Lelaki. Wanita.
“Ye sayang, dalam pukul 10 abang
balik.” Lelaki itu tersenyum ke arah wanita yang duduk di hadapannya. Wanita itu
juga sedang menjawab panggilan.
“sayang minta maaf tapi tula
terpaksa balik lambat sikit.” Wanita itu pula membalas senyuman lelaki itu
tadi.
Mereka sama-sama menamatkan
panggilan tersebut. Lelaki itu memegang tangan wanita itu.
“Abang gembira sayang setuju
untuk buat perkara ini bersama-sama.” Wanita itu tersipu malu. Lelaki itu ketawa
kecil.
Melepaskan keluhan di dada,
mereka menyambung makan malam yang terganggu dek kerana pasangan mereka
masing-masing yang menunggu di rumah. Suasana romantis di dalam restoran eksklusif
itu sungguh mengasyikkan pasangan tersebut. Tanpa mereka sedari mereka sedang
diperhatikan.
Pelik. Hujan yang turun dengan
lebatnya tidak menghalang mereka berdua untuk terus berdiri di sana
memerhatikan pasangan yang sedang gembira menikmati makan malam mereka di dalam
restoran tersebut. Tajam pandangan mereka.
“kau pasti ini yang patut kita
buat?” tanya lelaki tersebut pada wanita itu.
“pasti”,
tanpa memandang lelaki itu dia menjawab dengan yakin,”jom”. Lelaki itu pun
mengangkat beg berwarna hitam yang diletakkan di sisinya. Dia pun berjalan ke
arah restoran berkenaan. Dia baru melangkah pergi tangannya terasa seperti di
pegang. Dia menoleh kebelakang. Mata bertentang mata.
“aku
gembira kau setuju untuk buat perkara ni bersama-sama.” Wanita itu tersenyum.
No comments:
Post a Comment