Tadi tiba-tiba timbul satu topik yang menarik perhatian aku..isu yang aku maksudkan adalah isu berkenaan dengan kasih sayang antara dua insan...dalam erti kata lain kisah cinta lah..bila dua orang bercinta itu bercouple..perlukah mereka berlagak macam pasangan SUAMI ISTERI?? sedangkah baru menjadi pasangan yang bercinta sahaja..bukan pasangan yang sudah melafazkan akad nikah yang sah...emm..tue yang menjadi topik aku pada hari ini..hihi..
Ada satu cerita..ala cerita nie..memang klise sangat la..perkara yang banyak sangat berlaku..bila sudah berkasih dan sayang antara dua insan...lalu melafazkan kasih dan sayang antara mereka...maka terbinalah satu ikatan janji untuk bersama dalam apa jua keadaan..susah dan senang...
Tapi bila sudah bersama..terdapat pula satu pihak yang menyekat kebebasan pihak yang satu lagi..maka berlakulah perkara-perkara dan adegan-adegan dan senario-senario yang memberi kesan bukan sahaja kepada diri orang yang terlibat secara langsung itu tetapi juga kepada orang disekeliling yang tidak terlibat secara langsung...
Contoh yang paling senang..apabila hidup seseorang itu terkongkong dan diKUASAI oleh pihak yang satu lagi..dalam semua perkara perlu meminta kebenaran dan perlu diberitahu dan perlu mendapat persetujuan...sedangkan status mereka cuma sekadar pasangan yang BERCINTA....belum BERNIKAH lagi...wajar tak perkara sebegini berlaku...?
Sehinggakan hendak berkawan dengan siapa pun mendapat halangan..sedangkan pihak yang satu lagi itu..tak kenal pun orang yang kita hendak berkawan itu...tapi mungkin perkara itu masih boleh dipertimbangkan lagi..kerana niatnya mungkin untuk mengelakkan daripada pengaruh yang tidak baik daripada orang lain...
Kemudian yang lebih menyedihkan dan membangkitkan kegeraman adalah perkara yang berkaitan dengan kewangan...kita sedar dan tahu tentang kedudukan kewangan kita yang tidak stabil pada ketika ini kerana masih lagi menuntut ilmu dan masih dalam pengajian lagi..wang perlu untuk membeli barang-barang keperluan seperti alat tulis dan buku-buku,,namun begitu duit yang ada digunakan pula keatas orang YANG DICINTAI...baju..jam tangan...beg...topi...hadiah...semua habis begitu sahaja semata-mata ingin mengambil hati dan menjaga perasaan ORANG YANG DICINTAI itu...rasanya tak salah kalau nak bagi-bagi hadiah..semua orang suka dengan hadiah..tapi kalau dah sampai SETIAP KALI nak jumpa kena beli baju baru atau kena beli hadiah...memang dah sampai tahap melampau dan perlu dibendung sebelum berlaku perkara-perkara yang tidak diingini...
Emmm..walaupun berkasih sayang..walaupun sudah mengisytiharkan rasa sayang tu..walaupun sudah menjadi pasangan kekasih...kena pandai buat keputusan yang rasional dan matang..jangan ikut perasaan..fikir guna akal...bukan guna lutut...
Sekian~
No comments:
Post a Comment