4.6.15

Certot: T huruf kecil

"t"

Kedengaran bunyi lagu-lagu kerohanian dari dalam rumah teres yang telah di hias dengan perhiasan yang bertemakan hari natal itu.

"eh? marilah masuk. Kau nak duduk dekat luar je ke?" tanya Syaz sambil membetulkan tudung labuh yang baru sahaja dibelinya itu.
"emm..aku bukan apa tapi kau tau kan.." jawab Nurul sambil bermain hujung rambut blonde nya itu. Jelas kedengaran dia ragu-ragu dengan keputusannya untuk datang.
"tahu apa? eh, apa ko merepek ni?" 
"alah, benda 't' tu laaa.." Nurul menjawab sambil menulis huruf t kecil di udara.
"ish..tak ada apa-apa laaa.. ko ni aku dah banyak kali datang rumah dia.. ok jeee.." Syaz mencekak pinggang gaya mak cik- mak cik bercakap.
"hah?! ye ke?! ko biar betul?" terbeliak mata Nurul mendengar penjelasan Syaz. "ko masih.. emm..emm.. is..iss..." belum sempat Nurul menghabiskan ayatnya Syaz menyampuk.
"Astagfirullah.. Mana akidah kau?!" Nurul terdianm..

Sentap...

No comments: