Malang Tidak Berbau..
Kita takkan tahu bila masanya sesuatu musibah atau dugaan akan berlaku melainkan perkara tu sedang berlaku...
Masa tu awal pagi...tiba-tiba aku dan teman sebilikku didatangi seorang daripada rakanku juga...raut wajahnya kelihatan sangat gusar dan hilang arah..aku pun bertanyakan kenapa...kemudian dia pun mula berbicara...mengatur kata...menguntai madah...
Tersangatlah terkejut hati ini bila mendapat tahu bahawa barang-barangnya telah dicuri pada awal pagi itu...Biliknya telah diceroboh oleh seorang lelaki dan kemudiannya mengambil barang-barang yang ada didalam bilik tersebut kemudian melarikan diri...untuk lebih spesifik lagi...dia masuk melalui tingkap...dan kemudiannya keluar melalui pintu hadapan...kemudian melompat kebawah... (kerana bilik kawanku ini berada di tingkap pertama...) lalu melarikan diri...
Antara barang-barang yang telah diambil..
- Komputer riba
- External Hard disk
- Telefon Bimbit
- etc
Aku tak dapat nak bayangkan apa yang terjadi kalau perkara ni terjadi kepada aku..aku tak dapat bayangkan macam mana reaksi aku nanti...selama ni..banyak juga lah perkara yang telah terjadi kepada aku..dan macam-macam juga reaksi aku...tapi rasanya aku belum pernah lagi..emm..kalau dalam bahasa inggeris nya..macam CRACK la..dalam situasi macam neh lah...
Dulu pun aku pernah hilang barang...masa tue lebih kepada kecuaian lah... aku letak handphone atas muka pastue..ada orang ambil.. then hilang macam tue jak..huhu.. masa tue panik la juga..tapi panik yang tenang la..serious neh..bukan nak cakap besar tapi waktu itu memang tenang sangat..sampaikan boleh berseronok lagi pergi lawatan muzium padi dekat kedah...emm..tapi kalau aku berdepan dengan perkara yang lebih besar macam yang menimpa kawan aku tue..rsanya..emm..entah la..
Tapi yang menghairankan..macam mana dia boleh terlepas daripada pandang dan jagaan PAK JAGA kami yang ramai...? Kalau dulu boleh berlaku perkara sebegini tak hairan sangat sebab dulu, Pak Guard yang ada kat luar tu pun sorang sahaja..kemudian waktu malam ada lah bertambah lagi seorang...tapi..sekarang ni..bila dah bertambah jumlah orang yang menjaga..macam tak ada beza...emm...
Tapi tak salahkan mereka seratus peratus...sebab ada seribu macam kemungkinan yang boleh menjadi penyebab..dan ramai orang yang terlibat dengan perkara ini...secara langsung dan tidak langsung...seperti kemudahan yang sememangnya daif..dan macam-macam lagi...kadang-kadang bila dah berlaku perkara-perkara seperti ini..baru nak sedar dengan benda-benda yang kecil dan yang dianggap remeh...Sudah terhantuk baru terngadah..kalau boleh kita tak mahu perkara seperti itu berlaku lah..
Aku tak tahu apa yang aku patut sarankan kepadanya sebagai jalan yang terbaik sebab aku tak pernah mengalaminya sebelum ini...apa yang aku tahu cumalah pengetahuan am tentang apa yang patut dibuat..sekadar itu sahaja nasihat yang boleh aku berikan...bab perasaan pula..aku tak mampu untuk mengubat rasa sakit hatimu kerana aku tahu sakitnya itu lain daripada yang lain..hanya tuan punya badan dan Tuhan sahaja yang lebih mengetahui..
Apa yang aku yakin dan percaya.. (copy ayat Loy dulu.. hihi..) adalah kita perlu bersabar...dugaan yang datang kepada kita tidak akan diturunkan Tuhan melainkan Dia tahu bahawa kita mampu dan berdaya untuk berhadapan dengan dugaan tersebut...kembali kepadaNya..tidak kira waktu senang ataupun susah...kerana Dia itu Maha Mengasihi dan Menyayangi...InsyaAllah..akan jua mendapat bantuannya..
Ketenangan datang daripadanya..Sekian~
No comments:
Post a Comment