8.6.15

Certot: Gegar

Di sebuah bilik yang di penuhi dengan suis dan butang pelbagai warna yang setiap satu ada fungsi masing-masing. Seorang lelaki sedang sibuk menekan papan kekunci sambil melihat skrin komputer riba yang mempunyai logo buah yang menjadi kegilaan ramai di luar sana. Raut wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia sedang panik. Sambil dia menekan-nekan papan kekunci tersebut dia beralih seketika kepada kertas-kertas yang ada di tepi. Nafas semakin kencang. Dia tahu kalau silap sikit memang nahas. 

"apa yang dah jadi?!" seorang lelaki berjanggut lewat 40an tapi masih boleh di kira tampan masuk ke dalam bilik tersebut. 
"Encik, saya minta maaf. Saya dah buat apa yang encik suruh tapi saya terlelap sekejap. Masa tu saya bacaan pun..." belum sempat dia menghabiskan ayatnya lelaki yang masuk tadi pantas menolak dia ke tepi. Sepantas kilat jari jemarinya pula menekan-nekan papan kekunci. macam nak pecah! Mata nya juga laju melirik ke hadapan. Terdapat beberapa monitor yang menunjukkan spesimen yang menjadi bahan uji kaji mereka hampir 2 dekad itu. Beberapa minit kemudian barulah kedengaran nafas lega.
"Macam mana encik? semua dah ok?" tergagap-gagap lelaki itu bercakap. 
"for the time being, yes...i can say so..but it might continue in a few hours..we manage to stabilize her..."  lelaki berjanggut itu menjawab tenang. Dia mengambil tempat duduk di salah satu kerusi di sana. Dia memandang tepat lelaki yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga tempat itu pada hari cutinya. Satu-satunya hari cuti untuk dia berehat setelah sekian lama terpaksa dilupakan dek kerana kejadian ini. Tapi tak apa, asalkan bumi tercinta, tanah tumpah darahnya selamat. 

Tiba-tiba seorang wanita masuk ke dalam bilik tersebut. Baju hitam aras lutut yang ketat membaluti tubuh wanita yang nampak masih mengancam walaupun sudah melewati umur 30an. 
"is everything okay?" pantas dia melangkah dengan cermat menghadap monitor-monitor yang ada sambil berpeluk tubuh. Elegan. Poise. Dia memandang lelaki yang berjanggut tadi meminta jawapan tanpa berkata apa-apa. Jelingan matanya sahaja sudah cukup. 

"Semua ok," lelaki itu mengenyitkan matanya sambil tersenyum senget. Wanita itu tidak memberikan respon. Dia berpusing lalu meninggalkan bilik tersebut. Tapi sebelum dia menutup pintu dia sempat berpesan," i want a full report on this Monday morning on my desk...you have done enough damage..at least spare me some of you time..ergh i hate reporting to the Board...keep that her calm..do your work!"

lelaki yang ketakutan tadi berpaling ke arah lelaki berjanggut,"apa maksud dia?" tanya dia perlahan.
"kan dia tantrum tadi.. bergegar la.. Sampai bandar pun rasa. Mata lelaki tersebut terbeliak. Cepat-cepat dia mencapai telefon bimbitnya. Mukanya seakan hendak menangis. Lelaki berjanggut itu tahu apa yang dia risaukan. Dia pun berjalan meninggalkan lelaki tersebut. 

"huh! nasib baik tak ada apa-apa..." lelaki tersebut tersenyum dia tahu yang keluarga rakan sekerjanya itu selamat. Tiba-tiba dia teringat sesuatu yang hampir menyebabkan dia sakit jantung.

"emm.. hari ni berapa hari bulan?" tanya dia pada lelaki yang baru sahaja manamatkan panggilan telefonnya. 
Dia melihat jam tangan Swatch hitamnya, " 5 hari bulan. Kenapa encik?" belum sempat dia mendapat jawapan lelaki berjanggut itu sudah pun meninggalkan bilik tersebut. Sambil berlari kolam air matanya mula bergenang. Hatinya tidak henti-henti memanjatkan doa agar puteri kesayangannya selamat. 

Gegaran demi gegeran masih lagi terasa.

No comments: