidak ada dokumen pelepasan itu..sangat...SANGAT lah..geram...

dia tahu yang perlu keluar daripada kuliah pada hari isnin sejak dari hari jumaat yang lalu lagi..tapi kenapalah dia tak urus terus bila dia dah dapat tahu awal-awal kan? aku boleh? kenapa dia tak boleh? sebab dia opsyen *tutt* ka? eh..! tolonglah...kenapa? sebab dia ada banyak kerja?? eh..! tolong lah...orang lain pun ada kerja juga..adui..tolong la..

Tu satu pasal..then yang seorang ni pula yang kerjanya mengajar orang...

CAKAP TAK SERUPA BIKIN~

dari susunan aksara di atas neh jak pun..aku rasa mesti kamu tahu sudah apa yang aku cuba sampaikan..aku malas la..bila ada orang yang buat macam ni...sekejap cakap macam neh..sekejap cakap macam tu..alih-alih..orang lain juga yang jadi mangsa...haish..susah la..bukan aku mo ajar dia macam mana mo mangajar atau mo jadi pengajar...tapi kadang-kadang bila jadi macam neh..kita yang kena ajar neh terfikir juga..gaya macam neh ka yang mau ajar aku?? emm...k lah...terlepas sudah geramz aku.. huhu...

Sekian~

p.s: kalau ada yang terasa...sori lah..memang patut pown...

17.4.11

Hepi Bday~

Tadi aku dengan kawan-kawan aku pergi menyambut hari jadi mentor kami...sangat-sangat best..walaupun perjalanan awal nak pergi ke tempat tue..kami telah dilimpahi dengan rahmatnya...hujan mencurah curah tapi dengan kadar yang sedikit dan tidak mengganggu pun...

Kami mengambil masa beberapa hari juga untuk membuat keputusan memilig tempat untuk mengadakan sambutan hari jadi itu..dan akhirnya seminggu berfikir..kami membuat keputusan untuk pergi ke KFC yang berhampiran...

Setibanya di sana beberapa orang rakan kami telah pun mengambil tempat duduk untuk kami semua...setelah itu kami cuma menunggu mentor kami..huhu..sangat berdebar...dan apabila semua sudah tiba..kami pun makan..

semua perkara berjalan dengan lancar..tapi cuma ada beberapa kekurangan yang membuatkan aku rasa kurang senang...dan agak menyusahkan ramai pihak..(siapa terasa..saya minta maaf tapi cuma ingin menyuarakan kebenaran..)

Pada awal perancangan semua ini..ahli-ahli kelas aku telah pun mengumpulkan duit..dan jumlahnya dalam seratus lebih...semasa pengumpulan duit ini berjalan..aku menjangkakan bahawa duit itu akan digunakan secara sepenuhnya untuk sambutan hari jadi itu...maksudnya..hadiah..makanan..kek...dan etc..semua CUMA menggunakan duit yangtelah dikumpulkan itu...tapi alangkah malangnya..tidak...duit itu telah digunakan SEPENUHNYA untuk membeli hadiah...sahaja...HADIAH SAHAJA...dan semalam apabila hendak membeli makanan untuk semua orang perlu mengumpul duit lagi..tidakkah perkara itu menyusahkan orang? kalau ya pun nak kumpul..bagitahu la awal-awal...mana pergi perangkaan bajet..bila kita buat bajet dan membuat kajian..tak akan berlaku pembaziran..atau dalam hal ini..penyusahan orang lain...

Bukan ingin mengatakan bahawa memberikan hadiah yang berharga sehingga beratus ringgit itu salah..cuma..sesuaikah dengan taraf kita yang cuma menerima ELAUN yang cukup-cukup makan? kalau yang hendak memberikan hadiah persendirian itu lain hal...duit sendiri..bukan nya duit ORANG LAIN...emm..tapi tak apalah..hal-hal sebeginilah yang perlu diambil perhatian..kecil tapi mampu memberi impak yang besar pada semua orang...

Tapi apa pun..jangan tekanan-tekanan...rileks..enjoy..yang penting sangat best semalam...!! yeah!!

P.S: Portuguese Tart semalam sangat sedap!!!!! mengidam lak.. huhu...

Sekian~

16.4.11

Sangat Geram

Sepatutnya selepas sahaja balik daripada pertandingan hari tue..aku dah boleh selesaikan semua ujian-ujian amali aku..tak perlu dah aku nak fikir-fikir lagi pasal semua ni..tapi disebabkan oleh beberapa perkara yang sepatutnya boleh dielakkan..tiba-tiba ujian tersebut telah ditangguh dan DITANGGUH DAN KEMUDIAN DITANGGUH sehinggalah aku terpaksa melaksanakan ujian tersebut pada minggu hadapan...aku dalam mood yang sangat marah dan geram kerana perkara tersebut sangatlah boleh dielakkan...!!!!! argh!!!

ok..mesti kalau ada yang baca benda ni...semua pun blur..ok jadi biar aku cerita lah..dan kemudian korang lah yang jadi penilai tentang siapa yang salah dalam hal neh...

nak dijadikan cerita...pada minggu lepas aku dapat tahu yang ujian amali yang sepatutnya aku ambil dilaksanakan pada hari yang secara kebetulannya aku tak ada..jadi aku pun mengambil keputusan yang sangat bertanggungjawab dengan mencari pensyarah yang menguruskan semua perkara ini...

selepas aku berjaya menelefon pensyarah tersebut...dia pun faham dengan kondisi aku dan kemudian menetapkan...dan setahu aku...secara tidak langsung berjanji untuk melaksanakan ujian tersebut pada hari rabu..selepas aku kembali...dan aku pun bersetuju kerana pada hari itu juga akan berlangsung ujian amali aku untuk hari yang kedua..dan aku merasakan lebih cepat selesai ujian tersebut lebih baik...

kemudian pada hari kejadian yakni hari rabu..pada awalnya semua berjalan dengan lancar..aku berjumpa dengan pensyarah tersebut dan mengconfirmkan semula yang akau akan mengambil ukjk...kemudian aku dengan rasa bertanggungjawabnya bertanyalah kepada seorang kenalan aku...(dah tak sudi aku nak panggil dia kawan lagi sebab aku rasa geram sangat dengan dia...) aku bertanya kepadanya bila dia nak buat ujian dia..baik buat hari ni...(rabu) jangan tangguh-tangguh lagi mudah...kemudian dia pun dengan terkedek-kedeknya datang lalu bergedik-gedik dengan memakai baju kurung...aku pun terdiam dan terkedu kerana aku pasti akan ada berita yang tidak menyenangkan akan aku dengar...kemudian aku menyuruh dia pergi berjumpa dengan pensyarah tersebut...lalu meninggalkan dia kerana dia sudah dewasa dan pasti boleh menguruskan diri nya sendiri..tanpa perlu ada aku...kerana aku ada ujian yang lebih penting daripada melayan kerenah gedik dan tak matang dia....

selepas selesai ujian aku yang kedua..aku pergilah berjumpa dengan pensyarah tersebut..kerana ingin menyudahkan ujian aku yang pertama...alangkah marah dan geram dan terkejutnya aku apabila dia memberitahu yang aku akan melaksanakannya pada esok hari (khamis)...bersama-sama dengan dia yang gedik lagi tak matang...huhu..pada masa itu..masih lagi ada kudrat aku untuk bersabar..tapi yang aku hairannya kenapalah yang si tak matang dan gedik itu tak dapat buat pada hari rabu itu sedang kan ada seorang lagi temannya yang berada dibawah naungan yang sama boleh melaksanakannya pada hari itu..? siapa yang tidak prihatin dan tidak peka dengan keadaan semasa...? salah siapa sebenarnya nie..? adakah salah aku yang sedar tentang penting nya markah ujian tersebut..? salah aku kerana individualistik sedangkan aku dah banyak kali sebut-sebut pasal ujian tersebut sejak daripada minggu lepas lagi...? adakah salah aku jika dia yang sememangnya tidak mahukan markah tersebut...?

emm...kemudian pada hari khamis tersebut aku mendapat berita yang lebih menyakitkan hati kerana kita perlu mengikut kata perempuan itu pula...oleh kerana dia mahu melakukan ujian tersebut pada hari jumaat...pensyarah tersebut pun dengan mudahnya mengatakan mahu melakukan perkara tersebut pada hari jumaat..ikut saja kata perempuan itu...sedang aku yang ulang alik datang masuk jabatan dia..mencari masa yangs sesuai..mencari masa yang sepatutnya melaksanakan ujian tersebut tapi oleh kerana perempuan itu aku pula yang perlu menunggu..aku pula yang perlu menjadi mangsa...

kisah pada hari jumaat pula lagi menyakitkan hati...pensyarah tersebut tahu yang dia sepatutnya berada ditempat lain dan bukannya berada ditempat yang selalunya dia ada...tapi dia tidak pula memberitahu hal tersebut seawalnya..dan kemudian aku mendapat tahu pulaa yang aku perlu melaksanakan ujian tersebut pada minggu hadapan pula..bersama sama dengan sekelompok orang yang kurang aku kenali...

aku tak mahu melaksanakan ujian tersebut dengan sekelompok orang yang kurang aku kenali kerana takut dan gusar yang aku akan berasa janggal dan tidak selesa..aku sangatlah tak suka kepada orang yang aku tidak kenal...oleh yang demikian menyebabkan aku berasa sangat geram...aku sangat marah pada perempuan itu kerana jikalah dia ada kesedaran kendiri tentang betapa pentingnya ujian tersebut pasti dia sudah bertanya dengans sesiapa atau denga pensyarah tentang status dia dalam mengambil ujian tersebut...menyesal aku menghantar mesej tersebut kepada dia..kalau lah aku tidak sibuk hendak menjadi insan yang bertanggungjawab pasti aku dah selesai dengan ujian tersebut...

ni lah masalahnya...bila orang yang tak ada kesedaran kendiri...

sekarang ni perasaan aku sangat lah marah terhadap perempuan itu...sangatlah geram terhadap perempuan itu...sangatlah marah pada pensyarah itu...sangat lah geram dengan pensyarah itu...

sekian...

14.4.11

Berubah

Kadang-kadang rasa macam geram..kadang-kadang rasa macam mau marah pun ada..tapi bila fikir-fikir balik...mungkin la..mungkin salah aku juga...tapi kalau ya pun salah aku..kenapa sampai sanggup buat macam ni? aku rasa aku sudah minta maaf tempoh hari..tapi sanggup buat macam tue..aku tau aku salah..aku tau aku buat benda yang tak baik..dan aku nak tebus balik..aku nak baik-baik semula..tapi kau pula buat macam neh..aku tak tahu la kalau kau sengaja ka..atau memang kebetulan masa tue memang ada hal-hal yang menyebabkan kau terganggu dan teralih perhatian..tapi aku sentiasa berfikiran positif dan sentiasa bersangka baik dengan ko..setahu aku dulu la..asal mesej jak..mesti balas..asal chat jak..mesti reply..tapi sekarang neh banyak sangat alasan..BANYAK SANGAT!!! aku bukan apa..kita neh sudah la bertentang mata tiap hari..sampai bila mo buat macam ni? sampai bila ko boleh tahan? hari tu..sikit lagi aku mau unfriend ko d FB..tapi aku sabar..aku tahan..aku bersangka baik..dan kemudian ada mesej..nasib baik..kalau tak..tah la..tapi aku harap ko kalau ada prob ngan aku cakap..aku sudah explain sama ko..aku sudah cerita sama ko..tapi ko yang tak mahu dengar..emm..kalau macam neh..aku rasa aku mau kasi balik jak la apa yang sepatutnya milik ko tue..sori la kasi susah ko..kalau macam neh..bagus ko bagi barang tue sama orang yang betul-betul ko sayang la..bukan. aku..

sekian~

11.4.11

Institut Integriti Malaysia

Masuk hari nie..dah dua hari aku kat sini..


View Larger Map


Sebenarnya tujuan aku di sini neh sebab aku ada pertandingan pidato...huhu..siapa sangka aku tiba-tiba ikut pertandingan macam neh..aku tau sebelum neh pun aku memang pernah ikut benda-benda seperti ini...

pertandingan ni mengumpulkan semua orang daripada naungan sama di IIM neh...selama 2 malam kami berkampung di sini..hari ni hari bermulanya pertempuran yang sengit..huhuhu...

Jadi tadi aku pun dengan persiapan yang tidak seberapa neh pun memulakan hujah2 aku yang agak bongok.. huhu...tapi waktu teks hafalan ok..sekali waktu spontan..hancur..adakah patut tiba-tiba ada tajuk yang tidak macam rupa tajuk-tajuk yang lain..adakah patut ada tajuk yang lain daripada yang lain..sangat tidak puas hati!!! huhu..tapi xpa lah..yang penting aku puas hati dengan penutup aku yang agak sentap..hahaha!!!
Maka dengan itu berakhirlah cetusan minda saya pada hari ini...tidak perlu kata apa-apa...senyum...
itulah antara kata-kata aku dulu.. huhu...malu sangat-sangat..huhu..T^T  T^T  T^T.... tapi xpa la..huhu...yang penting azab sementara neh sudah berakhir.. huhu..

sok TPM nak datang sini..huhu..emm..kalu dapat masuk berita atau dapat masuk dalam surat khabar pun.. ok.. uuhuh...

sekian~

2.4.11

Semangat

Sebenarnya aku pun tak tahu kenapa..tapi lepas je cuti seminggu hari tue..aku rasa sangat SANGAT tak bersemangat..aku sendiri pun tak tahu kenapa..aku rasa macam malas sangat..sangat sangat malas..aku rasa macam nak berbaring dan duduk diam-diam sahaja...nak buat apa saja rasa tersangatlah lemah...sebab tu sepanjang minggu lalu aku rasa seperti nak elak daripada nak buat apa-apa aktiviti..aku rasa tersangat lah down...

Sekarang neh pun..aku masih lagi berasa sedikit kurang bersemangat...tapi sekurang-kurangnya lebih baik daripada minggu lepas..

Aku pun tak tahu kenapa perkara ini boleh berlaku...aku cuba untuk mencari penyebab perkara ini berlaku namun..tidak juga ku temui...emm...kenapa lah jadi macam neh? huhu..kalau ada sesiapa yang mungkin tahu apa penyebab nya..boleh lah respon ya.. hihi..

emm..owh ya..bersambung dengan post aku tentang aku menjadi pengacara majlis tue..selepas habis acara tue..ada la juga dpt sedikit cendera kenangan..hihi..

Sekian~

1.4.11

Terkunci

Huhuhuhu...
Sampai saja..aku terus turun dari kereta lalu melintas jalan raya..dengan pantas nya...kemudian aku melihat ke arah itu..alangkah sedihnya aku...

Aku sangat sedih sebab pintu pagar asrama dah berkunci..huhu..lalu dengan lemah longlai nya aku pun bergeraklah kearah pondok jaga..lalu merebahkan diri di tepian..huhu..

Setelah lama aku kemudian berpindah ke tempat yang lain kerana merasakan bahawa tempat tersebut kurang sesuai..huhu..

Ini adalah pengalaman pertama aku terkunci di luar..emm..sepatutnya boleh je panjat memanjat..tapi malang sekali pintu yang lagi satu pun dikunci juga..huhu.. aku sangatlah sedih..habis satu badan kena gigit nyamuk..sedih sangat2..

Sepanjang malam tue aku tak dapat tidur..emm..apa pun lucu sangat2 sebab benda neh terjadi.. huhu..

sekian...